Selasa, 31 Mac 2015

Trip singkat ke bandar Sandakan

Salam sayang semua....
Adoi lamanya tak update blog ni. Rasa macam dah tak wujud di alam maya sejak Februari tu. Entri trip ke Sydney pun terputus. Maaflah, memang buat masa ni belum ada mood dan masa yang sesuai untuk update kisah di Sydney lagi.

Buat masa terdekat ni, saya belum ada berjalan ke mana-mana destinasi luar negara. Plan memang ada tapi kehidupan di alam realiti akhir-akhir ni tak berapa nak stabil. InsyaAllah paling cepat pun bulan September baru dapat melangkah ke oversea.

Masa cuti sekolah yang lalu, ada juga berjalan dalam negeri jak. Kebetulan anak sepupu kahwin. Majlisnya di Kinabatangan. So, jadiklah trip ke bandar Sandakan ni walaupun sebenarnya takde pun sightseeing. Sekitar Sandakan memang ada tempat menarik nak dituju tapi kami ni sekadar singgah macam tu je. Bolehlah nak bercerita serba sedikit kan.
on the way between Tuaran-Tamparuli, ada bas persiaran terbakar - alhamdulillah tiada kehilangan nyawa...

Ini kali ketiga saya ke bandar Sandakan ni. Kali pertama tahun 2005. Memang dah ada yang berubah pun di bandar ni. Macam biasa, trip kali ni kami lalu jalan darat. Dari KK ke Sandakan bertolak pukul 10.00 pagi, singgah di pekan Ranau untuk lunch dan solat (jamak & qasar), lepas tu singgah sekejap di Telupid (singgah di satu masjid baru di tepi jalan, just nak berkumpul dengan kereta2 family yg lain, then direct ke Sandakan.  Sampai di pekan checkpoint (Pekan ni jadi dikenali sebab jadi persimpangan untuk ke bandar Sandakan, dan ke Lahad Datu/Tawau) dalam pukul 5.30 petang. 

Disebabkan esok paginya kami akan ke Kinabatangan yang jauhnya dalam lebih kurang 25 minit memandu dari pekan checkpoint tu, kami decided stay kat pekan ni je. 

Ini resort tempat kami bermalam utk 1 malam ( JS Resort & Restaurant ). Kami tak booking awal, walk in je, syukurlah dapat 2 bilik ( satu bilik twin, satu family room). Bilik twin tu RM70 semalam, family room RM90 semalam. Masa check in bilik deposit RM50. Resort kecil ni nampak agak sunyi dan kedudukannya pun sedikit tersorok, tak nampak dari jalan. Tapi kalau nak target stay di sini, pastikan tinjau-tinjau signboard resort di sebelah kiri jalan selepas persimpangan ke Lahad Datu.
jalan masuk ke resort

Resort yg sesuai utk persinggahan

Resort ni ada restoran, salun (bagi sesiapa yg rasa nak gunting rambut), massage, spa, karaoke...even bilik solat pun ada, tapi kami prefer solat dalam bilik je, itupun dalam bilik takde arah kiblat, siap sediakanla kompas atau gajet korang k. Untuk dinner dan breakfast kami makan di sini, senang dan agak malas nak keluar lagi, lagipun pekan checkpoint ni agak sunyi waktu malam. Not bad dari segi rasa, price pun ok. Kalau tak silap ada spagetti yang berharga RM5.00 je...That's quite cheap kan...biasa kalau kat KK, spagetti bolognaise atau olio tu RM15 camtu. 

 Pagi esoknya kami terus ke Kinabatangan. Alhamdulillah, jalannya semua berturap dan banyak juga kenderaan lalu-lalang, .Kalau ke Lahad Datu/Semporna/Tawau memang perlu melalui jalan ni jugak dan agak bosan sikit sebab pemandangan ladang sawit melulu...emmm...yg peliknya kadang-kadang minyak sawit tak cukup di pasaran.

Tengahari lepas acara selesai kami terus ke bandar Sandakan. Dari pekan batu 32 atau pekan checkpoint tu dalam sejam gitu. Abang dah booking seminggu yg lalu di Hotel Ibis Style Waterfront.


ruang lobi

lorong menuju lif

bilik standard...bilik ni saya share with my mum



Bilik mandi selesa walaupun agak kecil...(tapi bathroom di HK lagi kecik)

hotel ni ceria dan semua serba baru

Hotel betul-betul di area waterfront. Bersebelahan ada shopping mall baru dan ada banyak deretan kedai. Restoran, bakeri, kedai telefon, bank semua dekat2. Cuma satu je kekurangannya, tiada parking lot khas untuk penginap. Pihak hotel boleh tolong kita parkingkan kereta di shopping mall bersebelahan tu...
Hotel Ibis Styles Waterfront Sandakan

shopping mall terbaru di bandar Sandakan!

Sebelah shopping mall pula Pasar Besar Sandakan. Biasalah kalau ke Sandakan ni memang nak memborong ikan masin, sotong kering ....udang kering Sandakan warnanya kemerah-merahan sebab nelayan guna pewarna, so senangla bezakan antara udang kering Sandakan dengan udang kering dari daerah lain. Kami tak beli udang kering, sebab harganya dah mahal, tak sama macam masa last saya datang tahun 2008 dulu...huhu, dah 7 tahun berlalu kan mestilah berubah.

Kami tidur satu malam di Sandakan, dan esoknya terus balik ke KK. Bertolak dari bandar Sandakan pukul 10.00 pagi, singgah di Telupid ngam-ngam masuk waktu Zuhur, terus singgah dalam 30 minit. Meneruskan perjalanan dan singgah lagi di pekan Ranau untuk lunch. Waktu dah pukul 2.00 petang, singgah lagi di pekan Kundasang. Dapatlah beli dua tiga pot bunga...Hehehe...memang akhir-akhir dah mula minat gardening, macam best bila tengok pokok bunga sihat dan subur tau....

Maghrib jugaklah baru sampai KK. Serba sedikit korang bolehla agak-agak kan kalau nak merasa driving dari KK-Sandakan-KK. Bolehla plan di mana nak stay, dan singgah di mana. Soal nak solat, tak susah sebenarnya. Macam masa kami singgah di Ranau untuk solat tu, kat stesen Petronas je, tapi selesa suraunya dan ada disediakan telekung dan sejadah. Nak tidur semalam di Kundasang pun boleh, Kundasang ni banyak chalet, guesthouse dan home stay...

Tentang souvenir/apa nak dibeli di Sandakan tu? Biasanya orang suka beli telur penyu (yg dijual secara rahsia, dgn isyarat tangan) tapi for me pun tak pandai makan telur penyu jadi tak membeli dan tak tahu harganya.

Tempat menarik kalau ke Sandakan - Rumah Agnes Keith (penulis buku 'Land Below The Wind'), Sepilok, Pulau Lankayan....