So, aku pun goggle la tempat menarik di Tuaran. Peak of Hope Tuaran tu memang confirmlah mesti pergi tu. Pantai Sabandar, Nanta Bay, Rumah Semut, Rumah Terbalik (yang ni cukuplah sekali aku pegi, nda berbaloi repeat)...
Maka dijadikan cerita, kami pergilah. Kami bermalam di Ming Garden Hotel yang satu malam dapat RM130++ ja satu malam, hari tu aku bermalam di sana sorang-sorang (sebab mahu dekat naik grab pi Magellan Resort, ada dinner...cerita malas drive sendiri cari parking kan)RM320++ satu malam... Member dari Beaufort, aku dari Kinarut...mahu dekat, stay la di KK kunun..
Lepas breakfast (selection breakfast Ming Garden jadi kurang bila tiada tourist Korea dan China ni, sungguh...kesian juga industri perhotelan di KK ni), kami pecut ke Tuaran ikut jalan Sulaman dari arah UMS. Isi minyak bagai di Petron baru gerak terus ke Tuaran. Aku jadi co-pilot, member jadi pilot sebab dia suka drive laju dan yakin diri, kalau aku pemandu berhemah, boring dan macam kura-kura.
Tempat pertama kami tuju Peak of Hope Tuaran, malangnya berlaku salah faham. Kami memang jumpa simpang masuk ke Peak of Hope tu tapi jalannya memang mencurigakan. Masih jalan tanah merah, memang sukar diterima akal tempat begitu popular jalannya begitu. Tempat ni rupanya diusahakan oleh pengusaha persendirian, disediakan kereta pacuan 4 roda di simpang masuk tu..masalahnya penyakit rasis kami ni kuat, pekerja yang disuruh bawa tu orang Om (only Sabahan knows...)memanglah kecut perut kami sudahla kami berdua, perempuan pula tu. So, kami patah balik ke Borneo Kellybays
Juga kecewa di sini kerana memang rupanya cruise menyusur sungai ni kena booking awal-awal. Kami pun duduk sekejap saja di jeti bot tu berselfie...huhu..
Oleh kerana dalam waze dekat sudah, kami pergi pula Nanta Bays sebab dalam gambar cantik. Pun sendu juga. Sunyi yang amat. Tidak kelihatan staff. Mungkin tempat ni cuma carter untuk pelancong China atau Korea yang datang secara pakej. Di sini cuma kawan aku yang keluar sekejap, aku duduk dalam kereta ja dan tak berminat ambil gambar. Lebih kepada macam mini theme park di kuala sungai yang dibuat khas untuk pelancong asing. Mungkin kesan Covid19 tempat ni jadi macam ni.
Masa di Nanta Bay ni kami call Peak of Hope tu lagi. Owner yang angkat, chinese lady. Dia suruh ikut ja Om tu sebab memang pekerja dorang. Kami pun patah balik ke Peak of Hope. Lebih kurang 18minit juga dari Nanta Bay ni.
Sampai di simpang Peak of Hope, memang sedia menunggu pekerja yang akan emmbawa kami naik ke atas tu nanti. Kami parking kereta tepi jalan tu saja, in sha Allah selamat... Jalannya memang agak dahsyat. Jalan tanah merah, curam dan 80% macam jalan lori kayu balak tu. Nasib baik sampai di atas puncak bukit tu nampak view Kuala Sungai Mengkabong yang superb. Kami sampai lewat pukul 12.00tengahari. Masa tu dengan situasi kes covid-19 yang tiba-tiba mula naik di Sabah (gara-gara boleh rentas daerah masa cuti Krimas kan),masa kami sampai cuma ada satu family yang datang. Dan kami...boleh jadi kami pengunjung terakhir hari tu. Mengingatkan aku kepada view yang aku nampak di Sydney dulu (Pacific Road). Aku biarkan kawan aku ambil gambar sepuas hatinya, gambar yang ada pun aku ambil guna HP ja, lebih banyak gambar ada muka sendiri, staff baik hati tolong snap gambar kami berdua... Panas boleh tahan. Aku beli juga air coke di sana penghilang dahaga. Oh ya di atas ni ada toilet disediakan (bersih) dan restoran sedang dalam pembinaan (90% dah siap, cuma belum buka). Selepas satu jam, kami dibawa turun oleh owner sendiri. Orangnya peramah dan kami berbual la juga. Sebelum MCO lagi tempat dah popular mula dibuka 2018. Sekarang ni income dorang memang teruk.
Niat mahu ke Sabandar Cowboy Town lagi, tapi di sini pun kami nda turun. Pusing kereta terus ke Pantai Sabandar. Nampaklah meriahnya sikit pantai ni sebab ada gerai-gerai berjualan air kelapa dan warung makan. Ikut anak saudara yang ke Sabandar Cowboy Town tu memang masih buka tempat tu cuma sudah tiada kuda-kuda yang banyak macam dulu, dorang pegi kawasan paya bakau yang aku pegi dulu ja.
Masa lepak-lepak minum di sini, kami ambil keputusan balik KK terus. Cuaca panas terik. Sampai di KK, singgah pi Kompleks Karamunsing sekejap dan balik.
Kalau tak silap malamnya keluar pengumuman PKPD negeri-negeri tertentu termasuk Sabah. Sekarang sudah masuk bulan Mac 2021, harap-harap pertengahan tahun ni dapatlah merentas negeri pula. Diharap tahun 2022 kita mula rasa selesa untuk mula travel ke luar negara.