Isnin, 29 April 2013

Lambaian Osaka....

MAS ada promo tiket ke OSAKA. Paling menarik bg aku ialah, tiket ni return KK-OSAKA-KK RM797. Naik MAS kan, x payah fikir luggage + meals lagi, semua dah ada sekali. Lagi best sebab tiket ni direct flight dari KK ke Osaka ( 5 jam ++ )...so, tak payahlah aku transit. Masa pegi HCMC tahun lepas tiada direct flight, kena transit di LCCT dalam 3 jam, memang penat dan buang masa. Mei ni nak ke Bali pun kena transit...

Entri sebelum ni, aku masih tak pasti sama ada nak grab atau tak tiket tu....Sampaila offer berakhir, aku masih tak pasti...so, offer tu terlepas begitu saja. Bulan Julai ni, offer MAS sekali lagi. Kali ni aku nekad, Osaka aku datang! Cuma offer kali ni mahal RM100 daripada offer bulan April lalu...dan aku tak jadi pegi solo, ada 2 orang member akan join sekali.

Tarikh yg kami pilih 28 November....autumn!!! Peak foliage plak tu. Moga-moga kami dapatla peluang tengok daun-daun maple dan gingko merah, kuning.....

Insyaallah, route kami dalam trip singkat tu nanti ialah OSAKA - KYOTO-NARA-KOBE-OSAKA.....

           


Tiada ulasan: