Hari kedua driver datang pukul 9
pagi. Kali ni dia tak lewat dan anak remajanya dah tak sanggup ikut, letih
katanya.
Kami terus ke Tanah Lot. Dari
pekan Kuta ke sana lebih kurang 1 jam 30 minit. Alhamdulillah, cuaca cerah pagi
ni, bayaran masuk kami RP25,000. Banyak gerai-gerai sepanjang jalan ke pura
Tanah Lot ini. Sempat singgah sekejap.
suatu pagi di Jalan Seminyak |
menarik kan.... |
Orang sangatlah ramai. Baik local
mahupun foreigner, so nak snap gambar tu kenala pandai-pandai… memang menarik
view di sini. Ombak kuat, bila ombak memecah nampak memutih buihnya, para
pemuisi disarankan lepak di sini…)) Bunyi ombak tu pun dah cukup menggerunkan
aku tapi ada jugak surfer yang berani. Rasanya surfer2 tu orang tempatan.
Memang berani.
x sabar utk berposing....
temple yg femes itu.... |
hasil tgnku yg amatur.... |
aku suka view di sini.... |
hasil snap kamera biasa2.... |
Lebih sejam kami kill hours di
sini…setiap sudut adalah cantik untuk bergambar. Ada juga orang berjualan di
dalam ni, dapatlah beli fridge magnet RP15,000.
Apa yang aku perasan, setiap
kedai yg jual t-shirt adalah berbeza designnya. Kualiti kain pun tak sama. So,
kena pilih betul-betul. Dan bagi kita yg Muslim, kenalah pastikan tiada
unsur-unsur Hindu pada t-shirt tu.
Destinasi kedua ialah
Uluwatu…honestly, tempat ni cantik sangat. Kami tak naik sampai temple, dan tak
tunggu sunset atau tengok tarian kecak macam orang lain biasa buat tu. Kami
dibawa oleh driver ke tebing tinggi ni untuk ambik gambar.
dlm gayat2, aku sempat snap gambar ni.... |
Uluwatu |
dua wanita Bali yg gigih.... |
berfikir...xyah panjatla lagi.... |
Seriously, aku agak takut2 nak
ambik gambar betul-betul di bucu tebing tu…konon-konon nak feeling2 ala Titanic
tapi bila aku check balik gambar, memang muka nervous ketara…lepas ambik gambar
kat cliff tu sebenarnya kami nak naik ke temple tu, tapi hujan sangat lebat,
berteduh di pondok tu je.
Ada dua orang ibu-ibu kat pondok
tu, tengah mengait gelang tangan. Kesian dan kagum tengok. Aku bisik kat kak
Lai, jom kita beli gelang tangan diorang ni..
Dan kami beli daripada kedua-dua
ibu tu satu gelang rp15,000.Jujurnya, dalam simpati tu, terbit juga rasa kagum
aku pada kegigihan mereka ni. Inilah kelebihan orang Indon kan…gigih dan tak
malu mencari rezeki. Untuk pengetahuan, nenek bertopi tu umurnya 100 tahun. Dia
tak boleh speking bahasa Indon, cakap Jawa je… aku nak ambik gambar ni, aku
mintak izin tau. Dan aku bagitau, aku nak masukkan dalam blog aku…manalah tau
kot-kot nanti diorang saman…hehehhe
Setengah jam kami di situ, tiada
tanda-tanda hujan nak berhenti, so driver kata kami terpaksa redah hujan tu
untuk balik ke kereta. Time tu, sandal aku dah tebal ngan lumpur, tanah.
Sebelum balik tu, aku sempat bagi RP1000 pada nenek 100 tahun tu. Bila aku
fikirkan balik, kenapala aku capai rp1000 je bukannya besar sangat pun nilai tu
kan…mengapalah aku tak bagi je RP20,000 ke…kekesalan lagi. Kesian diorang,
dahla hujan lebat, entah ada ke tidak rezeki lain kan… semoga adalah hendaknya…
Kalau ikut perancangan driver,
dia nak bawak ke pantai Padang-padang, pantai tu paling yg paling cantik
katanya. Tapi kalau kami paksa jugak nak pegi, dalam keadaan hujan lebat tu tak
guna jugak. So, kami minta dibawa ke restoran makanan Padang je. Kami singgah
di restoran ACC Minang, tak jauh dari area Kuta. Rasanya restoran ni dekat
masjid kot, sebab terdengar azan Asar masa makan. Kami belanja makan driver tu
sekali. Sikitnya la hai dia makan…dia segan kot.
Lepas makan tu, kami minta
diturunkan di Matahari Mall. Esok, kami dah tak guna khidmat driver dah, so
kami bayarlah RP700,000 untuk khidmat 2 hari tu plus pick-up kat airport masa
sampai tu.
Di Matahari Mall, macam biasa,
kami window shopping dan member aku shopping lebih sket banding aku. Aku cuma
beli souvenir biasa je. Key chain, FM. Bagi aku, lebih bagus beli souvenir di
Matahari ni, barang lebih kualiti banding Krishna. Pilihan pun banyak macam
Bali Luih, Baliku…
ayam goreng + ice latte.... |
Balik hotel, mandi, keluar lagi.
Kami ke KFC, dinner…seperti yg kebanyakan orang tahu, ayam KFC selain di sini
taklah sesedap ayam KFC di Malaysia. Yg penting halal…