Isnin, 16 September 2013

...berangan nak ke Middle Earth...


Di manakah letaknya negara yg bernama Middle Earth ni...peminat filem trilogi LOTR mesti tahu di mana Middle Earth ni...negara asal pengarah filem LOTR (Peter Jackson) tu sendiri...NEW ZEALAND...

Emm....Aku kuat berangan akhir-akhir ni.....macam-macam projek diimpikan, beli rumah, bisnes, travel etc...salah satunya tetiba rasa nak ke New Zealand, padahal sebelum ni, aku asyik bermimpi nak ke Turki dan Eropah dan sesekali terasa nak ke Morrocco juga, macam eksotik sgt negara tu...

Puas baca, kaji, teliti dan fikir-fikir, nampaknya kalau nak juga ke Middle Earth ni  kena ambil cuti sekurang-kurangnya 2 minggu (14 hari) barulah 'agak' puas berjalan-jalan bukan setakat di South Island (biasanya org lebih suka explore belah South Island banding North) malah North Island juga. Rugi juga kalau tak menjejak kaki di North Island. Nak repeat, mimpilah kan! 

Satu lagi, kos ke Middle Earth ni pun boleh tahan mahalnya...aku anggarkan dalam RM8-9k kena ada untuk 13 hari. Buat masa ni, itu jumlah utk anggaran tiket, transport, penginapan dan makan...entah betol ke tidak anggaran tu... dari segi tiket mungkin naik MAS dari KL ke Auckland dan naik Jetstar dari Christchurch ke KL. aku lebih suka beli camtu banding beli return sebab makan banyak masa nanti ke balik ke Auckland plak...

Begini route aku (angan-angan semata!) KL-AUCKLAND-WELLINGTON-QUEENSTOWN-DUNEDIN-CHRISTCHURCH-KL ....

atau....KK-MELBOURNE-CHRISTCHURCH-WELLINGTON-AUCKLAND-KL-KK

Di Auckland, salah satu tempat yg aku nak pegi sangat  ialah.... The Hobbiton di Matamata. Tempat ni asalnya ialah ladang milik keluarga Alexander, sekarang pun ladang ni masih beroperasi cuma selepas sebahagian ladang ni dijadikan lokasi shooting LOTR untuk scene perkampung orang Hobbit, pemilik membuka ladang untuk pengunjung melihat sendiri 'rupa sebenar' perkampungan Hobbit...untuk ke sini kena ambil pakej Hobbiton Movie Tours yg berharga NZ 139...

Dari Auckland ke Wellington pulak, naik train Northern Explorer ( 10 jam )...sebab aku tak banyak masa untuk explore Northland, Bay Island dsbnya tu, so aku rasa pilihan naik train adalah yg terbaik, di samping dapatla stop di setiap stesen...

Kalau ada masa dan cuti yg banyak, plan asal naik feri dari Wellington ke Picton (from North Island to South Island), dlm gambar mcm feri Labuan...2 jam...pastu naik train lagi dari Picton ke Christchurch....mcm best, tp semua ni angan2 je....

yg lebih praktikal (tapi mahal tapi cepat tak buang masa) ialah naik domestic flight dari Wellington ke Queenstown...di Queenstown, bolehla ikut tour ke Milford Sound ...pastu barulah memberanikan diri driving dari Queenstown ke Dunedin dan kemudian Dunedin ke Christchurch. di Christchurch, sebab dah dekat, boleh ke Kaikoura untuk tengok whale...tu pun kalau nasib baik....atau naik train Tranzalpine dari Christchurch ke Greymouth....

angan-angan oh angan-angan....hehhehe....tapi route ni boleh pakai juga...cuma, mcm susah je nak gi Middle Earth ni...nak jumpa hobbit...adoi...rasanya mcm lagi senang nak plan travel around Europe...TAPI kan....matawang Euro sekarang amat + sangat mahal...

....semoga impian ni terlaksana....kalau susah2 baik simpan duit utk UMRAH....

Tiada ulasan: