Hari kedua kami di Sydney.
Bangun lewat sedikit. Aku dan kak Z terkandas nda solat Subuh.
Pukul 7.00 pagi baru terbangun, Ni gara-gara terlampau penatla ni. Betul-betul tidur sampai nda ingat dengar bunyi alarm.Matahari
sudah naik. Aduhai…hari ni plan ikut asal, jalan-jalan sekitar bandaraya Sydney
saja. Tempat utama ialah di kawasan Opera House, Sydney harbour Bridge dan
Royal Botanical Garden. Sebelum bertolak, niat tu mau naik bas no. 555 ke arah
Circular Quay ja, Alhamdulillah roommate kami bagitau dekat saja, cuma jalan
kaki dalam 20 minit sudah sampai.
Sebelum ke sana, singgah di kedai 7-11 di bawah hostel, pekena secawan
kopi. Member yg sorang pilih minuman coklat. Kami berjalan santai je. Dalam perjalanan,
sekali dua aku buka map, rujuk nama jalan dan arah perlu kami ikuti. Berdekatan
Martin Place, seorang mat salleh tegur kami, sebab waktu tu aku tengah sibuk
study map. Dia tolong tunjukkan arah ke Opera House. Syukurla, ada juga insan
baik di bumi Australia ni.
|
Martin Place |
|
bunga-bungaan di Martin Place |
Di area Martin Place yg nampak menarik dengan bangunan lama kami
posing-posing. Teruskan menapak lagi. Sampai juga akhirnya di depan Circular
Quay. Ambil masa lepak dan bergambar. Cuaca sedikit mendung pagi ni tapi tiada
tanda hujan. Belum pandai meneka cuaca di sini.
|
bas tour .... |
|
area depan Circular Quay |
|
bunga-bungaan...masih musim bunga kan... |
|
The Rocks |
|
The Rocks lagi... |
|
Bendera Australia berkibar megah |
Kami berjalan di sepanjang Circular Quay hingga ke The Rocks. Ambil
gambar dengan ‘Kapten Cook’. Mat salleh ni boleh cakap melayu. Rupanya dia
pernah bekerja di Seremban tapi sudah lama dulu tahun 1980-an. “I love your
country” katanya. Emm, do you still love our country if u come to Malaysia
nowadays?” I am not very sure. Ada orang-orang aborigin bermain alat muzik
dorang, semacam minta sedekah. Layan sekejap tapi nda bagi derma pun. Rasa cam
kedekut tau.
|
Kapten Cook yg pandai cakap Melayu.. |
Cantik sungguh area The Rocks. Berjalan kaki dari situ patah balik ke
Circular Quay dan ke Sydney Opera House
pulak. Ikon bandaraya Sydney. Bangunan kebanggaan Australia pastinya.
Lepak-lepak di tangga Opera House memerhati gelagat si burung camar. Nakal
betul burung ni. Rupa jak comel tapi ganas tau.
Yeah, kami lepak di Opera House. Feel proud and thankful. Syukur kepada
Allah SWT memberi peluang dan rezeki untuk kami bertiga, sampai juga kami di
sini.
|
peminta sedekah ni.... |
Sambil tu kami makan bekal roti, buah ceri dan pisang yg kami bawa.
Bolehla alas perut. Bosan di situ, aku ajak member ke Mrs Macquire Chair pula.
Dari blog si supermeng aku tahu tempat ni adalah tempat terbaik untuk tengok
view Opera House dan Harbour Bridge. Kami berjalan santai-santai ja ke sana.
Nampak macam jauh, ya memang jauh pun, tapi tak apa sebab view dan cuaca sangat
best. On the way ke sana kami singgah sana sini di area Royal Botanical Garden
tu. Macam-macam aksi kami posing. Member yg sorang ni ada-ada saja ideanya. Gambar sambil
baringla, tiarap la. Gasak ja. Kita tengah melancong ni, lantaklah kan. At this
time, my Nikon dah start exhaust bateri dia. Uwaa…no more pretty shot la ni.
|
tuan tanah posing2 jugak tau... |
|
langit mendung kelabu... tak lawa sangat kan...huhu |
|
Royal Botanic Garden ni di tengah kota Sydney... |
Akhirnya sampai di area Mrs Macquire Chair. Seriously, the view is
superb, awesome… mengikut sejarah, dahulu isteri Gabenor New South Wales iaitu
si Mrs Macquire tu gemar lepak-lepak di sini memerhati ke arah pelabuhan
Sydney…kalau-kalau ada kapal dari England sampai. Mesti dia rindu sangat dengan
England kan…yelah, Australia ni jauhhhh sangat dari England.
Tak sempat meneroka ke arah lebih jauh dari
itu sebab kak Z ke tandas dan kami perlu susul dia.
|
view memang awesome dari spot ni... |
|
'chair' tu sebenarnya batu ... |
Tadi kami ikut laluan tepi laut, sekarang nak balik ke arah Pitt
Street tu kami pilih laluan dalam kawasan Royal Botanical Garden sebelah dalam.
So, di sini kami banyak main-main je. Dua orang member aku ni sibuk buat aksi
lompat bintang. Aku perhati je la. Di Osaka hari tu aku buat tak menjadi, so
aku kurang confident ada kejayaan di bumi Sydney ni.
|
kami keluar ikut gate ni... |
Dalam Royal Botanical garden ni ada banyak jenis taman. Taman ros,
taman tropika, taman ala-ala Jepun dll. Seronok juga. KK patut ada garden
sebesar ni. tapi, kalau ada karang jadi crime scene location pulak. Adalah yg mati kena bunuh, ada yg kena
ragut dalam taman tu nanti. Di sini lain. Rasa selamat gitu.
|
New South Wales library |
Berpandukan map, aku ajak member berjalan kaki ke arah New South Wales
Public Library. Lepas tu ada bangunan hospital …di depan bangunan tu, kami
menyeberang jalan ke arah Martin Place. Dan terus berjalan kaki ke arah Pitts
Street. Berhenti sekejap nampak seniman jalanan. Dia homeless, sejak dia cacat
kaki, dia susah dapat kerja, so dia start melukis guna pen saja. Banyakla hasil
seni dia pamer. Dengan dia ni aku rasa kesian dan dalam masa yg sama kagum
dengan bakat dia. So, aku menderma sedikit. Member-member pun sama menderma.
Sepanjang jalan dorang ni dah mula busy buat deko Krismas. Ada pokok krismas
besar dibuat dari lego. Menarik.
|
dia homeless tapi banyak hasil karya dia tu...talented jugak tauu... |
|
pokok krismas drp lego |
Hari belum gelap lagi, Cuma kami balik hostel utk solat dan rehat.
Lepas solat dan rehat sekejap kami keluar lagi. Cari makan. Terjumpa satu kafe
kebab kecil berdekatan World Square tu. Gara-gara terlampau lapar,
masing-masing order satu set sorang, no sharing-sharing. Pizza pun sorang beli
sepotong. Sepotong pizza tu besar tau, dah mengenyangkan…akhirnya sampai hostel
makanan kami dah layak buat satu pantry dalam bilik tu.
|
pizza ni so-so je rasanya...tak abis pun |
|
seafood platter - berjemaah kami menghabiskan itupun tak abis-abis |
|
kebab ayam -sedap...yg ni licin... |
Sebelum naik hostel kami singgah 7-11, mau pekena secawan teh @ kopi
lagi. Kali ni aku dan member sorang tu mau cuba hot chocolate pula, pagi tadi
kami dah cuba coffee latte. Yang sorang lagi nak minum teh O jak. Ada kisah di
sini, masa member tengah nak bayar tu, cashier yg merupakan seorang Pakistani
(ofkos la Muslim kan) marah-marah dia. Mula-mula tak faham why mamat ni bengang
semacam ni. Rupanya dia nak explain yg minuman hot chocolate tu tak halal, ada
bahan yg tak halal dalam tu, so sebab dia marahkan kami sebab kami tak tanya
dia dan tak kaji. Aduhai, disebabkan kami tak jadik minum, dia minta bayaran
AUD1 je untuk dua hot chocolate tu. Lepas tu satu-satu muffin, kek di 7-11 tu
kami tanya halal ke tak halal. Thanks to mamat Pakistan ni kerana menjalankan
kewajipan dia, mengingatkan sesama Muslim.
End of the story untuk hari kedua kami. Round Sydney sehari memang tak cukup, seharian cuma jelajah area Circular Quay, The Rocks, Royal Botanic Garden je...
p/s amacam...ada rasa teruja tak nak ke Sydney lepas tengok gambar2 ala-ala mendung kelabu tu...hiks
Tiada ulasan:
Catat Ulasan