Assalamualaikum...salam sehati sejiwa...
Lama betul tiada entri baru. Ada 2 M yang jadi penghalang. Masa dan Malas.
Apapun, tetap kena habiskan part trip ke HCMC. Part akhir untuk trip ke Saigon.
Dalam trip sebelum ni, aku tak pernah review hotel. Kali ni aku buat review hotel.

HOTEL RUBY atau RED RUBY HOTEL atau HOANG TRAM HOTEL
Tempah melalui www.booking.com
Dalam booking memang tempah 2 bilik twin sharing. Silap hotel, masa sampai staf maklumkan bahawa dorang cuma simpan 1 bilik. Staf kira berusaha juga, dorang bagi extra bed untuk bilik yang satu ni dan kami tidak dicas harga untuk dua bilik. Masa tempah hari tu memang belum buat pembayaran, cuma tempah saja. Kami juga dijanjikan teksi tambang percuma ke airport masa bailik nanti. So, hotel nampaknya berusaha tebus kesilapan tu. So, kira okay la kan.
Lift hotel agak slow dan kecil. Sesuailah dengan saiz bangunan hotel tu sendiri yang kecil dan agak lama. Bilik sederhana, bersih dan ada balkoni sendiri. Kemudahan dalam bilik pun agak lengkap. Ada cerek elektrik, cawan, sudu teh, kopi 3 dalam 1 dan hair dryer.
Bilik air bersih, ada bathtub lagi. Walaupun kat luar macam hotel murah, tapi dalam bilik air ni disediakan sikat, ubat gigi, berus gigi, shower cap, putik kapas yang biasanya kalau di Malaysia at least kat hotel 3 bintang je yang sediakan.
Lokasi hotel sangat dekat dengan pasar malam dan Ben Thanh Market. Kena berjalan la sikit ke Malaysia Street yang ada deretan restoran/kafe halal tu tapi, bukannya jauh sangat pun terutama kalau korang pegi ladies group, takde la terasa letih sangat. Hotel ni terletak di tepi jalan besar, seberang jalan tu ada dua butik Muslimah bolehlah cuci mata selalu.
Lepas trip ni hingga sekarang aku belum jejak ke mana-mana lagi. Semerudumnya nilai ringgit sebegitu jugalah merudumnya aktiviti travelku. Insyaallah, ada masa, rezeki dan peluang mungkin terbang juga...Yang pasti bukan ke Eropah...

reception counter...sempit sikit tapi check in / check out mudah dan pantas... |
pc untuk kegunaan semua |
tour ke Delta Mekong dan ke Cuchi Tunnel ...yang berminat boleh join |
Balkoni yang menghadap kafe jiran sebelah |
Lepas trip ni hingga sekarang aku belum jejak ke mana-mana lagi. Semerudumnya nilai ringgit sebegitu jugalah merudumnya aktiviti travelku. Insyaallah, ada masa, rezeki dan peluang mungkin terbang juga...Yang pasti bukan ke Eropah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan