Assalamuaikum & salam manis...
...travelogue winter trip Seoul 2016...panjang lebar sikit entri travelogue ni ye. Al-maklumla lama nda mengarang dan catatan sebegini bertujuan untuk tuan tanah kedaung ni baca balik suatu hari nanti, sebagai rujukan dan kenangan gitu. Gambar-gambar adalah diambil guna handphone jak kali ini, kamera Nikon buat hal, so bergantung harap kepada hp jak...that's why gambar-gambar adalah kurang lawa ( amaran awal ).
Kami ambil tour Secret Garden sekali. Memang berbaloi-baloi ambil tour
ni. Of course la ambil yang dalam bahasa Inggeris. Adalah sikit perlu turun
naik bukit tapi masih boleh dibuat
walaupun oleh orang yg kurang exercise macam aku. Secret Garden ni memang highlight
dan something special untuk istana ni. Tenang dan indah. Pokok-pokok yang togel
tak berdaun tu tetap nampak indah jak. Kalau musim luruh ni, tambah
berbaloi-baloi ni…mesti makin lawa Secret Garden ni. Macam dalam blog Supermeng
tu, dia pegi time autumn. Pegi time winter ni kalau ada salji bertompok-tompok
atas tanah, celah ranting tu kan lagi lawa. Tapi kan, time ni salji belum turun
turun walaupun sejuknya aduhai…
...travelogue winter trip Seoul 2016...panjang lebar sikit entri travelogue ni ye. Al-maklumla lama nda mengarang dan catatan sebegini bertujuan untuk tuan tanah kedaung ni baca balik suatu hari nanti, sebagai rujukan dan kenangan gitu. Gambar-gambar adalah diambil guna handphone jak kali ini, kamera Nikon buat hal, so bergantung harap kepada hp jak...that's why gambar-gambar adalah kurang lawa ( amaran awal ).
22 December 2016 ~ 30 December 2016
Day 1 ~ Departure and arrival
Perjalanan bermula dari KK ke KL. Flight pukul 7.35 malam. Lewat 15
minit sebab kapal lambat sampai. Sampai di KLIA2 kira-kira pukul 10.15 malam. Bermulalah
adventure mencari tempat lepak. Masa
ni tekak mula rasa perit-perit. Mencuba juga redakan rasa mau selsema dengan
membeli air cap badak dan gula-gula untuk tekak.
Plan A tidur di surau lepas selesai solat-solat semua. Pergi ke surau
level 2, kecilnya surau dan sudah ada beberapa orang lepak di situ. Rasa kurang
selesa. Pergilah ke Capsule by Container, hostel berkonsep ala-ala bilik mayat
tu..huhu.., inipun tidak bernasib baik. Semua bilik penuh. Menyesallah pula nda book
awal-awal lagi. Akhirnya pasrah jak tidur di surau aras 1.Sudahnya aku cuma dapat tidur dalam 40minit...
Pukul 5.00 pagi bangun, terus ke level international departure. Boarding pukul 6.55pagi. Memandangkan teringat luas dan jauhnya gate international ni macam masa pi
Sydney dulu hampir terlepas flight, berjalanlah kami slow-slow. Breakfast di
Burger King, lepas tu jalan slow-slow ke gate.
Kali ni fly tepat masa atau lewat beberapa minit jak. Seat no 25. Di tengah la juga. Member aku KZ di
tepi tingkap, aku di tengah dan sebelah aku remaja Mat Salleh yang nampak sopan
dan beradab. Aku tidur setengah jam jak. Lepas tu layan perasaan dan main game. Waktu hampir Seoul sudah, terasa ngeri tengok awan tebal.
Dalam fikiran terfikir, macamanalah kapal ni mau tembus awan tu punyalah tebal.
Alhamdulillah sangat, landing smoothly and
safely.
Baru berjalan di walkaway dari kapal ke bangunan airport pun sejuk
gila. Aduhai…ini memang perlu jaket tebal ni. Selagi dalam bangunan yang ada
heater ni belumlah merasa kesejukan berganda-ganda tu. Lepas jak dapat luggage,
terus sarung jaket tebalku. Beli
T-Money, dapatkan map subway, pergi bertanya di tourist information booth dan
akhirnya pi beli tiket di kaunter bas airport limousine.
Masa di Seoul awal sejam. Pukul 6.30 petang sudah gelap macam malam di
Sabah.
Aduhai, gelisah juga. Takut pihak guesthouse anggap booking tu batal.
Lewat sudah sampai daripada masa yang diberitahu melalui emel sebelum ni.Menyesal juga berlama-lama di airport tadi, buang masa sejam di airport tadi.
Pukul 8.30mlm akhirnya sampai di Dongdaemun History and Culture Park. 2 kali
aku hilir mudik bertanya driver. Padahal tiap kali bas ada pengumuman akan berhenti di hentian mana, tapi bila travel begini, mulut tu jangan kurang bertanya, jangan berat mulut, untuk yakin haruslah begitu…Adui, tapi kan waktu turun
dari bas tu saja rasa mau tumbang kesejukan. Sejuknya.
Lebih kurang 1 jam lebih macam tu perjalanan dari Incheon Airport, akhirnya sampai di guesthouse 24 Guesthouse Dongdaemun.
Check-in mudah dan pantas je.Namja yg jaga kaunter pun bagus Bahasa
Inggerisnya. Lepas bayar, terus dapat kunci bilik .
Ikut plan itinerary aku,
sepatutnya lepas check in jalan-jalan dulu ke Cheonggye Stream sampai
Gwanghamun Square. Tapi, oleh kerana aku semalaman nda dapat tidur dan
kesejukan yang melampau bagi orang-orang yang datang dari negara panas ni,
rasanya baik mandi, tukar baju dan tidur jak. Di luar tu sebenarnya adalah -1
darjah celcius. Jauh beza dengan 32 darjah celcius di Sabah.
So, lepas mandi, bersihkan diri dan solat kami pun tidur.
Day 2
Bangun pagi di Dongdaemun, Seoul. Mengintai keluar, jalan raya sudah
banyak kereta tapi pejalan kaki belum ramai. Yang ada sorang dua tu semuapun
berkelubung dengan winter coat. Ini mesti sejuk ni.
Lepas sarapan sendiri makanan dari Malaysia ~ bun, maggi dan nestum 3
in 1, lepas tu terus bersiap. Plan hari ini ialah melawat ke Changdeukgong Palace,
jalan-jalan di Insadong dan malam ke Itaewon.
Dongdaemun History and Culture Park station just across the road.
Cross the road, turun tangga ke DDP teruslah nampak exit 1 stesen tu. Turun sampai
Anguk Station. Keluar exit 5, jalan lurus sampai jumpa tourist information
booth Insadong, maknanya sampai di di Insadong tu.
Tapi sampai sini kami keluar Exit 6 dulu sebab nak ke Changdeukgong.
Tahun 2014 dulu aku pegi sini ngam hari istana tu tutup so aku pergi ke Istana
Gyeongbokgung. Bagi aku Gyeongbokgung tu tak berapa lawa areanya. Ikut
pembacaan aku, Changdeukgong istana paling menarik bagi local sendiri.
pokok-pokok yang togel |
menuju ke arah kiri |
Secret Garden ditutup sebelum tour bermula...so, kena tunggu sampai gate ni dibuka |
menuju spot #1 |
gerbang/pintu keluar masuk berbeza ikut kedudukan |
layan boring ambik gambar ahli-ahli tour |
spot #2 |
semuanya brownish je...walking to spot # 3 |
one of the pond |
berjalan keluar dari Secret Garden |
bangunan bersebelahan Changdeukgong Palace |
beli berangan di Insadong...sedap makan waktu sejuk-sejuk ni |
Lepas selesai, kami jalan slow-slow ke
Insadong pula.
Lepas tanya serba
sedikit di Tourist Booth, terfikir untuk booked shuttle bus ke Nami Island
lusa. Memang sudah study cara-cara ke
Nami Island guna subway. Tapi memandangkan badan ni macam nda berapa sihat dan
musim sejuk lagi, aku ambil keputusan ikut shuttle bus saja.
Tak susah carik office Naminara Republic ni, ada papan tanda kecil. Cari
dan intai saja sepanjang Insadong tu, mesti ternampak punya. So, kami booking
return trip. Plus ferry ticket dan visa round trip ke Nami. Total semuanya
23,000 won. Mahal lah kan, tapikan badan ni macam kureengg sihat so, ambillah
pilihan ni daripada turun naik train baru sampai Gapyeong, lepas tu nak kena
mencari teksi ke wharf lagi. Kan ke seksa…berjalan waktu winter ni pun dah
cukup seksa.
Plannya hari Isnin.
Tempat tunggu bas pun kami check awal-awal. Dekat ja dengan Insadong
tu. Lepas 7-11 Insadong tu, nampak Tapgol Park di depan sana …cross the road.
So, kami balik ke 24 Guesthouse Dongdaemun. Lepas makan, rehat dan
solat pukul 4.30 keluar lagi.
bersambung.....
bersambung.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan