Isnin, 8 Julai 2013

Jalan-jalan - Kuala Penyu



Kuala Penyu ialah pekan yang terletak berhampiran pekan Beaufort (my home town). Walaupun namanya Kuala Penyu a.k.a Turtle Bay dalam bahasa Inglish tapi janganlah berharap boleh beli telur penyu atau melawat pusat pendaratan penyu di sini…Itu dulu, jaman-jaman tahun 50-an, 60-an (info  from my mom)…sekarang, penyu dah merajuk…lari ke Sandakan kot…hehehe
Sabtu lalu aku ke sini dengan 2 orang member rapat. Konon-kononnya nak ke Pesta Rumbia.  So, aku cadang nak buat entri khas pasal pesta ni. Ambil gambar dsb...
On the way ke pekan ni, kami mula rasa syak…jalan raya lengang dan tak nampak pun sebarang banner. Hati dah mula rasa was-was…Sampai di pekan yang biasanya lengang tanpa Pesta Rumbia ni, memanggggg lengang….tenang, damai macam biasa. Tiada tanda-tanda ada pesta-pestaan. Sah!!! Pesta Rumbia dibatalkan atau kami tersilap tarikh. Masalahnya baru 2 minggu lalu kami lalu di pekan ni dan terbaca poster dan iklan Pesta Rumbia.
Luckily, my friend terserempak kawan lama di salah satu kedai. Pesta Rumbia bukan dibatalkan…Cuma…ditunda sehingga selepas Hari Raya Aidilfitri. Logiknya jugak, minggu depan puasa, so macam kelam-kabut kalau nak berpesta segala. Even though Kuala Penyu ni  agak ramai penduduknya berketurunan Dusun dan beragama Kristian tapi pengunjung-pengunjungnya dari daerah2 yg dekat macam Membakut, Beaufort, Sipitang, Bongawan dan Papar masih majoritinya Bumiputera Islam. Musim2 dekat Ramadhan macam ni, dah jadi budaya untuk kami buat kenduri kesyukuran sempena menyambut Ramadhan atau menitir bagi suku kaum  Brunei.  

Ok, balik ke info Kuala Penyu, pekan ni suasana kedesaannya masih kuat…rasa damai dan tenang…. Dulu penduduk pekan ni kena naik feri kalau nak ke sebelah Membakut. Sekarang dah ada jambatan baharu…. Sebenarnya pekan ni amat berpotensi untuk pelancongan, untuk ke Pulau Tiga boleh naik bot dari sini. Aku pernah juga ke Pulau Tiga, camping 2 malam di sana, naik bot dari Kuala Binsulok, tapi time tu aku belum kenal dunia blog, sekeping gambar pun tiada, uhhuhu rasa mcm show off tanpa bukti plak… sedih!!!
Okla…layanla gambar2 yg tak seberapa ni….

 Selamat Datang ke Kuala Penyu....
tenang.....
 jambatan Kuala Penyu 
laluan feri yg sekarang tempat 'parking' bot nelayan....
bot nelayan....
see...feri yg 'dilupakan' tenggelam mcm Titanic...
kapal  terbiar jadi 'port' kerbau berdating...hehehe
pemancing yg sabar....
view dari jambatan....


Tiada ulasan: