Sebelum ke Kuching, aku ada tanya member aku orang sana, katanya tak sesuai pegi time cuti CNY ni, biasanya hujan...aku degil gak, nak jugak pegi. Memang betulla, hari pertama sampai dah hujan. Spoil mood. Nasib baik dapat pegi Kampung Budaya. Sebab memang tempat ni yg aku nak pegi sangat banding nak round2 Serikin tu....aku berjalan lebih kepada sightseeing....tak serasi nak pegi ngan kaki shopping!
So, hari kedua kami ke sini, dari bandar Kuching ke sini lebih kurang 45 minit...dengan bayaran masuk melalui agent RM55, kalau beli di situ RM60. Di pintu masuk, kita akan diberi buku pasport khas...setiapkali singgah satu-satu rumah dalam Kampung Budaya tu, kita cop, tanda dah masuk rumah tu.
di gerbang Kampung Budaya
Rumah Melanau |
di Rumah Melayu...disambut dgn paluan kompang... |
masih di rumah Melayu |
Di setiap rumah ada pekerja-pekerja Kampung Budaya yg akan terangkan tentang rumah dan suku kaum tu. Contohnya Rumah Melanau dibina tinggi2 untuk elak musuh, di rumah ni juga, dorang ada tunjukkan cara membuat tebaloi. Tebaloi yang dorang masak tu dijual dalam bungkusan kecik2...adalah juga aku membeli. Rasanya sedap...dijamin halal! hehehe...aku nampak depan mata, so yakin je membeli...
Di rumah Orang Ulu, dorang siap persembahkan tarian selamat datang. Rumah Orang Ulu ni pun dibina tinggi, tapi lebih luas banding rumah Melanau. Rumah panjang Iban paling meriah, cuma di sinila kakak travelmate aku tu rasa semacam. Balik Sabah pun dia still terbayang-bayang tengkorak-tengkorak di rumah Iban ni... Moralnya, kalau pegi tempat2 yg mistik lagi misteri ni, kenala siapkan jiwa dan banyak-banyakkan baca ayat Kursi...
persembahan tarian.... |
Masa yg kami spend di sini lebih kurang 3 jam termasuk tengok show. Show ni bermula dalam pukul 11.30 pagi, lebih kurang sejam. Bagi aku, show tarian ni jadi highlight day trip ke sini, dan overall buat aku rasa day trip ke sini berbaloi. Even pelancong2 luar negara tu pun tertarik...Kalau tak silap aku ada 4 tarian yg dipersembahkan...dan paling menarik ialah tarian suku kaum Melanau. Jujurnya, selepas pegi Bali, personally,aku rasa aku lebih suka tarian di Kg Budaya ni banding tarian yg aku saksikan di Bali..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan