Penulis - Hasrizal Abdul Jamil
Bil. muka surat - 267
Harga buku - RM27.00
…inspirasi untuk ke Turki…
Dah lama aku minat nak ke Turki,
sejak 2009. Sebenarnya, sebelum tu, aku tau apa2 tentang Turki. Pernah dengar
nama Mustapa Kamal Attaturk tapi tak banyak info. Masa sekolah memang ada
belajar Sejarah Islam, termasukla kerajaan Uthmaniyyah…tapi masa sekolah aku
lebih minat kerajaan Abbasiyah, sebab banyak sumbangan keilmuannya.
Dari mana minat ni datang….entah
macamana aku boleh terjumpa blog saifulislam di alam maya ni, start dengan satu
entri tentang Turki, aku terus tertarik, dan lepas tu semua entri ustaz tu
tentang Turki aku baca.
Tapi takkan asyik membuka blog
kan. Kadang-kadang teringin nak baca pos ustaz yang pandai menulis tu
semula…dan akhirnya, aku dapat tau semua entri Turki ustaz tu dah bukukan dalam
satu buku …bukunya “Secangkir Teh Pengubat Letih”…susahnya nak cari buku ni di
Sabah. Tiapkali kali ke KL, aku mesti cuba cari. Tapi entahlah, tak
jumpa-jumpa. 2011, aku akhirnya miliki buku tu …beli secara online…puas hati
sangat.
Apa yg lain tentang buku ni…
-
Penulis buku ni sebenarnya belajar di
Jordan…tapi selalu travel ke Turki. Sangat menarik cerita first trip dia ngan
kawan dia. Orang Turki rata-ratanya tidak mahir berenglish, tulisan dorang pun agak lain ( macam tulisan Russia ),
kawan dia menjerit di tengah-tengah ramai orang “ anyone can speak english ’’…dan
tak sangka memang ada anak muda yang datang menolong dorang..
-
Selepas trip pertama tu, penulis ni dah mula
terpikat ngan Turki…dan siapa sangka selepas itu, dia ke Turki secara solo
berkali-kali.
-
Tulisan ustaz ni bukanlah tentang melancong,
walaupun dia ada bagi info secara tak langsung tentang tempat-tempat menarik di
Turki, tapi lebih kepada pandangannya dan pengalamannya di bumi Turki. Kalau
setakat kita nak tahu pengalaman melancong
7 @ 8 hari orang ke sana, baca kat blog travel orang pun banyak kan…
-
Dari tulisan ustaz ni, membuatkan kita pun akan
berharap bertemu orang Turki sebaik keluarga adik angkatnya Fatih.
Antara perkara
tentang Turki atau masyarakat Turki berdasarkan buku ni…
-
Mungkin separuh daripada 10 orang lelaki di sana
bernama Fatih…emmm ni ada kaitanla dengan Sultan Muhammad al-Fatih kan…
-
Masyarakat Turki sangat pentingkan kebersihan –
cthnya, kawan Turki penulis mencuci gelas (yg diletak di rak dan memang bersih)
sebelum digunakan. PM Turki sekarang iaitu Erdogan, semasa jadi Mayor of
Istanbul, sanggup turun padang membersihkan jalan-jalan di Istanbul. Makcik
penyapu sampah di Istanbul cuci tong sampah bersih-bersih setiap hari, bukan
sekadar sapu sampah je. Di kampung adik angkat penulis, seminggu sekali kaum
ibu akan datang ke masjid untuk buat sesi pembersihan…
-
Orang Turki suka minum teh atau cay….
-
Orang Turki yang berpegang kuat kepada Islam,
takkan membeli di kedai orang yg sekular, mereka juga teguh pendirian, kalau
nak memboikot, mereka boikot secara istiqamah.
-
Mereka suka membaca...
-
Masyarakat yg sangat hormatkan tetamu…
-
Banyak halangan dan cabaran mereka hadapi
sewaktu di bawah pemerintahan sekular dulu..
-
Sejak dulu (dan hingga kini rasanya…), amat
besar cabaran mereka untuk mempertahankan agama…dihimpit oleh pelbagai puak
–(sekular, Yahudi, syiah, dunia….)kata penulis, jiwa mereka amat besar untuk
mempertahankan agama Islam ini…
-
Ramadhan adalah bulan paling meriah di Turki,
penulis ada juga mengesyorkan…sesekali apa salahnya berpuasa di Turki…sebabnya,
masjid-masjid diimarahkan dengan bacaan Quran, pelbagai aktiviti sepanjang
bulan Ramadhan..
-
Setiapkali penulis ke Turki, dia seperti direcharge …hubungan persaudaraan Islam
dirasainya di Turki…dari orang Turki…
Dengan apa yg berlaku di Taksim
semenjak dua menjak ni, rasanya sesiapa yg membaca buku ini akan faham sedikit
demi sedikit apa yg berlaku. Walaupun aku belum pernah sampai ke sana, tapi
selalu juga berdoa dalam hati, moga-moga kepimpinan Islamik Turki yg sekarang
akan kekal…meskipun bertukar parti, tapi janganlah kembali kepada golongan
sekular. Bukan senang tau, dorang nak kembali kepada Islam, maksud aku dapat
melaksanakan the way of life as a muslim
dengan lebih bebas, cthnya sekarang siswi di university dah boleh berhijab …
golongan sekular di Turki tu memang takkan berhenti la kot untuk nak
mengembalikan Turki ke era sama macam zaman Attaturk dulu…
Buku yang bagus dibaca bagi
sesiapa yg nak ke Turki…elok kita kenal satu2 destinasi sebelum jejak kaki di sana ….
2 ulasan:
Ahaaa good info mari kita kenaki turki sblm ke sana. Nanti JM nk cari buku ni kat popular agak2 nya ada ke x yer :-)
rasanya ade...selamat membaca JM....
Catat Ulasan