Jumaat, 19 Julai 2013

...bercerita tentang Turki....

Info buku-
Penulis - Hasrizal Abdul Jamil
Bil. muka surat - 267
Harga buku - RM27.00



…inspirasi untuk ke Turki…

Dah lama aku minat nak ke Turki, sejak 2009. Sebenarnya, sebelum tu, aku tau apa2 tentang Turki. Pernah dengar nama Mustapa Kamal Attaturk tapi tak banyak info. Masa sekolah memang ada belajar Sejarah Islam, termasukla kerajaan Uthmaniyyah…tapi masa sekolah aku lebih minat kerajaan Abbasiyah, sebab banyak sumbangan keilmuannya.
Dari mana minat ni datang….entah macamana aku boleh terjumpa blog saifulislam di alam maya ni, start dengan satu entri tentang Turki, aku terus tertarik, dan lepas tu semua entri ustaz tu tentang Turki aku baca.
Tapi takkan asyik membuka blog kan. Kadang-kadang teringin nak baca pos ustaz yang pandai menulis tu semula…dan akhirnya, aku dapat tau semua entri Turki ustaz tu dah bukukan dalam satu buku …bukunya “Secangkir Teh Pengubat Letih”…susahnya nak cari buku ni di Sabah. Tiapkali kali ke KL, aku mesti cuba cari. Tapi entahlah, tak jumpa-jumpa. 2011, aku akhirnya miliki buku tu …beli secara online…puas hati sangat.
Apa yg lain tentang buku ni…
-          Penulis buku ni sebenarnya belajar di Jordan…tapi selalu travel ke Turki. Sangat menarik cerita first trip dia ngan kawan dia. Orang Turki rata-ratanya tidak mahir berenglish, tulisan dorang pun agak lain ( macam tulisan Russia ), kawan dia menjerit di tengah-tengah ramai orang “ anyone can speak english ’’…dan tak sangka memang ada anak muda yang datang menolong dorang..
-          Selepas trip pertama tu, penulis ni dah mula terpikat ngan Turki…dan siapa sangka selepas itu, dia ke Turki secara solo berkali-kali.
-          Tulisan ustaz ni bukanlah tentang melancong, walaupun dia ada bagi info secara tak langsung tentang tempat-tempat menarik di Turki, tapi lebih kepada pandangannya dan pengalamannya di bumi Turki. Kalau setakat kita nak tahu pengalaman melancong  7 @ 8 hari orang ke sana, baca kat blog travel orang pun banyak kan…
-          Dari tulisan ustaz ni, membuatkan kita pun akan berharap bertemu orang Turki sebaik keluarga adik angkatnya Fatih.
Antara perkara tentang Turki atau masyarakat Turki berdasarkan buku ni…
-          Mungkin separuh daripada 10 orang lelaki di sana bernama Fatih…emmm ni ada kaitanla dengan Sultan Muhammad al-Fatih kan…
-          Masyarakat Turki sangat pentingkan kebersihan – cthnya, kawan Turki penulis mencuci gelas (yg diletak di rak dan memang bersih) sebelum digunakan. PM Turki sekarang iaitu Erdogan, semasa jadi Mayor of Istanbul, sanggup turun padang membersihkan jalan-jalan di Istanbul. Makcik penyapu sampah di Istanbul cuci tong sampah bersih-bersih setiap hari, bukan sekadar sapu sampah je. Di kampung adik angkat penulis, seminggu sekali kaum ibu akan datang ke masjid untuk buat sesi pembersihan…
-          Orang Turki suka minum teh atau cay….
-          Orang Turki yang berpegang kuat kepada Islam, takkan membeli di kedai orang yg sekular, mereka juga teguh pendirian, kalau nak memboikot, mereka boikot secara istiqamah.
-          Mereka suka membaca...
-          Masyarakat yg sangat hormatkan tetamu…
-          Banyak halangan dan cabaran mereka hadapi sewaktu di bawah pemerintahan sekular dulu..
-          Sejak dulu (dan hingga kini rasanya…), amat besar cabaran mereka untuk mempertahankan agama…dihimpit oleh pelbagai puak –(sekular, Yahudi, syiah, dunia….)kata penulis, jiwa mereka amat besar untuk mempertahankan agama Islam ini…
-          Ramadhan adalah bulan paling meriah di Turki, penulis ada juga mengesyorkan…sesekali apa salahnya berpuasa di Turki…sebabnya, masjid-masjid diimarahkan dengan bacaan Quran, pelbagai aktiviti sepanjang bulan Ramadhan..
-          Setiapkali penulis ke Turki, dia seperti direcharge …hubungan persaudaraan Islam dirasainya di Turki…dari orang Turki…

Dengan apa yg berlaku di Taksim semenjak dua menjak ni, rasanya sesiapa yg membaca buku ini akan faham sedikit demi sedikit apa yg berlaku. Walaupun aku belum pernah sampai ke sana, tapi selalu juga berdoa dalam hati, moga-moga kepimpinan Islamik Turki yg sekarang akan kekal…meskipun bertukar parti, tapi janganlah kembali kepada golongan sekular. Bukan senang tau, dorang nak kembali kepada Islam, maksud aku dapat melaksanakan the way of life as a muslim dengan lebih bebas, cthnya sekarang siswi di university dah boleh berhijab … golongan sekular di Turki tu memang takkan berhenti la kot untuk nak mengembalikan Turki ke era sama macam zaman Attaturk dulu…
Buku yang bagus dibaca bagi sesiapa yg nak ke Turki…elok kita kenal satu2 destinasi sebelum jejak kaki di sana ….

2 ulasan:

Jari Manis berkata...

Ahaaa good info mari kita kenaki turki sblm ke sana. Nanti JM nk cari buku ni kat popular agak2 nya ada ke x yer :-)

PutriMaryam berkata...

rasanya ade...selamat membaca JM....