Khamis, 5 Disember 2013

Japan 2013 : part 1 - Dari Malaysia ke Kyoto

Hi to all readers......

selamat membaca - travelogue trip Japan.....part 1

Hari yg ditunggu-tunggu dah tiba. Flight kami sepatutnya terbang pukul 8.15am direct KK-OSAKA....
So, kami masing-masing sampai airport KKIA sebelum pukul 7.00 pagi....kisah n drama trip ni start kat sini tau....bermula dari aku nak check guna kiosk x dapat, masa tu aku cuba bertenang lagi...then try call travel mate aku hp aku plak buat hal...masa ni aku dah ada instinct buruk.... 

Bila sampai kaunter check in, budak kaunter tu macam terkejut KK-Osaka? hati rasa lain macam je masa tu....Haaa??? what happen? flight direct KK-Osaka dah sebulan tak beroperasi, dah diganti route lain KK-Tokyo Narita....so, adakah tiket kami dikira burn? 
Masa tu dalam kepala aku...ni dah kira rugi ni, dah la cuti bukan senang nak apply....then, malu weiii kalau tak jadi....satu ofis dah tau ni (bukan kami yg hebohkan tp bila sorang dapat tau abis satu ofis tau gak...mencikk!!!) Aku salahkan diri....minggu lepas memang ada nombor yg bukan hp call aku, tapi memandang bermula dengan 03-XXXXXXX aku dah set dlm otak, "ni mesti orang jual insuran atau promote barang" so aku abaikan call tu dan ofkos la aku malas nak return call ( moral of the story, sila angkat panggilan tak kira dari siapa pun!!!!) Ini satu pengajaran, akan kukenang sentiasa.... Email pemberitahuan dari pihak MAS pun takde...sedangkan email aku sentiasa check tiap hari...so, tak timbul isu email tak dibaca...uwaaa, macamana ni...??? 

Penyelesaiannya?? Kami akan fly ke Osaka juga, tapi terpaksa disumbatkan ke dalam flight KK-KL terlebih dulu, pastu baru fly ke Osaka (KL-Osaka). Sesungguhnya transit macam ni yg aku nak elak, tapi akhirnya terpaksa transit jugak. So, flight kami yg sepatutnya pukul 8.15am dan sampai di Kansai pukul 2.30petang dah bertukar jadi KK-KL pukul 6.55petang, sambung KL-Osaka pukul 11.50 malam dan dijangka sampai pukul 6.20 pagi. Ni la sebabnya itinerary untuk 5 hari dah jadi 4 hari. 1 malam accomodation yg kami booked di Osaka kira cancel...( aku tak cancel pun, sebab bila kita tak datang, tu dah dikira cancel..)Dan plan kami nak ke Tempozan Ferris Wheel  malam ni terpaksa cancel....

Pagi tu, aku balik rumah, sambung tidurr....pukul 2.30 petang aku tetiba terfikir "bukan ke sepatutnya kami sudah sampai Kansai sekarang..." Uwaaa.....rasa nak meraung, keluar ke dapur, makan bersama family, happy balik...
Satu drama dah settle....petang tu, kami terbang ke KL dulu, lepas tu transit 2 jam dan akhirnya berada dalam perut pesawat MH0052 menuju Kansai Airport pukul 11.50 malam. Penuh flight tu, tapi yang pakai tudung, kami bertiga dan ada satu family Melayu, yang lain semua Cina. Group budak-budak sekolah Jepun pun ada. 

Sampai Kansai Airport semua berjalan lancar...alhamdulillah. Plan pertama aku ialah nak gosok gigi, cuci muka, sembur perfume dan tukar pakaian. Yg tak lancar bila tiba-tiba kami kena kejar masa tengah blurr cari changing room ( dalam guide map ada, tapi bila tanya information centre katanya takde, guna toilet je jawabnya)....jeng...jeng...jeng...dikejar siapakah???Ke mana kami pergi, ke situ jugak dorang ikut...adoi rimas... 

welcome to Kansai


Tiga JAPANESE....hehehe....macam krew TV productions je...yg sorang pegang kamera, hala ke kitaorang, sorang tukang interview dalam bahasa Jepun...dia sangat cute, hensem, sweet...bla...bla...bla, dan sorang pompuan Jepun tukang alih bahasa. Ok la memandangkan salah seorang hensem dan cute, kami layan je la...hehehhe. Actually, they all ni nak kami try Japanese breakfast set kat The Udon (salah satu restoran Jepun yg halal kat Kansai Airport), ni sebagai salah satu usaha untuk promote Kansai Airport as a friendly airport for Muslims. Memandangkan dorang nampak kami bertiga je yg bertudung, maka kami la jadi mangsanya.

travel desk....boleh dapatkan info di sini, map dsb...
pelbagai info ...free...tp ada yg dlm tulisan nihon je..


Kami macam tak pasti sama ada nak cuba ke tak. Kami ambil keputusan, kami fikir dulu sebab kami tengah rushing nak tukar baju dsb. Borak punya borak, perempuan Jepun tu cadangkan kitaorang terus ke Kyoto sebab buang masa nak ke Osaka then baru ke Kyoto ( plan asal kami, pegi Osaka Station dulu, left luggage kat sana baru pegi Kyoto)... Lepas gosok gigi, cuci  muka dan tukar baju , kami terus buat keputusan untuk tolak tawaran tu. Korang rasa macamana, rugi tak kami tak nak diinterview??? 

Well, nak buat camana kan, kami cuma ada 4 hari je ni, itinerary pun dah kelam kabut ni...sebelum naik untuk beli JR ticket, aku suruh Ain inform kat krew-krew tu, minta maaf kami tak dapat penuhi permintaan dorang tu. Nak blah camtu je terasa malu pulak. Terpaksa suruh Ain pegi jumpa dorang seorang sebab, aku dan kak S kena jaga luggage. Ain kata dorang terharu sebab kitaorang sanggup datang balik dan bagitau tak boleh review menu breakfast tu. Kebetulan flight Air Asia X pun baru landing, so dorang akan dapat mangsa baru...hehehe

Off we go....dari Arrival Hall tu, kalau korang pilih nak naik JR train macam kitaorang, kena naik sampai ke tingkat 2F. Kami pilih naik JR direct ke Kyoto (2000yen). Kalau sampai Osaka je tak sampai 2000yen rasanya. Disebabkan kami ada 4 hari je untuk jelajah wilayah Kansai ni, kami dah set awal-awal kami takkan ambil apa-apa Pass yang disediakan utk tourist tu ( cth - Kansai Wide Pass, Osaka Day Pass, JR Shinkashen dll....).

JR pass utk ke Kyoto....2000yen....
view #1 dari dalam train
view # 2
view # 3
# 4
# 5



Alhamdulillah, kami selamat sampai di Kyoto Station. Kyoto Station ni luas. Sebelum ke hostel kami cari dulu Information Kaunter. Tourist Information Counter tu ada kat tingkat 1, naik escalator belok ke kanan. Sampai di sana, kami cuma ambil map, guide apa-apa yg patut je, nak bertanya di kaunter rasanya buang masa memandangkan orang sangatlah ramai. Penuh!


Stesen Kyoto


Dari Kyoto Station, kami berjalan kaki mengheret beg-beg kami ke Kyoto Hana Hostel. Tak jauh, dalam 6-7 minit. Sampai di Kyoto Hana Hostel, kami cuma left lugagge...check in pukul 3 petang. Memandangkan next destination kami ialah Arashiyama, tiket JR yg kami beli tadi masih valid lagi. Tapi aku ada sedikit kerugian di sini, entah kat mana aku letak tiket JR aku,  aku terpaksa beli tiket JR dari Kyoto ke Saga Arashiyama Station sekali lagi ( return 460yen ...p/s kalau ada tiket JR yg valid utk 1 day, sila simpan, jaga elok-elok, jangan jadi cam aku...)


Bersambung......



Tiada ulasan: