Subuh di bumi Osaka. Hujan renyai-renyai. Aku terjaga pukul 6.00 pagi. Kak S dan Ain bangun lebih awal. Kami bersiap awal walaupun hari ni plan kami cuma berjalan sekitar Osaka. Keluar ke subway pukul 8.00pagi. Hari ni hari Ahad, tapi apa yg kami perhatikan ramai je yg keluar bekerja ( dengan pakaian kerja, sut lengkap, briefcase smart bukan main...keja la kot), mungkin overtime, mungkin ada event, ntahla, tapi subway tak surut dengan manusia. Puas aku mencuci mata nengok jejaka-jejaka smart, segak kat subway...hahaha, sempat lagi buat dosa....
Destinasi pertama ialah Osaka Castle. Hari ni hari Ahad, so kebetulan ada One Day Pass untuk weekend bernilai 600yen. Setelah congak-congak nampak untung juga beli pass ni. Turun naik subway dalam sehari cuma 600yen. Dari Higobashi kami turun di Homachi stesen dan tukar line disini. Naik Chou line ke stesen Osaka Business Park station. Dari subway Osaka Business Park berjalan kaki ke Osaka Castle, agak jauh juga berjalan kaki.
Suhu 10 darjah celcius dan hari ni cuaca baik. Cerah dengan sinaran matahari tapi suhu tetap sejuk dan nyaman. Pagi minggu meriah je kawasan taman. Orang-orang Jepun berjoging, berbasikal dan bersenam. Ada group budak sekolah tengah training baseball. Dan ada juga perhimpunan para santa claus di kawasan padang baseball. Beratus-ratus santa claus tak kira tua, muda, lelaki, perempuan. Bila kami tengok berita tv Osaka, perhimpunan tu masuk dalam berita jugak, sayangnya muka kami tak terselit...hehehhe...
kanak-kanak Jepun beriadah |
tanda musim luruh... |
jogging dan berbasikal |
itik berenang-renang |
warga tua pun beriadah... |
Kalau tadi kami naik subway, kali ni kami terus ke stesen JR pulak...exit arah lain drp exit subway tadi. Just follow the sign board. Sambil-sambil tu of course la kene rajin bertanya. Alhamdulillah, Japanese ni sentiasa baik dan sudi menolong walaupun Ain cuma berbekalkan bahasa Jepun asas je. Walaupun kami ni bertudung, diorang takde pun pandang semacam.
Dari stesen JR Osakajakoen ke Universal Studio Japan tambang 190yen (turun kat Nishikoju station, tukar train). Sebab nak yakin, kami saja lepak kat platform, aku yg nak duduk lama kat bench tu sebenarnya, tumit aku sakit! Aku dah lupa nama line train ni, tapi koc kaler oren. Berdasarkan kaler koc, kita boleh tau line apa yg kita sedang naik, sebab kat Osaka ni kalau tak silap ada 7-8 line utama. Line subway tak masuk lagi tu...
Kami takde niat nak masuk USJ ni walhal USS kat Singapore pun belum masuk lagi. Aku dan Ain terutamanya memang rasa tak kesah pun tak masuk USJ ni. Theme park ni not our favourite. So, kami ala-ala piknik @ bersantai-santaian je di situ. Bergambar depan globe besar Universal Studio pun dah memadai. Lepas tu masuk studio gift, beli la jugak souvenir untuk diri sendiri. Masuk satu kedai di Universal City Walk tu beli lagi souvenir Hello Kitty, hand phone charms Hello Kitty yg ade tulis nama bandar-bandar macam Osaka, Kobe, Kyoto dll...Beli magnet Hello Kitty nak kasi adik-beradik...done kat situ kami gerak balik ke Osaka.
Dari Universal City Station ke Osaka City Station cuma 170yen. Kami balik berehat di hotel. Ain settlekan solat dulu, kak S mandi...malam baru kami keluar ke area Namba plak. Ini kira permintaan aku la ni, wajib nak bergambar depan Glico Man tu sebelum balik Malaysia. Ohoh, sangat happening area Namba/Dotombori/Shinshaibashi ni. Banyak restoran seafood (of course x halal nyer), kedai-kedai. Gatallah jugak kaki masuk butik Forever21. So, terbeli la satu light jacket untuk trip ke Seoul musim bunga 2014 nanti ( tak pasti lagi nak pegi musim bunga atau mcmn)... harga 2500yen selepas diskaun Krismas.
Area ni lawa waktu malam, waktu siang takde apa sangat, korang kalau pegi, take time stroll along the river sampai depan Glico Man tu...tourist pun ramai area ni. Kami jumpa solo traveller dari Singapore kat sini, 12 hari dia round Japan ni...duh, jeles!! Kami sempat tolong dia snap pic..
Niat nak beli purse kat Namba Walk, tapi kedai-kedai dalam Namba Walk semua tutup awal, jam baru pukul 9.30mlm, kuciwa aku...sebenarnya aku nak beli purse kecik untuk mak dan kakak aku...masa kat Kyoto hari tu memang ada tapi rega 2300yen, kat Namba Walk baru 2000yen...menyesal lagi sekali!!!
Pukul 10.30mlm kami sampai di hotel, sebelum naik ke bilik sempat lagi beli nasi instant, dan kopi kat Family Mart depan hotel. Masing-masing dah letih tapi malam ni malam terakhir kami di sini, tapi sengaja merayau sekitar hotel tu. Area hotel Chisun Inn Umeda ni tenang dan walaupun sunyi, tetap rasa selamat...
happening tapi tenang... |
Glico man..... |
Niat nak beli purse kat Namba Walk, tapi kedai-kedai dalam Namba Walk semua tutup awal, jam baru pukul 9.30mlm, kuciwa aku...sebenarnya aku nak beli purse kecik untuk mak dan kakak aku...masa kat Kyoto hari tu memang ada tapi rega 2300yen, kat Namba Walk baru 2000yen...menyesal lagi sekali!!!
Pukul 10.30mlm kami sampai di hotel, sebelum naik ke bilik sempat lagi beli nasi instant, dan kopi kat Family Mart depan hotel. Masing-masing dah letih tapi malam ni malam terakhir kami di sini, tapi sengaja merayau sekitar hotel tu. Area hotel Chisun Inn Umeda ni tenang dan walaupun sunyi, tetap rasa selamat...
p/s entri ni agak panjang....tuan blog asyik busy, entri sesekali tp panjang....taknak baca takpe (uhuhu), sila enjoy tengok gambar je ok...gambar-gambar tu pun mana yg aku rasa lawa (perasan!) aku buatla watermark, mana yg aku malas dan rasa tak cunn aku bubuh camtu jek....
byeeeeeeeee......i am going to Singapore this weekend....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan