Jumaat, 6 Disember 2013

Japan 2013 : Part 2 - 1 Hari 1 Malam di Kyoto


hi to all readers...kali ini entri travelogue Japan part 2

Part 1 aku dah bercerita tentang perjalanan kami dari Malaysia hingga ke Kyoto.  Part 2 ni sebenarnya masih hari yg sama....


Kami sampai di stesen JR Saga Arashiyama dalam pukul 2.00 petang..Untuk pengetahuan korang, utk ke sini naik bas pun boleh tapi sengaja kami pilih train sebab masih boleh guna tiket JR yg kami beli di Kansai Airport.


Kami pilih exit North Gate sebab nak berjalan sampai ke Togetsukyo Bridge. Sebelum tu kami cuba-cuba nak study map yg disediakan tapi tambah blurr . So, kami just follow orang ramai yg berjalan tu. Seriously, rasa cam jalan tak berpenghujung je...jauh! Lepas berjalan dalam 20 minit kami sampai di kawasan Togetsukyo Bridge. Suasana musim luruh amat ketara di sini. Hutan sebelah kiri sungai nampak berbelang-belang kaler hijau, kuning dan merah...sempat lagi aku tersilap langkah di sini, hampir- hampir eksiden di tengah-tengah orang ramai tu...over excited kot...hehhehe...



Memang best berjalan-jalan di kawasan ni kalau tidak kerana manusia yg teramat ramai. Pelancong local dan foreigner sama banyaknya. Tapi sebab suhu yang sejuk ( 9 darjah celcius ) berjalan jauh tak terasa. Kalau kat Malaysia confirm ku tak rela...Memang puas hati melihat pokok-pokok berdaun merah, oren dan kuning. Kalau korang tertanya-tanya di mana autumn spot di Kyoto ni, aku bolehlah katakan Arashiyama ialah salah satu spotnya...



Plan kami memang nak masuk Bamboo Groves tu tapi kelimpasan (hehehe...maksudnya terlepas!!!)...Temple memang banyak, tapi tak satu pun kami masuki...maklumla nak mengejar masa. Kami nak balik Kyoto sebelum Maghrib, Ain tak solat-solat lagi ni.....lagi satu, musim autumn ni masuk maghrib awal pukul 5.38 pm dah maghrib...pukul 4.30pm pun dah start gelap...


Kami macam ikut kaki je melangkah. Sampai masuk lorong celah-celah rumah orang. Best gak...dapat tengok rumah orang Jepun dari dekat. Kat Arashiyama ni rumah-rumah nampak tradisional sket. Lorong yg kami lalu tu betul kat belakang rumah orang. Bersih dan kemas je.... Jumpa satu Family Mart dan beli coffee latte. Kak S beli hot coffee blend.


Kami balik ke Kyoto Hana Hostel. Yoshiko, staff Hana Hostel dah pesan tadi, ambik je kunci yg dia letak kat kaunter. Dah duduk kat hostel ni kenala ikut peraturan...buka kasut, letak dalam shoe closet, guna slipper hostel dan angkut beg dalam store luggage ke dalam bilik sendiri. No bell boy ok....entri kali ni aku taknak la bagi review tentang Hana Hostel ni...nantila entri khas untuk accomodation plak...

Ain solat. Aku kebetulan trip kali ni 'bercuti' solat so, aku  bermalas-malas je la. Kak S plak dah mula buat hostel macam rumah sendiri. Kejap gi kitchen, kejap gi toilet, kejap lepak kat sofa. Kak S memang sporting, cepat je boleh adapt cara hidup hostel ni. Dalam tempoh tak sampai sejam, dia dah berkenalan dengan sorang traveller dari Taiwan. Aku?? lebih suka bergolek-golek atas selimut empuk dalam bilik....

Lepas Ain solat Isyak, kami isi perut dulu. Macam biasala, maggi cup, roti, biskut, horlicks panas... dah kenyang barulah keluar ke Kyoto Station. Malam ni plan kami, naik bas ke Kiyumizudera Temple, jalan kaki sampai ke Higashiyama. Masa di Kiyumizudera dan Higashiyama ni aku terlupa on flash camera aku, so gambar-gambar yg aku snap semuanya failed...
salah satu pic yg failed....

Oh ya, sekitar area Kizumizudera yg bersambung je dengan Higashiyama ni, aku dan Ain sempatlah membeli souvenir. Key chain, fridge magnet Kyoto, fridge magnet Kiyumizudera ...banyak lagi souvenir lain di kawasan ni. Kipas tangan, terompah Jepun, purse dll....fridge magnet tu harga sekitar 350 - 400yen sebiji....lebih kurang RM12.Mahal kan...aku beli je takut tak jumpa kat tempat lain. Kipas tangan tu harga beza-beza, paling murah 1000yen, mungkin bergantung kualiti jugak. Menyesal pulak tak beli utk mak aku...

Macam tadi, kami naik bas balik ke Kyoto ( 220 yen...masa pegi tadi 220 yen jugak). Jangan lupa, sediakan syiling ngam-ngam 220 yen. Kalau nak guna One Day City Bus Pass boleh lebih sesuai kot tapi memandangkan ini je destinasi yg sempat kami pegi dengan bas, so kami naik, then bayar camtu je. Lainla kalau sehari suntuk naik bas ke dua/tiga destinasi, barulah worth it....
Sebelum balik hostel, kami lepak depan Kyoto Station dulu....esok kami dah nak ke Osaka....

layan view....
Kyoto Tower waktu malam......ada observation deck...



Ok, berakhirla hari pertama kami di negara matahari terbit ...entri akan datang lambat sket...aku agak busy next week.....

Tiada ulasan: