Cuti 2013 masih berbaki lagi, so
aku apply la cuti pada 23-24 Disember 2013 tu. Tiket KK-JB return dah
lama aku beli, bulan 9 hari tu lagi. Mula-mula nak pegi solo, nak
mencuba kononnya tapi last minute
macam tak konfiden la pulak.Dekat musim perayaan (Krismas) ni mesti
ramai umat kat Singapore. Aku pujukla Kak S sekali lagi. Of course la
dia nak kan! Pegi luar negara tu. Macam biasa, akulah yang urus tiket
dia, booked hotel dsb.
Trip kami ni sekejap je, tidur semalam kat Singapore area Bugis. Itinerary pun memang tak buat. Tempat-tempat yang sempat dituju pun tak banyak. Bugis, Little India, Arab Street, Merlion Park dan Gardens by The Bay. Universal Studio memang kami tak pegi, sebab bukan taste aku ....hehehe.
Banyak lagi tempat menarik di Singapura, tapi mungkin lain kali. Flight direct KK-S'pore pun dah ada tapi masa dan duit je yang belum pasti.
Gambar-gambar diambil pun tak banyak.Sekadar yg ada, ni je yang dapat dikongsi...

The Fullerton...unik! |
Tempat wajib untuk berposing.... |
Bugis Street...
Aku plan nak beli souvenir dan t-shirt di Chinatown tapi tak sampai ke sana, shopping kat sini je..
Bugis Junction |
Mesti bangga orang-orang Bugis kan...ada Bugis Street, Bugis Cube, Bugis Junction....
fridge magnet beraneka rupa tapi ada juga terselit fridge magnet Malaysia! |
Kami ke Merlion Park..wajiblah nak posing-posing depan patung singa tu kan...singa muntah air, bak kata kawan aku. Tak lama kami di sini, ramai orang. Sempatlah dibantu dan membantu traveller lain berfoto depan singa tu.
Kami ke Little India...masuk Mustafa Centre je...Tujuan utama, aku nak beli perfume. Dapatlah 4 botol saiz 30 ml dan 50ml.Cukup untuk setahun.
Kami cuma sempat ke Gardens by The Bay. Marina Bay Sands tu tak pegi pun, sebab view MBS tu dah clear nampak masa berphotoshoot kat Gardens by The Bay dan Merlion Park. (Berphotoshoot...hehehe)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan