Lepas lepak sekejap di Kyoto Station tadi, kami balik ke hostel, masing-masing dengan aktiviti. Masak maggi cup, buat air horlicks, yang tu aktiviti aku. Nak mandi pun terasa malas...hehehhe. Kak S seperti biasa, membuat hostel di Kyoto ala-ala kampung halaman di Sabah. Keluar masuk bilik, sebab tu dia selalu dapat kenalan. Disebabkan dia jenis yg mesti/wajib makan nasi, so dia angkut rice cooker sekali ke Jepun ni. Malas nak melayan, biorr je la dia sendiri yg masak nasik...nanti kami tolong makan...heheheh. Malangnya rice cooker yg dibawa gagal berfungsi walaupun dah guna universal adapter. Puasla budak-budak Singapore, Taiwan tu cuba membantu, tak menjadi! Hehehe...Akhirnya,masak nasik guna rice cooker hostel, dan Ain gunakan kuasa goggle untuk memasak sebab rice cooker tu tulisan Jepun sepenuhnya. Learn how to cook with Japanese rice cooker!
Subuh-subuh lagi kami dah sibuk dengan aktiviti. Mandi. Masak nasi. Sarapan. Penghuni hostel yg lain pun dah start masak, mandi pukul 6.30 pagi.... Pukul 7.30 pagi kami check out.
selama di Kyoto, kami ulang alik melalui jalan ni |
tak jauh dari Kyoto Hana Hostel |
Pagi ni kami akan ke Osaka dulu. Left luggage kat hotel di Osaka dan terus sambung our journey ke Nara. Kali ni kami dah relaks sket...beli tiket JR ke Osaka 540yen (one way)...Turun di Osaka City Station, jalan kaki ke subway Nishiumeda station. Beli tiket subway ke Higobashi station 200yen. Kami nak ke Chisun Inn Umeda....agak blur dan lost sikit mencari exit yang betul untuk ke hotel Chisun Inn ni...May be sebab Ain obvious sangat tengah blurr baca map tu, sorang remaja Jepun tolong kami
"May I help you...?" See...korang yg nak ke Jepun, janganla takut-takut tau...sentiasa ada orang sudi membantu di sini....
Ok, dari Higobashi station keluar melalui exit 5A, belok ke kanan akan sampai terus ke Chisun Inn Umeda.. hotel ni aku booked melalui Airasia.go. Sebelum tu aku dah booked La Congo Guest House di area Namba/Dotombori, malangnya sebulan sebelum pegi, hostelworld.com email maklumkan guest house ni dah bankrap....Hello hostelworld lainkali kalau dah tahu guesthouse tu dah nak bankrap janganlah letak nama guesthouse tu dalam list ... Nasib baik aku cuma bayar 10% je...kalau full paid tak ke rugi!
ok back to travelogue...
Macam biasa kitaorang cuma letak beg dalam store luggage dan maklumkan staff Chisun Inn kami nak ke Nara dan Kobe...
Off we go...
tiket JR ke Nara |
Drama lagi dalam perjalanan dari Osaka ke Nara....Ain bertanggungjawab part how to get here and there...tapi itinerary kami dah bercelaru. Sebelum ni, Ain cuma study train dari Kyoto direct to Nara. Kami main cuba-cuba je ni...bertanya di kaunter info jugak, tapi tu la kadang-kadang rasa was-was tu tetap ada. Alkisahnya, line yg kami ambil ni bukanlah direct dari Osaka terus ke Nara tanpa bertukar line...di situ yg datang rasa ragu-ragu tu...oh ya, aku lupa nak habaq...line Osaka Loop Line @ Yamatoji Line (Osaka-Nara) 780yen one way.
Sampai di stesen Tennoji, kami turun dan naik train line Yamatoji plak. Train yang tadi bounding ke Kansai Airport rasanya....Ops, masa kat Tennoji ni datang rasa ragu-ragu nak naik di platform 1 @ 2. Ok, kami naik platform 1 kalau tak silap...Entah camana bila sebelum sampai di satu stesen ( stesen kecil, Yamato-koizumi Station) aku dengan Ain rasa kami dah silap naik train. Kena change naik train platform sebelah. Ain ni jenis pantas, so dia awal2 dah melompat keluar, aku baru nak keluar ...zasss....pintu train tertutup, oh ya di mana Kak S...dia macam biasa cool je duduk balik kat seat dia...adoila...train mula bergerak, Ain sorang-sorang tercampak kat stesen tu...Ain signal tangan minta kami turun next station, patah balik ambik dia.... Then baru perasan, memang BETUL la train ni menuju ke Nara, tinggal 3 stesen je lagi....lainkali belajarlah bersabar kan....
Aku bertegas kami kena patah balik ambik Ain...so, the next station aku dan Kak S turun...sebelum tu, pi tanya pekerja stesen dulu... Adoi la, aku lupa nama stesen tempat Ain tertinggal tadi....tergeliat lidahku nak menyebut...last-last aku bantai sebut je nama stesen yang aku ingat sepanjang perjalanan tadi. "Oji...Oji station...which platform?" Pekerja yg muka ala-ala hero-hero Kdrama tu tunjuk platform 2. Kelam kabut kami turun.Takut terlepas train, nanti Ain lama keseorangan. Nasib baik, 2 minit je train dah sampai. Tak lama kami sampai...nampak Ain nun di seberang platform sana....dua-dua platform dah kosong tinggal kami bertiga. Sempat buat scene ala-ala drama Rita Rudaini ngan Adi Putra tu, Ain di seberang sana, aku di selah sini....cakap Melayu di stesen Jepun, terjerit-jerit plak tu ...slang Sabah lagi tu...Hahahaha!! Hepi, kami bertiga kembali....!
* oh ya, sepanjang drama kami turun naik train tu, aku dan kak S tak keluar gate exit langsung, so dengan cara tu, kami tak perlu beli tiket yang baru ....just turun naik tangga platform je...
Train sampai di JR Nara Station. Dah serik dah lepas ni. Taubat, tak nak kes yg sama, so merajinkan diri ke counter information. Staff Tourist Information tu cadangkan kami naik bas no 2 dan turun berdekatan Todaiji Temple. Balik dari Todaiji Temple kami dinasihati jalan kaki 20 minit untuk balik ke JR Nara Station...
"Another walking?" Itu aku la yg komplen tu...Terkejut staff tu (perempuan umur dalam 50-an kot)
" Yes, of course. Walking can make you young and beautiful". Aku ingat ayat dia ni sampai saat ni. Nampak sangatla kami ni pemalas nak berjalan kan. Akun ja la cakap auntie tu ... Sampai di depan Todaiji Temple, kami ambil masa 1 jam...relaks dan ambil gambar sepuas hati. Kat sini pun autumn spot gak. Rusa-rusa tu sebagai model tambahan. Tapi tak masuk ke Todaiji Temple, sampai gerbang tu je. Layan perasaan dan view, sambil-sambil tengok orang shooting muzik video Tamil.
kasi biskut...biskut! |
feeling bored.... |
walking alone... |
ko dah mengapa??? nak ngorat aku ke...(yg sekor ni selambe je dtg dekat aku) |
attention seeker sangat!...hehhhehe |
i am lost! |
rusa + daun2 merah |
NARA!.... |
gate sebelum temple |
bus stop utk ke JR Nara Station atau ke Kintetsu Nara Station |
awas rusa sedang melintas |
Dari Todaiji Temple kami naik bas ke Kintetsu Nara Station. Dari sini naik train direct ke Kobe. Kali ni langsung tak bertukar train. Agak jauh perjalanan dari Nara ke Kobe, mengambil masa lebih kurang 1 jam 20 minit. Sampai di Kobe, hari dah gelap. Tujuan utama kami ke sini ialah ke Masjid Kobe dan kalau ada masa jalan-jalan di Kobe Harborland.
stesen Sannomiya....yg ni depan toilet |
Keluar dari stesen Sannomiya kami terus mencari Tourist Information Centre. Dapat map Kobe dan masjid Kobe memang ada dalam map tu. Alhamdulillah! Walaupun dah ada map tapi kami masih gagal navigate masjid Kobe...Nasib baik ada sepasang pelajar kolej sudi tunjukkan kami. Berpandukan goggle map hp dia, kami dihantar sampai depan masjid. Rupa-rupanya budak berdua tu sangkakan mosque tu restoran atau tempat makan...Tapi terima kasih kat diorang berdua yg sudi menolong kami dengan bersungguh-sungguh.
Lepas Ain solat, kami singgah jap di kedai depan masjid. Kedai ni macam mini market untuk Muslim la. Kalau korang stay kat Kobe, bolehla beli barang makanan kat kedai ni. Cashier kedai tu budak Indon. Dia study kat Kobe. Dia keje part time. Dari dia kami dapat info, kat Kobe ni ada City Bus Loop...bolehlah keliling2 bandar Kobe. Tapi kan...kami ni asyik mengejar masa. Kalau stay 1 malam kat Kobe mesti lagi banyak tempat kat Kobe ni boleh explore...may be next time. Seriously, Kobe ni nampak lebih happening drp Kyoto...ke sebab kami pegi malam minggu??
Walaupun baru pukul 9 malam, tapi memandangkan kami kena balik ke Osaka, maka tak menjadilah plan nak ke Kobe Harborland tu. Kami balik ke Osaka. Kali ni kami naik JR. Sampai Osaka, sempat singgah Daimaru...sekarang tengah sale Christmas...tapi kami window shopping je...
Kami balik ke Chisun Inn Umeda dengan kaki yg sakit macam nak tercabuttt....puas hati dapat sampai ke Nara dan Kobe walaupun macam tak puas kat Kobe...so little time so much to explore....hari yg istimewa jugak sebab terpisah sekali dan dipermudahkan urusan oleh Allah SWT dan dipertemukan dengan hamba-hamba Allah (walaupun diorang bukan Muslim) yg baik dan bersungguh-sungguh menolong...
p/s entri ni macam agak panjang dan banyak gambar...saja nak sharing sementara semangat Oshin masih ada ni....
thanks for reading....tunggu entri akan datang....bye....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan