Thursday, 19 October 2017

Cuti-Cuti Malaysia : George Town, P.Pinang

Salam sejahtera.

Bersambung dari Part 2

Lepas puas meronda di area jeti dan Fort Cornwallis, kami balik hotel dulu. Jalan kaki jak. Alang-alang la kalau naik bas atau teksi. Rehat-rehat jap dan solat. Pukul 4.00 petang baru kami keluar . Kali ini kami  menyusur jalan untuk melihat lukisan-lukisan mural yang popular tu.

Orang agak ramai petang ni. Bercampurlah antara pelancong tempatan dan antarabangsa. Semua bertumpu di sekitar Lebuh Armenian. Di tempat lukisan kanak-kanak dengan basikal. Nak posing cun-cun pun payah, sentiasa ada orang menunggu giliran. Malu pula nak bergaya lebih-lebih. Kami lebih enjoy kalau tiada orang memandang. Lainkali, jangan datang weekend la, baru puas bergambar. Kalau memang itu niat utama la, bagi aku cukup sekali ja cukup ni. 
masjid terdekat dengan hotel kami

art #1

art #2
pintu dgn kata2 menarik

paling famous ni

# 5


Nda sampai sejam kami berjalan-jalan mencari art/mural tu. . Misi asal tu nak menyusur mencari sekurang-kurang 4-5 art tu. So, misi dikira gagal hari ni. Orang ramai, baik yg berjalan kaki mahupun berbasikal. Jalanan tu dahlah sempit. Sedikit terganggu lah mood di situ. Boleh aku katakan macam overrated pula tempat ni, iyalah bila jadi sekadar tempat berselfie dan berposing sakan, tiadalah ceritanya mau menghayati art tu.

Macam nda tau mau buat apa sudah di situ kami bergerak ke Chowrasta, pi beli jeruk madu Pak Ali tu. Daripada bersesak-sesak di Lebuh Armenian tu. Kami naik beca. Kesian dengan abang beca tu, mengayuh agak jauh, dengan kami berdua yang badan agak sihat ni.  Mungkin kalau ikutkan rate sebenar, bukannya mahal pun, nda apalah sambil melancong sambil beramal. 

Shopping time. Di Pasar Chowrasta, Mya bersemangat membeli baju. Dia kira borong baju tidur sampai 4 helai. Aku pun biarkan je la. Masa balik dari Fort Cornwallis tadi, kami ada singgah kedai-kedai souvenir di Armenian Street tu, dan aku dah membeli 4 helai baju t-shirt, so kali ini giliran Maya pula membeli. Harga T-shirt nda la murah, cuma rasa mau membeli untuk family. Paling murah aku dapat RM20, itu aku cari yg simple-simple jak designnya.

Lepas tu, kami shopping di Kedai Pak Ali pula, sampai juga RM92.00 belian aku di sini. Aku pun memang peminat jeruk, suka makan asam-asam gitu.

Kami bercadang naik bas CAT tu je balik ke Armenian Street, tapi bus stop no 12 tu tak jumpa pula. Ikutkan dalam map area situ-situ juga Akhirnya, kami naik teksi. Pakcik teksi ni ramah dan sempat share doa Nabi Ibrahim yg dia tengah baca. RM12 je kami kena.  Keputusan naik teksi tu lebih tepat sebenarnya, dengan beg plastik kami yg dah penuh tangan ni. 
Sebelah malam kami keluar ke Masjid Kapitan Keling, berjalan kaki dari hotel kami tak sampai 10minit. Kami tapau nasi bungkus di kedai makan sebelah masjid tu. Kedai Nasi Kandar. Kami beli lauk apa yg masih ada je.  Kedai makan ni kecil je, meja pun tak banyak dan kebetulan orang pun ramai. Dari cara cakap, kebanyakannya  pun bukan orang Penang, mungkin sebab kedai ni yg halal di area ni, semua menuju ke sini.

Alhamdulillah, bagi kami dapat makan pun dah cukup baik. Kami datang pun berdua dan tak berani sangat nak explore lebih-lebih tanpa kenderaan. Malam tu, lepas makan, sambil packing kami borak-borak. Sesi luahan perasaan. Trip kami ni trip membawa hati masing-masing. Takde nak expect apa-apa yang istimewa di sini, cuma nak berjalan-jalan sebagai terapi minda dan jiwa gitu. Alhamdulillah, kami puas hati datang ke sini. Bolehla merepeat lainkali, inshaAllah.

End of the trip. Maaflah, entri kali mi karangan berjela-jela, gambar kurang sebab agak malas mau ambil gambar street art tu.

uncle beca tengah bersantai-santaian

hotel kami 2 mlm