Ahad, 23 Jun 2013

My new book...guide to Silk Road....

Aku tak kemana-mana, tak travel ke mana-mana pun....so, baiklah membaca kan. Lagipun Ramadhan dah dekat, niat aku nak luangkan masa lepas solat Subuh sebelum ke ofis untuk membaca...

inilah dia

Harga buku RM77...
Sebab dibeli - Silk Road adalah antara tempat yg aku nak sangat pegi, tapi....rasanya mcm agak impossible utk dicapai...so, beli buku ni diharap dapatlah pengalaman 'seolah-olah berada di sana'...

buku ni bergambar, banyak gambar....kualiti kertas dan gambar tip top sesangat...puas hati



Selasa, 4 Jun 2013

Bali - Part 4



Hari akhir, hari kembali ke Malaysia. Flight balik pukul 8.20 malam, so pagi-pagi lagi kami dah keluar ke Pantai Kuta. Jalan kaki dari Favehotel tu ke pantai ni less 10 minutes. Sampai di pantai, orang dah ramai, mana pelancong mana penjaja, memang ramai. 
 pantai Kuta.....
Beachwalk Mall Kuta.... Byk butik branded....
Lepak di McCafe Kuta....

First impression, overrated!!! Memang aku dah baca review dalam Tripadvisor pantai ni kotor, dll…memang betullah pada aku komen-komen tu. Crowded, dan agak kotor. Sebenarnya, ada je tukang sapu, tapi dah orang ramai, anjing-anjing berkeliaran, memang susahla nak maintain kebersihan kan… yg tak tahan tengok anjing-ajing tu. mesti buang najis kat pantai jugak…kami ambiklah gambar, sekadar membuktikan kami dah jejak pantai Kuta yang femes…
Lepas tu macam biasa, kami stroll along Kuta street tu sampai ke McDonald, sarapan dulu. Banyak je hotel-hotel yg betul-betul depan pantai Kuta ni, Hard Rock Hotel, Sheraton, Mercure Kuta Beach…

Dan ada saja orang yang offer kereta, atau motor untuk disewa. Kesimpulannya, tak susah mencari kenderaan di Bali ni.
Kami kena balik ke hotel sebelum pukul 12. Check out dulu then keluar semula.

Lunch terakhir di Bali ialah set ayam McDonalds. Sedap! Lebih sedap banding KFC semalam…ada nasi, walaupun nasinya sedikit lembik, tapi ayam tu sedap.

Kalau orang kata di Bali susah mencari makanan halal, aku rasa kurang tepat tu..yg penting lokasi. Kata driver kami, makanan halal senang di area Kuta. Belakang Matahari mall tu pun ada restoran Padang. Kalau tak minat, KFC dan MCD jadi penyelamat…
Kami ke airport pukul 4.30 petang. Saja datang awal untuk mengelakkan hal-hal tak diingini… tambang teksi dari hotel RP35,000.

My travelogue end here…

Bali - Part 3



Hari kedua driver datang pukul 9 pagi. Kali ni dia tak lewat dan anak remajanya dah tak sanggup ikut, letih katanya.
Kami terus ke Tanah Lot. Dari pekan Kuta ke sana lebih kurang 1 jam 30 minit. Alhamdulillah, cuaca cerah pagi ni, bayaran masuk kami RP25,000. Banyak gerai-gerai sepanjang jalan ke pura Tanah Lot ini. Sempat singgah sekejap. 
suatu pagi di Jalan Seminyak

menarik kan....


Orang sangatlah ramai. Baik local mahupun foreigner, so nak snap gambar tu kenala pandai-pandai… memang menarik view di sini. Ombak kuat, bila ombak memecah nampak memutih buihnya, para pemuisi disarankan lepak di sini…)) Bunyi ombak tu pun dah cukup menggerunkan aku tapi ada jugak surfer yang berani. Rasanya surfer2 tu orang tempatan. Memang berani. 

 
 x sabar utk berposing....

temple yg femes itu....

 


hasil tgnku yg amatur....
aku suka view di sini....
hasil snap kamera biasa2....

Lebih sejam kami kill hours di sini…setiap sudut adalah cantik untuk bergambar. Ada juga orang berjualan di dalam ni, dapatlah beli fridge magnet RP15,000.
Apa yang aku perasan, setiap kedai yg jual t-shirt adalah berbeza designnya. Kualiti kain pun tak sama. So, kena pilih betul-betul. Dan bagi kita yg Muslim, kenalah pastikan tiada unsur-unsur Hindu pada t-shirt tu.
 Destinasi kedua ialah Uluwatu…honestly, tempat ni cantik sangat. Kami tak naik sampai temple, dan tak tunggu sunset atau tengok tarian kecak macam orang lain biasa buat tu. Kami dibawa oleh driver ke tebing tinggi ni untuk ambik gambar.

dlm gayat2, aku sempat snap gambar ni....
Uluwatu

dua wanita Bali yg gigih....
berfikir...xyah panjatla lagi....



 Seriously, aku agak takut2 nak ambik gambar betul-betul di bucu tebing tu…konon-konon nak feeling2 ala Titanic tapi bila aku check balik gambar, memang muka nervous ketara…lepas ambik gambar kat cliff tu sebenarnya kami nak naik ke temple tu, tapi hujan sangat lebat, berteduh di pondok tu je.
Ada dua orang ibu-ibu kat pondok tu, tengah mengait gelang tangan. Kesian dan kagum tengok. Aku bisik kat kak Lai, jom kita beli gelang tangan diorang ni..
Dan kami beli daripada kedua-dua ibu tu satu gelang rp15,000.Jujurnya, dalam simpati tu, terbit juga rasa kagum aku pada kegigihan mereka ni. Inilah kelebihan orang Indon kan…gigih dan tak malu mencari rezeki. Untuk pengetahuan, nenek bertopi tu umurnya 100 tahun. Dia tak boleh speking bahasa Indon, cakap Jawa je… aku nak ambik gambar ni, aku mintak izin tau. Dan aku bagitau, aku nak masukkan dalam blog aku…manalah tau kot-kot nanti diorang saman…hehehhe
Setengah jam kami di situ, tiada tanda-tanda hujan nak berhenti, so driver kata kami terpaksa redah hujan tu untuk balik ke kereta. Time tu, sandal aku dah tebal ngan lumpur, tanah. Sebelum balik tu, aku sempat bagi RP1000 pada nenek 100 tahun tu. Bila aku fikirkan balik, kenapala aku capai rp1000 je bukannya besar sangat pun nilai tu kan…mengapalah aku tak bagi je RP20,000 ke…kekesalan lagi. Kesian diorang, dahla hujan lebat, entah ada ke tidak rezeki lain kan… semoga adalah hendaknya…
Kalau ikut perancangan driver, dia nak bawak ke pantai Padang-padang, pantai tu paling yg paling cantik katanya. Tapi kalau kami paksa jugak nak pegi, dalam keadaan hujan lebat tu tak guna jugak. So, kami minta dibawa ke restoran makanan Padang je. Kami singgah di restoran ACC Minang, tak jauh dari area Kuta. Rasanya restoran ni dekat masjid kot, sebab terdengar azan Asar masa makan. Kami belanja makan driver tu sekali. Sikitnya la hai dia makan…dia segan kot.
Lepas makan tu, kami minta diturunkan di Matahari Mall. Esok, kami dah tak guna khidmat driver dah, so kami bayarlah RP700,000 untuk khidmat 2 hari tu plus pick-up kat airport masa sampai tu.
Di Matahari Mall, macam biasa, kami window shopping dan member aku shopping lebih sket banding aku. Aku cuma beli souvenir biasa je. Key chain, FM. Bagi aku, lebih bagus beli souvenir di Matahari ni, barang lebih kualiti banding Krishna. Pilihan pun banyak macam Bali Luih, Baliku…

ayam goreng + ice latte....

Balik hotel, mandi, keluar lagi. Kami ke KFC, dinner…seperti yg kebanyakan orang tahu, ayam KFC selain di sini taklah sesedap ayam KFC di Malaysia. Yg penting halal…

Eksotik Bali - Part 2

Trip ke Bali ni tidaklah aku excited sgt...aku x banyak merancang, aku ingat takkan jadik pun...aku booked hotel 3 minggu sebelum pegi, booked driver 2 bulan lebih awal n last week sebelum pegi travelmate aku minta ubah tarikh drp 26-30hb ke 26-29hb...so trip ni singkat..tiada apa yg aku harapkan, just nak berjalan-jalan...

26hb - flight kl-DPS sepatutnya pukul 8.25mlm tapi delay ke pukul 8.50mlm...sampai Denpasar International Airport lebih kurang pukul 12.15 tengah malam...dlm hati aku sedikit takut driver yg aku booking tu tak datang (maklumla urusan pakai emel je), kalau dia x muncul alamatnya kami kena naik teksi malam-malam buta ni...takut jugak.

Alhamdulillah, driver tu dah menanti di ruang arrival tu, dengan nama aku terpampang besarr...hehehe, member aku cakap ejaan nama aku salah satu huruf...hehehe, its okay, janji dia datang...rupanya airport Bali ni besar, jauh berjalan dari arrival hall ke parking lot tu, gelap plak tu...sampai parking lot..alamak, driver ni bawa kereta jenis MPV ...hahaha ngamla tu, kami ni berdua, bolehla kami baring2 dlm van tu...

Dari airport ke hotel kami Favehotel Kuta Square cuma 5 minit, tambah lagi dah tengah malam buta, sunyi je tanpa kesesakan. Sampai hotel, staff hotel datang angkatkan lugage ke reception area. Lepas deal ngan  driver utk esok kami terus ke reception. Masa aku terkial-kial mencarik detail booking yg aku print dlm besar besar aku tu, member aku terus je bagitau nama aku...alhamdulillah check in kejap, sempatla kami tanya makanan di hotel ni halal ke tidak. Halal katanya tapi dlm menu list tu ada jugak 'pork' masak apa ntah. nasib baik member aku perasan, kalau main harap kata2 staff tu je mesti kami percaya bulat2...Lagipun bilik kami tak masuk breakfast, so small matter je kan, breakfast sendiri2 dlm bilik...

Badan dah penat, masuk bilik je, urus diri apa yg patut masing2 terus lena...pukul 4 pagi aku terjaga, biasala aku kalau tempat tu baru memang selalu camtu, malam kedua dan seterusnya baru serasi ....tak lama aku terjaga, lepas tu tidur balik

pagi-pagi terjaga dengar suara budak2...rupanya bilik kami betul-betul sebelah sekolah dasar (sekolah rendah ), syok juga dengar perbualan, hingar-bingar budak2 tu dalam bahasa Indon, biasa aku dengar kat tv je...aku memang first time sampai Indon, lainla member aku ni dah banyak tempat di Indon ni dia sampai...rezeki dia kan dapat suami yg suka jalan2...hmmm...

Pukul 8.15 kami dah tercongok depan hotel menunggu driver a.k.a guide kami. Janjinya pukul 8.30 mas, tapi sampenya pukul 8.50 (wah, aku dah pandai cakap Indon)...dia bawak anak teruna dia sekali, tengah liburan katanya. OOh samala macam kat Msia...bulan 5 cuti sekolah

Destinasi pertama kami, nonton tarian Barong...byrn masuk tempat ni rp10,000...member aku cakap di Indon ni memang mana2 je mesti ada byaran masuk...iyelah dah namanya industri pelancongan kenala kaut untung kan takkanla free...

Sebelum masuk, kami diberi sinopsis cerita di sebalik tarian barong ni....tunggu punya tunggu sampai hall tu penuh barulah tarian start, aku belum apa2 lagi dah mengantuk, almaklum belum puas tidur...
Barong, the hero akhirnya muncul....

Seram kan muka si Barong ni, kalau sesiapa pegi Bali nanti mesti perasan muka Barong ni byk digunakan utk key chain, tshirt dan FM...
Jalan cerita tarian ni...emmm ...aku tak ingat...tak menghayati langsung...hehehhe...not bad sebenarnya tarian ni cumanya, benda ni first agenda dlm day trip hari tu, dengan otak aku yg masih mamai-mamai, mengantuk dan penat....layan je la gambar
membuat aksi ...mengibas-gibaskan bulu....

pakcik berdua ni aku x tau watak apa...suka melawak je pakcik berdua ni

Lepas 1 jam akhirnya tarian selesai....si Barong tu ajak jugak audiens yg berminat utk posing2 ngan dia...taknak aku, kang malam termimpi-mimpi...




Lepas 1 jam, tarian pun selesai. Driver tanya kalau kami berminat nak singgah kedai kain batik. Singgahla kejap, ada tunjukcara buat batik di luar kedai, tapi tak minat…kami masuk kedai. Mula2 kami dah ambik kain batik sorang sepasang, ntah napa pastu kami tetiba decide taknak beli dulu…so, tak sampai setengah jam kami dalam kedai tu…nama kedai aku dah lupa but somewhere around Kuta gak…seriously, aku agak menyesal tak beli kain batik tu, sebab lepas tu kami merayau-rayau di pekan Kuta tak jumpa kedai kain batik.
Dari situ, kami terus ke Kintamani. 3 jam dari Kuta. On the way tu aku asyik membuta, duduk dlm van tu pun bukan main selesa, rasa terbuai-buai je...

Tetiba otw tu, member aku kejutkan aku... "...bangun! bangun! jom kita turun"

Terkebil-kebil aku bangun,ikut je member turun dari van tu...aku tengok orang ramai mengerumuni satu usungan...memang nampak ketradisian Balinya. Sesak dan macet seketika jalan tu. Pelancong-pelancong pun ramai yg turun, ingin tahu apa yg berlaku. Ini macam yg kita nampak dalam Amazing Race tu ke...begitu aku tertanya-tanya


ingin tahu....

Susah sebenarnya nak snap gambar lebih dekat dan clear...ni pun driver tu yg beria-ia suruh kami turun, jarang-jarang dapat peluang tengok upacara Bali katanya.
Ni sebenarnya upacara membawa jenazah ke kuburan untuk dibakar. Nampak grand sebab yg meninggal tu keturunan bangsawan Bali, keturunan bekas pemerintah Bali... kata driver kami, kalau orang biasa (org yg tak berkemampuan), mayat tak dibakar terus sebaliknya dikubur dulu selama 1 tahun, pastu nanti bila keluarga tu dah berduit untuk jalankan upacara pembakaran, barulah mayat tu dibakar...seram kan. Memang mistik tul Bali ni... Untuk golongan bangsawan upacara pembakaran boleh dibuat terus, diorang mampu untuk buat upacara tu...itulah serba sedikit info yg kami dapat drp driver kami (p.s tapi driver kami Muslim...)

Bila rombongan ni belok masuk satu simpang barulah perjalanan kami lancar....on the way ke Kintamani ni, kami tertarik nampak buah-buahan yg dijual di gerai-gerai tepi jalan..cara susunannya menarik. Sepanjang jalan tu ada saja bakul2 berisi buah, sayur diletak di tepi jalan. Uniknya di Bali, hasil-hasil tanaman ni main letak je tepi jalan menunggu diangkut oleh pemborong, tiada siapa yg akan curi atau kebas...itulah bagusnya Bali, kata driver kami...kalau di Jawa, pasti nggakk bisa, komen driver lagi ( aikk,...kutuk bangsa sendirik ke...heheh)

Kami sampai di Kintamani dah tengahari...mula-mula tak nampak langsung Gunung Batur tu...aku rasa masa ni, driver kami lebih kecewa drpd kami...beria-ia dia ceritakan bawah gunung tu ada lake, pemandangannya bagus sekali tup-tup sampai langsung tak nampak bayang gunung...
 inilah restoran 'mewah' itu.....



Kami makan tengahari di restoran yg ada logo halal tu, siap ada surau lagi. Ada hidangan ala carte dan buffet. Mulanya kami nak order ala carte je tapi harganya lebih kurang sama dengan buffet. Pelayan tu pulak seakan-akan ‘paksa’ kitaorang ambik buffet. “Saya bagi diskaun, RP80,000 saja bu, biasa RP100,000 tapi kerna cuacanya nggakk bagus diberi diskaun.’’ Wah gitu, bagi diskaun sebab cuaca.
Sedap ke tak sedap, tengokla gambar sebelum makan dan selepas makan ni…

 sebelum dimakan...

selepas.... masih byk sisa

Hahaha!!! Dua kali ambik tapi masih tak mampu habiskan. Yang air teh lagi pelik, lepas ditambah susu pekat, warnanya jadi putih macam soya bean + cincau dalam tin. So, jelas sekali restoran tu hanya bergantung kepada view bukan makanannya.
Dari awal driver dah pesan, dudukla tunggu dalam tu, mungkin kabus tu akan hilang…tapi tak tahan sejuk, berangin…keluar jalan-jalan seberang jalan ada restoran lain. Restoran Kintamani, nampak mewah dan kemas. Restoran ni pun halal rasanya sebab ada mussolla (surau), tapi tetaplah ada kepala Barong sebagai hiasan di pintu surau tu…Restoran Kintamani ni bagus, penjaja dilarang masuk. Terintai-intaila ibu-ibu penjaja tu di luar pagar…

Lebih kurang setengah jam barulah kabus hilang dan kelihatanla Gunung Batur. Kami pun masuk balik ke Restoran Batur Sari tadi sebab view dari situ lebih jelas…

 tada....akhirnya muncul....
Gunung Batur + tasik....

Driver bagitau di seberang tasik tu, masih ada perkampungan penduduk asli Bali ( maksudnya penduduk asal tetap Bali sejak dulu2 ) yang mengamalkan ritual lama, contohnya tidak mengubur atau membakar mayat. Mayat diletakkan je di bawah satu pokok yang akarnya boleh menyerap bau mayat. Untuk ke sana, kena naik bot, tiada jalan darat.
Driver offer jugak kalau-kalau kami berminat untuk pegi hot spring Gunung Batur. Kami menolak. Trip kami ni singkat, ada 3 hari je di Bali ni, so kenala skip banyak tempat.
Dari Kintamani, kami ke ikut jalan kampung singgah ke ladang kopi milik keluarga. Ada banyak sepanjang jalan tu tapi kami masuk Bayung Bagus Plantion. Diorang show cara proses kopi luwak (sila goggle), dan kami diberi merasai sample kopi dan teh hasil kebun mereka sendiri. Kami masing-masing beli la sedikit. Kopi ginseng, kopi coklat dan teh serai. 

 kepada yg x tau...buah kopi

najis musang...berketul2 tu ialah biji kopi...nanti akan dibasuh dgn air panas pastu digoreng...jadilah kopi luwak...

Oh penatnya la kan trip ni…belum, belum abis lagi. Lepas dari kebun kopi ni singgah ke Tagelang plak. Ala yg tempat padi teres tu. Oleh kerana padinya dah masak, dan dituai jadi pada mata kami, view biasa-biasa je. Ambik jugakla gambar sekeping dua. Singgah gerai-gerai tu kejap tapi tak beli satu apa pun. Mesti driver tu pelik, apasal dua orang Malaysia ni langsung tak beli apa-apa, singgah gerai-gerai pun sekejap-sekejap, biasanya kan orang Malaysia kuat bershopping…hehehe…

di Tagelang....penat + bosan....

On the way tu, driver pesan kalau rasa nak singgah tepi-tepi jalan tu, boleh je. Memang menarik sebenarnya kalau nak singgah kedai ukiran kayu, kedai hiasan kaca dan macam-macam lagilah. Paling menarik bagi aku, kedai perabot, aduh cantik banget perabot-perabot rotan di sini, mesti murahkan. Kata driver murah, tapi nanti biaya pos lagi…emm….lupakan je la.
So, persinggahan terakhir ialah kedai souvenir Ole-ole Khas Bali Krishna. Singgahla di sini hampir sejam. Beli t-shirt, key-chain. Itupun tak banyak kami membeli.
Kami singgah makan di kedai makan Sunda. Makanan okay, taklah sesedap mana, acceptable …

our dinner....gurame goreng, singkong tumis, ayam goreng....

Balik hotel, plan asal nak keluar lagi sekitar pekan Kuta lepas mandi…tapi cancel, terus tidur….

sekian abis day 1......zzzzzz.....