Isnin, 23 Februari 2015

Hello Sydney...Part 5 ( Hari keempat.... )

Assalamualaikum...salam Februari buat semua. Dah masuk bulan Februari rupanya, cepat betul masa berlalu. Rasanya macam dah malas nak update kisah di Sydney ni, apa yg sempat diupdate ni harap dapat mengubat kerinduan korang kepada blog ni...hahahah, ada ke orang rindu??  Tapi kan next week dah masuk bulan Mac, aku takde plan lagi nak travel ke mana-mana tahun ni. Tengah menabung je ni, sebab banyak lagi keperluan lain , so travel dah jadi satu kehendak yg terpaksa diletak tepi dulu. InsyaAllah bila semua kekalutan hidup  ni dah surut dan life back to normal, barulah aktiviti travelling diteruskan semula... mudah-mudahan waktu tu belum terlalu jauh ketinggalan dengan kawan-kawan yang mungkin dah berjalan ke destinasi kedua sekarang.


Okay, balik ke cerita di Sydney. Hari keempat kami ikut day tour lagi, kali ni ke Port Stephen untuk ber'sandsurfing' kononnya. Lepas tu ke Nelson Bay pulak untuk melawat ikan paling comel ...dolphin!!!

Gambar-gambar waktu tengah bersandsurfing tak dapat nak share sebab kami tak banyak ambil gambar kat situ. Gambar ikan lumba-lumba liar tu pun tak sempat snap. Susah tau nak tangkap gambar dalam keadaan feri cruise tu terombang-ambing...kitaorang berjalan dalam feri tu pun dah macam orang mabuk. Burung camar laut tu pun time tu sibuk nak mencuri fries kitaorang. Tak sempat masuk ke mulut, zasss burung datang sambar fries di tangan.

Lepas balik dari Nelson Bay, kami lepak lagi di area Sydney Harbour....kronologi perjalanan ni pun dah makin lupa...dah 3 bulan balik dari Sydney kan...

so, enjoy la tengok gambar-gambar ni ya....stori mori takde yang istimewa di hari keempat ni...

ini area tempat kitaorang naik bas ke bukit pasir

rasa macam kat gurun ...cuma cuaca berangin, tak panas sangat
burung-burung yg nampak kiut tapi ganas

tetiba rindu Sydney ...

feri belayar di tepi pantai...kat pantai tu banyak resort, rumah-rumah percutian yg nampak mewah
air di sini jernih sangat...bersih



ada couple tengah jalan2 di celah2 batu tu...romantik kot
dalam masa 45 minit, dah sampai jeti balik...

marina...lihatlah langitnya yang kelabu tu...
marina...tiga beranak tu orang Turki, sama-sama naik cruise tadi...sebelah kanan ni ada kedai2, sempat beli keychain di sini

balik ke bandaraya Sydney, melalui Sydney Harbour Bridge yg cantik
waktu melalui jambatan ni kitaorang siap layan lagu Awie lagi...klas kau!
indahnya Sydney di waktu senja....

Opera House yg dipenuhi manusia, waktu ni malam Sabtu...ada event kot, orang ramai....
Sydney menghampiri malam


pemuzik jalanan di Circular Quay

camar laut setia menunggu dapat sisa makanan

waktu yg ditunggu-tunggu...bila malam area ni sangat cantik...

Dan sememangnya Sydney bandar yang menarik. Santai dan tak terlalu crowded. Tak dinafikan bandar ni dah dimonopoli oleh Asian. Wajah-wajah Asian mudah ditemui di mana saja esp di Paddy's Market.  Nasib baiklah currency kita flop kalau tak memang aku berminat ke sini lagi...