Sabtu, 3 Februari 2018

Kuching, Sarawak ~ dalam kenangan

Entri khas sempena mengenang seorang teman yang  dianggap seperti kakak sendiri. Dia pergi meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya pada hari Jumaat minggu ketiga Ramadan tahun lepas, selepas hampir 3 tahun menderita kanser payudara. Seorang yang sangat baik, lemah lembut, penyabar, mudah tersenyum, sangat sederhana dan sentiasa menjaga solatnya. Semoga roh arwah ditempatkan bersama golongan yang diredhai dan kelak dimasukkan ke dalam salah satu syurgaNya.

Kami ke Kuching masa Cuti Tahun Baru Cina tahun 2011, kami pergi berdua saja. Itulah trip pertama yang aku rancang sendiri, kira di sinilah bermulanya dunia travel ku (yang sebenarnya masih kecil jak pun). Trip 3 hari 2 malam , fokusnya pun di Kuching jak.

Masa tu aku belum ada blog ni, belum ada akaun Instagram dan belum ada telefon smartphone. Dan belum pandai ambil gambar view banyak-banyak...asyik yang ada muka sendiri jak.. Huhu...Pengenalan kepada dunia travel..

Kami sempat naik cruise di Sungai Sarawak. Makan mi kolok dan nasi ayam penyet. Pergi ke Kampung Budaya. Dan of course, banyak jugaklah beli kek lapis dan ikan terubuk. Jalan-jalan sekitar bandar Kuching. 

Sayangnya selepas trip ni, aku dan arwah nda pernah lagi ke mana-mana bersama. Ada juga cuba mengajak arwah tapi dia kurang berminat. Apapun hati ni tergerak mencatat kenangan trip ni dalam blog ini, semoga arwah tidak hilang dari ingatan ini dan aku tidak lupa untuk mendoakan arwah.

p.s Entah bila dapat merepat Kuching ni, tahun ni belum rasanya...

Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak...nampak menarik dan gah

cruise di Sg Sarawak...semua orang naik tingkat atas, boleh nampak view, tapi kami berdua jak stay di bawah ni...

salah satu rumah di Kampung Budaya, Sarawak


view dari bilik hotel

hujan di pertengahan cruise...

persembahan di Kampung Budaya

Hilton Kuching di kejauhan

resort di Pantai Santubong, singgah sekejap otw ke Kampung Budaya