Selasa, 31 Januari 2017

Cuti CNY yang santai...

Assalamualaikum dan salam manis....gong xi fatt choi...

Cuti hujung minggu bersambung cuti umum sehari semalam disambut santai jak di KK. Dari satu mall ke satu mall lepas tu mencari senja di Tanjung Aru. Kononnya langit cerah sejak tengahari hingga ke petang ada la sunset tu rupanya matahari bertapuk juga di sebalik awan.

Sambil santai di pantai menunggu senja, mengharapkan mangsa-mangsa bot karam ke Pulau Mengalum akan selamat. Akhir-akhir ni cuaca di sini kurang baik. Selalu mendung. 

Apapun, dapatlah juga ambil gambar sendu ....huhu...

tempat posing baru di Waterfront KK...

simple jak ...kalau malam teda lampu k...


menanti senja...

couple veteran yg romantis....jelezzz...

Rabu, 25 Januari 2017

24 Guesthouse Dongdaemun

Assalamualaikum wbt. Salam manis semuanya.

Macam yang saya sebutkan dalam entri sebelum ni, saya dan best friend a.k.a travel partner forever ada trip ke South Korea bulan December lalu. Kitaorang pegi hujung December. Sepanjang di Seoul, kami stay di guesthouse je.. Masa kunjungan kali pertama dulu (April 2014), waktu tu saya pegi sorang, saya pilih stay di area Myeongdong. Kali ni sengaja berubah kawasan pulak. So, this time I choose Dongdaemun.Memang sengaja nak merasa tempat berbeza...

Urusan tempah menempah saya buat melalui www.booking.com. Sengaja pilih website ni sebab tak payah bayar terus pun boleh, cuma reserved. Masih menggunakan kad kredit tapi tak perlu bayar. Kad kredit tu cuma untuk buat resevervation je.

Booking dibuat lebih kurang sebulan sebelum bertolak. Kalau dikira dah lewat tu, ngam-ngam lagi cuti sekolah, ikutkan takut jugak tak banyak room lagi. Mungkin sebab guesthouse di Seoul semakin banyak, dapatlah juga saya booked bilik triple di 24 Guesthouse Dongdaemun. Sengaja ambil bilik triple sebab takut seorang lagi member tu tetiba jadi nak join trip ni. Last minute member tu cancel. Apapun, bagus juga ambil bilik triple ni ...

Bayaran untuk 6 malam lebih kurang 595,000 won ...so, sorang kena bayar lebih kurang RM1100...lebih kurang cam tu lah. Kalau kira-kira balik, dalam RM366 per night untuk satu bilik. Mengapa lah kitaorang sanggup bayar lebih ni kan????

* Bilik triple ni ada private bathroom + toilet
* Ada views...ada tingkapla tu...bilik lain tu ada yg tak bertingkap pun. Gelap dan tertutup je pandangan..
* Ada cerek letrik
* Ada washing machine kecik
* Ada hair dryer ... penting jugak ni, kadang pagi mandi nak keluar...kena keringkan rambut luk
* Ada heater ...ni teramat penting kalau pegi musim sejuk cam kitaorang
* Ada kerusi dan meja...kitaorang selalu kalau masa makan, memang duduk sambil layan view...

Selain itu, guesthouse ni ada lift. Guesthouse ni menumpang Bangunan Adidas. Lebih kurang 11 tingkat, guesthouse ni cuma di Tingkat 5,6 dan 7. Sebab tu ada lift kot. Tapi mudahlah, sebab guesthouse saya stay sebelum ni tiada lift.

Dapur, common room semua ada. Cuma kitaorang jarang guna facilities tu sebab semua ada kat bilik. breakfast ada di Tingkat 5 tapi sebab bilik dah ada cerek sendiri, tak pernah turun mencuba breakfast di sini.

Yang paling penting bagi saya, guest house lokasinya strategik. Bus stop  airport bus limousine cuma beberapa langkah je. Bus stop betul-betul depan Bangunan Nike, jiran sebelah bangunan Adidas tempat guesthouse ni. So, from and to airport problems settle. Tak payah menapak atau naik subway lagi. Masa beli tiket di airport, bagitau nak stop kat Dongdaemun History & Culture Park, bas no 6001. Tambang 15,000 won atau lebih kurang RM58.00.

Stesen subway terdekat ialah Dongdaemun History and Culture Park. Melintas jalan ke arah Dongdaemun Design Plaza tu, turun tangga sikit (Banyak sebenarnya...biasalah Seoul kan...) terus akan nampak Exit 1 Dongdaemun History & Culture Park.

Nak beli barang-barang sikit macam air mineral, susu pisang, nasi instant kat bawah tu ada convenience store.Cumanya masa kami pegi hari tu, selalu takde stok susu pisang atau nasi. Mujurlah ada convenience store, keluar Exit 1 tu jalan ke arah kiri, masuk Dongdaemun History & Culture Park Market tu...dalam tu ada 7-11. Information booth pun ada ngam-ngam depan Exit 1. Memang lokasi ni terbaik jugaklah bagi saya. Doota, Migliore, Dongdaemun Market, Lotte Fitin semua boleh pegi jalan kaki.

One thing lagi yang kami suka pasal guesthouse ni....setiap hari staff macam sembur wangian yang best baunya kat hallway, common room..... Bau yang relaxing ....

Sedikit yg kontra pasal guesthouse ni ialah :

* Bilik kecil
* Bilik memang tak dibersihkan tiap hari ....
* Waktu malam area tak sehappening Myeongdong
* Tak sesuai untuk family ....

Jom layan gambar-gambar...
Luar guest house

tempat tunggu bus airport...depan bangunan Nike

a little cute corner
lengkap...walaupun kecil
yg ni katil aku. katil single...

layan maggi asam laksa + view di luar bilik...
Dongdaemun Design Plaza depan tu je...
kaunter depan...check in/check out here..

dapur dan ruang makan
DMZ anyone?...huhu..

comel...

Jumaat, 20 Januari 2017

Pagi Jumaat ~ Ikhlaskanlah....

Assalamualaikum wbt...salam sejahtera....

Pagi ni pagi Jumaat uols....Hari yang penuh berkat dan rahmat.

Cepatnya masa berlalu, tetiba sekarang sudah pun masuk minggu ketiga tahun 2017. Semoga kita semua berubah ke arah yang lebih baik. Dan sentiasa harapkan yang terbaik untuk sesiapa pun juga.


Ikhlaskanlah....bila bersedekah, tak perlu diungkit...tak perlu disebut...
Ikhlaskanlah.... bila pengorbanan kita lebih sedikit daripada orang lain...
Ikhlaskanlah .... bila kita berusaha berbaik-baik dengan orang yang kurang senang/mengumpat tentang kita...
Ikhlaskanlah.... bila  menunjukkan kasih/sayang/prihatin/simpati pada sesiapa pun juga...

macam ustazah...no...no...no...nasihatku untuk diri sendiri...semuanya bermula hari hati (Semuanya Soal Hati buku tulisan Pahrol Mohd Joui yang sangat bagus, best untuk muhasabah diri)...

Semua bermula dari keikhlasan....ikhlaskanlah...belajar menjadi lebih ikhlas...

.....~peachroses@ Sydney Royal Botanic Garden~

Ikhlaskan segalanya bila bersendirian....~littlegarden@ImjingakSouthKorea~

Rabu, 18 Januari 2017

Cerita Jalan-Jalan 2016

Assalamualaikum....Salam sejahtera...

Lamanya tak bercerita dalam blog ni. Busy dengan real life di alam nyata so memang tiada masa lapang nak mengemaskini blog dengan cerita-cerita baru. Rasa bersalah pulak kat follower-follower walaupun tak ramai. 2017 ni in sha Allah, akan berusaha menghapdate blog selalu. Target update setiap bulan.

Tahun lepas,  adalah beberapa kali travel...I mean travel out of Sabah.


Februari & Mac, travel ke Johor dan KL. More to business trip. Beli barang jualan sikit. Kadang-kadang rasa best jadi business woman ni. Niaga kecil-kecilan untuk sampingan. Untung tak delah besar sangat, balik modal ada untung sikit, cukuplah...rasa puas hati dan bersyukur.
Jejak kaki di Segamat...

Tangkuban Perahu

Akhir Mei hingga awal Jun ke Bandung dan Jakarta. Best friend bawak join group satu persatuan wanita tu. Kira macam rombongan mak jemah jugaklah. Trip ni yang bestnya bukan sekadar shopping, sempat ke pesantren dan panti asuhan (Rumah Anak Yatim) di Bandung, dan ofkoslah dapat menambah kenalan walaupun most of them mak-mak tapi kalau nak tambah kenalan tak perlu pilih ikut umur. Lamanya di Bandung, 5 hari dan baki sehari di Jakarta. Di Jakarta sempat shopping kat Tanah Abang dan pusing-pusing Mangga Dua jak. Tu yang buat rasa nak repeat Jakarta. I loike Bandung too.... cuma rimas + rengsa di Tangkuban Perahu, dikerumuni penjaja souvenir tu.Dorang suka pulak mengutuk kita belakang2 tau kalau tak dilayan. Apapun, Jakarta Bandung memang nak repeatlah kan. Entahla bila ...


Julai hingga November tak ke mana-mana. Ada masalah menimpa keluarga. Namun, semua tu aku redha jak. So, part berjalan memang kurang. Masa cuti Deepavali  ada juga ke Tawau jap, road trip via Kalabakan which is second time for me. Tujuan ke Tawau pun nak ziarah abang and family dia. Mana sempat pusing-pusing Semporna atau Lahad Datu apatah lagi nak berhopping hopping island bagai...
Makan seafood wajib bila pi Tawau...di Restoran Titingan, Tawau...

So, hujung Disember barulah ada trip. Hati tu nak ke Turki. Tapi member travel ni bajetnya kurang tahun ni, so ke Seoul lah kami dengan misi mencari salji. So, aku pun bercutilah 23/12/2016 sampai 31/12/2016. Ambik ko, abis aku hentam cuti tahunan. Ini kalilah. Balik dari Seoul sempat lagi berehat beberapa hari di rumah sebelum mula kerja.
Sejuknya di Nami Island...walaupun cuma ada sisa-sisa salji

Akhirnya sempat merasai salji hari terakhir

2016 berakhir dengan sederhana dari segi kehidupan. Ada turun naiknya. Teruskan saja hidup ni seadanya. Bersyukur sentiasa. Redha. Tawakkal.



Hidup ini mesti nampak ceria walaupun dalam banyak masalah...


Jumaat, 6 Januari 2017

Welcome 2017

Wish list 2017:

~ umrah....in sha Allah
~ menabung untuk rumah
~ lebih postif
~ langsaikan hutang yang masih berbaki
~ cuba lebih banyak resipi - baking more...
~ banyakkan membaca


wish list destination 2017:

~ Tanah Suci Mekah & Madinah
~ Guilin, China
~ Xi'an, China
~ Penang, Malaysia