Tuesday, 31 December 2013

Berakhir 2013....

Hari ni 31 Disember 2013....Esok tahun 2014 bermula...

Alhamdulillah, tahun ni Allah SWT menganugerahkan pelbagai perkara yang perlu disyukuri...

2013 dalam lipatan memori-

Keseluruhan:
* Pengalaman kerja di tempat baru - sesekali tension, tapi akhirnya boleh adapt jugak
* Dapat kawan-kawan baru - Berkenalan dan berkawan dengan ramai orang pada tahun 2013 ni...
* 2013 - tahun yang mana aku rasa lebih sihat, kurang demam, selsema, kurang MC....alhamdulillah!
* Dapat settlekan satu/dua hutang pinjaman - seriously, lega sangat!

Travel : 
Mei - Bali - 4 hari di Bali

November - Jepun - 4 hari
Disember- JB/Singapore - 4 hari

* tak banyak, tapi aku bersyukur sebab di luar sana ada lagi rakan-rakan/orang lain yang hanya travel setahun sekali, malah ada yang tak pernah travel ke oversea...so, walaupun ada orang lain yang dah travel sampai ke Eropah, USA dll tak perlulah kita rasa cemburu, dapat berjalan ke serata Asia ni pun dah kira bagus!

Perfume :

Banyak perfume baru yang aku cuba, tapi masih tercari-cari signature scent...so far, pembelian White Musk Jovan for women 2 botol di Mustaffa Centre adalah sangat berbaloi!...Perfumes never fail to bring happiness...

Buku :

Membeli 8 buah buku tahun ni tapi satu pun tak habis baca lagi...aku bercadang nak pegi satu pulau, ala-ala Robinson Crusoe, duduk di sana 2/3 minggu dan habiskan membaca semua buku tu....bayangkan membaca sambil berbuai-buai dengan hammock tu....sekali tetiba...pukk! jatuh sebijik buah kelapa kena kepala! terus teringat lagu si Marsha Milan Londoh....hehhehe



WISHLIST 2014


Perfume :

Ada 3 perfume yg mesti masuk dalam koleksi tahun depan:
1. Lancome La Vie Est Belle - memandangkan ramai yg suka perfume ni, aku nak juga mencuba memiliki satu botol
2. Coach Poppy Flower - dah try kat Singapore hari tu, so nice! Tapi hari tu tak beli sebab bajet tak cukup..

3. Intimately Beckham - botol pink...dah try dan suka baunya yg fresh + sweet...plus, aku memang suka celebrity perfumes! Cheap but nice scent...

Buku :

- Nak beli buku biografi plak tahun depan , tokohnya tak pasti lagi tapi bajet RM100
- baca dan habiskan baca sekurang-kurangnya 4 buah buku....

travel
1. South Korea - tiket dah ada, musim diimpikan ...spring!
2. Pulau Tiga - dah penah pegi, tapi dah lamaaa....
3. ???? - nak pegi autumn/Oktober ...destinasi belum pasti...

p/s tahun ni blog aku ni hidup semula...dengan gigihnya aku menulis, akhirnya ada jugak entri setiap bulan, walaupun tak mampu buat seminggu sekali, tapi aku berazam buat entri sebulan sekali...insyaallah tahun depan entri sebulan sekali....






Monday, 30 December 2013

Trip singkat ke Singapore

Cuti 2013 masih berbaki lagi, so aku apply la cuti pada 23-24 Disember 2013 tu. Tiket KK-JB return dah lama aku beli, bulan 9 hari tu lagi. Mula-mula nak pegi solo, nak mencuba kononnya  tapi last minute macam tak konfiden la pulak.Dekat musim perayaan (Krismas) ni mesti ramai umat kat Singapore. Aku pujukla Kak S sekali lagi. Of course la dia nak kan! Pegi luar negara tu. Macam biasa, akulah yang urus tiket dia, booked hotel dsb.

Trip kami ni sekejap je, tidur semalam kat Singapore area Bugis. Itinerary pun memang tak buat. Tempat-tempat yang sempat dituju pun tak banyak. Bugis, Little India, Arab Street, Merlion Park dan Gardens by The Bay. Universal Studio memang kami tak pegi, sebab bukan taste aku ....hehehe.

Banyak lagi tempat menarik di Singapura, tapi mungkin lain kali. Flight direct KK-S'pore pun dah ada tapi masa dan duit je yang belum pasti.

Gambar-gambar diambil pun tak banyak.Sekadar yg ada, ni je yang dapat dikongsi...

The Fullerton...unik!




Tempat wajib untuk berposing....




Bugis Street...


Aku plan nak beli souvenir dan t-shirt di Chinatown tapi tak sampai ke sana, shopping kat sini je..

Bugis Junction


Mesti bangga orang-orang Bugis kan...ada Bugis Street, Bugis Cube, Bugis Junction....

fridge magnet beraneka rupa tapi ada juga terselit fridge magnet Malaysia!


Kami ke Merlion Park..wajiblah nak posing-posing depan patung singa tu kan...singa muntah air, bak kata kawan aku. Tak lama kami di sini, ramai orang. Sempatlah dibantu dan membantu traveller lain berfoto depan singa tu. 

Kami ke Little India...masuk Mustafa Centre je...Tujuan utama, aku nak beli perfume. Dapatlah 4 botol saiz 30 ml dan 50ml.Cukup untuk setahun.


Kami cuma sempat ke Gardens by The Bay. Marina Bay Sands tu tak pegi pun, sebab view MBS tu dah clear nampak masa berphotoshoot kat Gardens by The Bay dan Merlion Park. (Berphotoshoot...hehehe)


Sempat ke Arab Street, mencari masjid untuk solat dan makan malam...

Alhamdulillah, trip ni menjadi juga walaupun singkat...Overall, berjalan-jalan di Singapura mudah, kalau nak murah, naik bas atau MRT dan kalau nak senang  naiklah  teksi.

Thursday, 26 December 2013

Sayonara Japan 2013


Arigato gozaimasta Japan...

Aduh, tak habis lagi entri tentang Japan ni kan...obvious sangat aku dah fall in love with Japan ni...hehehe, apakan daya, layan je la..

entri kali ni aku nak share gambar-gambar yg masih ada dalam simpanan dan souvenir yg dah dibeli di Osaka dan Kyoto...

update-

ingatkan travelogue dah abis...ok, ada sikit lagi...

Hari akhir di Osaka /Jepun. Macam biasa, bangun awal! Flight kami pukul 11.05 pagi tapi kenalah bangun awal dan check out awal. Dengan keadaan Osaka Station yg besaarrr dan luas dan sibuk tu kenalah bertolak awal. Pukul 6.40 pagi kami dah check out dari hotel Chisun Inn Umeda. Mengheret beg sekali lagi. Sampai di Osaka Station, beli tiket JR ke Kansai Airport, sekitar 1100yen ( dah lupa harga yg tepat!). Perjalanan dari Osaka station ke airport mengambil masa lebih sejam. Singgah banyak stesen. Aku dan Ain berdiri sepanjang perjalanan. Train adalah penuh!!! Seat diutamakan untuk orang-orang tua dan wanita. Kami wanita gak tapi nampak lasak sket, hehehhe...so, utamakan wanita-wanita warga emas atau separuh umur atau lelaki yang dah berusia. Yang remaja pun aku perhatikan tak duduk walaupun ada seat kosong. Lelaki yang muda 20-an ke 30-an pun tak duduk walaupun ada seat, so takkan la pula kami nak duduk plak kan. Buat kesimpulan bahawa memang camtu la cara mereka agaknya.

Sampai kat Airport Kansai, kaunter check in MAS belum buka tapi orang ramai dah beratur...nampak gaya memang tak bagi peluang untuk kami breakfast kat The Udon...Pukul 9.30 kaunter MAS dibuka. Lepas check in je, kami terus beratur panjangggggg nak masuk balai pelepasan. Bila dah jumpa gate MAS, masing-masing buat aktiviti sendiri. Kak S gi beli souvenir, aku dan Ain buang masa dengan massage chair. Tak lama, steward & stewardess MAS masuk...kejap je dah nak balik Malaysia...tak puas! Kena datang lagik sekali....kali ni nak ke Hokkaido plak (berangan!)...
p/s Kansai Airport mengamalkan kitar semula...aku suka!!! ( tak sempat snap pic, busy ngan massage chair)

Buat masa ni, Jepun ialah negara yang sangat menarik bagi aku. Budaya, orang-orangnya, dan suasananya. Aku  nak pegi lagi jika diizinkan Allah ( duit, kesihatan, cuti, peluang dll) dan tentunya musim yg berbeza....spring, summer or winter may be???

nasi instant 200yen

latte & espresso...aku lebih suka yg botol putih tu...







Chisun Inn Umeda...tempat kami berteduh 2 mlm


Tak banyak souvenir yg dibeli...beli utk diri sendiri, dan famili terdekat je. Souvenir biasa macam key chain, fridge magnet harga antara 350-450 yen....barangan kraf tradisional Jepun lain lebih mahal....


key chain ni semuanya dibeli di Airport Kansai..

souvenir from Kyoto - handkerchief, fridge magnet, key chain and book marks....

Souvenir Kyoto semuanya beli kat kedai depan Kyumizudera Temple....

Souvenir Hello Kitty....fridge magnet, handphone charm...

Universal Studio Japan gifts....note book, key chain. note stand



Kembali ke tanahair.......

sayonara Japan......sedih ( uhuk...uhuk...)




Friday, 20 December 2013

Selamat Datang 2014....

6 tahun lagi sebelum tahun 2020...masih ingatkah korang Wawasan 2020? ....secara jujurnya, bolehka kita capai impian tu?

Itu soal masa depan...kembali ke masa kini...

2014

Untuk diri sendiri - perlu peningkatan/laksana segera dengan bersungguh-sungguh

1. Ibadat
2. Rasa bersyukur
3. Ketelitian kerja
4. Kesungguhan
5. simpan duit untuk masa depan
6. habiskan buku-buku yg belum selesai dibaca - tahu beli je, tapi bacanya tidak!!
7. belajar bahasa asing - at least, yg asas-asas je...
8. menjadi lebih berdisiplin dari segi segenap aspek

Harapan untuk negaraku Malaysia yang tercinta...chewah!
- bagi aku, kenalah ada peningkatan dalam aspek-aspek ni (kalau nak jadi negara maju tahun 2020)
1. public transport - dan bukan sekadar di Lembah Klang saja, tapi di seluruh negara
2. kebersihan
3. berdisiplin dari segi cara pemanduan
4. kalau boleh dikawal bank-bank, badan2, syarikat, along2 yg suka tawarkan pinjaman boleh tak ( sana-sini ada je tampalan iklan pinjaman, tu belum masuk lg yg suka hantar ke ofis2, menyemak je!), kalau boleh cara nak beli kereta diketatkan sikit, - serius!bilangan kereta makin banyak, sebab asyik sesak je tak kira di bandar atau kampung, masyarakat jadi cepat stress...ini semua sebab terlalu 'dipermudahkan', mudah yg segera tapi kesannya 'binasa' perasaan.
5. lifestyle orang kita ni, best kalau kembali ke zaman 80-an atau 70-an dulu, masyarakat hidup secara sederhana je, takde nak berlumba-lumba 'show off' kesenangan...
6. kesedaran tentang kesihatan dan pemakanan diikuti dengan pengamalan... makanan Malaysia sememangnya the best in the world tak pun its one of the best, makanan + rakyat Malaysia berpisah tiada...sukar mempraktikkan diet sihat di negara kita ni...sentiasa ada je makanan sedap!

perlu dikawal / aku nak kurangkan:

1. Makan berlebih-lebih - untuk kesihatan
2. Beli benda-benda yg tak perlu - kasut, handbag, tudung, baju, aksesori - sebenarnya 2013 ni aku dah kurang menyopping, tapi nak kurangkan lagi....
3. travel oversea - sukar! sebab aku suka berjalan, tapi tahun ni macam nak fokus dalam negara dulu...boleh ke aku ni? Ada satu lagi negeri aku belum jejakkan kaki -Terengganu...
4. Borak-borak kosong - seriously, benda ni buat keja tak siap...tahun 2014 aku nak banyak buat keja drp berborak tak tentu hala...
5. Bermalas-malasan di rumah - tahun depan nak rajinkan diri !!!!!







Tuesday, 17 December 2013

Japan 2013 : part 4 - Osaka....


Subuh di bumi Osaka. Hujan renyai-renyai. Aku terjaga pukul 6.00 pagi. Kak S dan Ain bangun lebih awal. Kami bersiap awal walaupun hari ni plan kami cuma berjalan sekitar Osaka. Keluar ke subway pukul 8.00pagi. Hari ni hari Ahad, tapi apa yg kami perhatikan ramai je yg keluar bekerja ( dengan pakaian kerja, sut lengkap, briefcase smart bukan main...keja la kot), mungkin overtime, mungkin ada event, ntahla, tapi subway tak surut dengan manusia. Puas aku mencuci mata nengok jejaka-jejaka smart, segak kat subway...hahaha, sempat lagi buat dosa....

Destinasi pertama ialah Osaka Castle. Hari ni hari Ahad, so kebetulan ada One Day Pass untuk weekend bernilai 600yen. Setelah congak-congak nampak untung juga beli pass ni. Turun naik subway dalam sehari cuma 600yen. Dari Higobashi kami turun di Homachi stesen dan tukar line disini. Naik Chou line ke stesen Osaka Business Park station. Dari subway Osaka Business Park berjalan kaki ke Osaka Castle, agak jauh juga berjalan kaki.



Suhu 10 darjah celcius dan hari ni cuaca baik. Cerah dengan sinaran matahari tapi suhu tetap  sejuk dan nyaman. Pagi minggu meriah je kawasan taman. Orang-orang Jepun berjoging, berbasikal dan bersenam. Ada group budak sekolah tengah training baseball. Dan ada juga perhimpunan para santa claus di kawasan padang baseball. Beratus-ratus santa claus tak kira tua, muda, lelaki, perempuan. Bila kami tengok berita tv Osaka, perhimpunan tu masuk dalam berita jugak, sayangnya muka kami tak terselit...hehehhe...
kanak-kanak Jepun beriadah
tanda musim luruh...
 
jogging dan berbasikal

itik berenang-renang

warga tua pun beriadah...


Kalau tadi kami naik subway, kali ni kami terus ke stesen JR pulak...exit arah lain drp exit subway tadi. Just follow the sign board. Sambil-sambil tu of course la kene rajin bertanya. Alhamdulillah, Japanese ni sentiasa baik dan sudi menolong walaupun Ain cuma berbekalkan bahasa Jepun asas je. Walaupun kami ni bertudung, diorang takde pun pandang semacam.

Dari stesen JR Osakajakoen ke Universal Studio Japan tambang 190yen (turun kat Nishikoju station, tukar train). Sebab nak yakin, kami saja lepak kat platform,  aku yg nak duduk lama kat bench tu sebenarnya, tumit aku sakit! Aku dah lupa nama line train ni, tapi koc kaler oren. Berdasarkan kaler koc, kita boleh tau line apa yg kita sedang naik, sebab kat Osaka ni kalau tak silap ada 7-8 line utama. Line subway tak masuk lagi tu...

Kami takde niat nak masuk USJ ni walhal USS kat Singapore pun belum masuk lagi. Aku dan Ain terutamanya memang rasa tak kesah pun tak masuk USJ ni. Theme park ni not our favourite. So, kami ala-ala piknik @ bersantai-santaian je di situ. Bergambar depan globe besar Universal Studio pun dah memadai. Lepas tu masuk studio gift, beli la jugak souvenir untuk diri sendiri. Masuk satu kedai di Universal City Walk tu beli lagi souvenir Hello Kitty, hand phone charms Hello Kitty yg ade tulis nama bandar-bandar macam Osaka, Kobe, Kyoto dll...Beli magnet Hello Kitty nak kasi adik-beradik...done kat situ kami gerak balik ke Osaka.
globe ni kat mana2 Universal Studio same jek kan...

Universal City Walk Osaka.....

Dari Universal City Station ke Osaka City Station cuma 170yen. Kami balik berehat di hotel. Ain settlekan solat dulu, kak S mandi...malam baru kami keluar ke area Namba plak. Ini kira permintaan aku la ni, wajib nak bergambar depan Glico Man tu sebelum balik Malaysia. Ohoh, sangat happening area Namba/Dotombori/Shinshaibashi ni. Banyak restoran seafood (of course x halal nyer), kedai-kedai. Gatallah jugak kaki masuk butik Forever21.  So, terbeli la satu light jacket untuk trip ke Seoul musim bunga 2014 nanti ( tak pasti lagi nak pegi musim bunga atau mcmn)... harga 2500yen selepas diskaun Krismas.

Area ni lawa waktu malam, waktu siang takde apa sangat, korang kalau pegi, take time stroll along the river sampai depan Glico Man tu...tourist pun ramai area ni. Kami jumpa solo traveller dari Singapore kat sini, 12 hari dia round Japan ni...duh, jeles!! Kami sempat tolong dia snap pic..
happening tapi tenang...

Glico man.....

Niat nak beli purse kat Namba Walk, tapi kedai-kedai dalam Namba Walk semua tutup awal, jam baru pukul 9.30mlm, kuciwa aku...sebenarnya aku nak beli purse kecik untuk mak dan kakak aku...masa kat Kyoto hari tu memang ada tapi rega 2300yen, kat Namba Walk baru 2000yen...menyesal lagi sekali!!!

Pukul 10.30mlm kami sampai di hotel, sebelum naik ke bilik sempat lagi beli nasi instant, dan kopi kat Family Mart depan hotel. Masing-masing dah letih tapi malam ni malam terakhir kami di sini, tapi sengaja merayau sekitar hotel tu. Area hotel Chisun Inn Umeda ni tenang dan walaupun sunyi, tetap rasa selamat...

p/s entri ni agak panjang....tuan blog asyik busy, entri sesekali tp panjang....taknak baca takpe (uhuhu), sila enjoy tengok gambar je ok...gambar-gambar tu pun mana yg aku rasa lawa (perasan!) aku buatla watermark, mana yg aku malas dan rasa tak cunn aku bubuh camtu jek....

byeeeeeeeee......i am going to Singapore this weekend....

Thursday, 12 December 2013

Japan 2013 : Part 3 - ke Nara dan Kobe



Travelogue Japan 2013 part 3....


Lepas lepak sekejap di Kyoto Station tadi, kami balik ke hostel, masing-masing dengan aktiviti. Masak maggi cup, buat air horlicks, yang tu aktiviti aku. Nak mandi pun terasa malas...hehehhe. Kak S seperti biasa, membuat hostel di Kyoto ala-ala kampung halaman di Sabah. Keluar masuk bilik,  sebab tu dia selalu dapat kenalan. Disebabkan dia jenis yg mesti/wajib makan nasi, so dia angkut rice cooker sekali ke Jepun ni. Malas nak melayan, biorr je la dia sendiri yg masak nasik...nanti kami tolong makan...heheheh. Malangnya rice cooker yg dibawa gagal berfungsi walaupun dah guna universal adapter. Puasla budak-budak Singapore, Taiwan tu cuba membantu, tak menjadi! Hehehe...Akhirnya,masak nasik guna rice cooker hostel, dan Ain gunakan kuasa goggle untuk memasak sebab rice cooker tu tulisan Jepun sepenuhnya. Learn how to cook with Japanese rice cooker!

Subuh-subuh lagi kami dah sibuk dengan aktiviti. Mandi. Masak nasi. Sarapan. Penghuni hostel yg lain pun dah start masak, mandi pukul 6.30 pagi.... Pukul 7.30 pagi kami check out.

selama di Kyoto, kami ulang alik melalui jalan ni

tak jauh dari Kyoto Hana Hostel

Pagi ni kami akan ke Osaka dulu. Left luggage kat hotel di Osaka dan terus sambung our journey ke Nara. Kali ni kami dah relaks sket...beli tiket JR ke Osaka 540yen (one way)...Turun di Osaka City Station, jalan kaki ke subway Nishiumeda station. Beli tiket subway ke Higobashi station 200yen. Kami nak ke Chisun Inn Umeda....agak blur dan lost sikit mencari exit yang betul untuk ke hotel Chisun Inn ni...May be sebab Ain obvious sangat tengah blurr baca map tu, sorang remaja Jepun tolong kami

"May I help you...?" See...korang yg nak ke Jepun, janganla takut-takut tau...sentiasa ada orang sudi membantu di sini....

Ok, dari Higobashi station keluar melalui exit 5A, belok ke kanan akan sampai terus ke Chisun Inn Umeda.. hotel ni aku booked melalui Airasia.go. Sebelum tu aku dah booked La Congo Guest House di area Namba/Dotombori, malangnya sebulan sebelum pegi, hostelworld.com email maklumkan guest house ni dah bankrap....Hello hostelworld lainkali kalau dah tahu guesthouse tu dah nak bankrap janganlah letak nama guesthouse tu dalam list ... Nasib baik aku cuma bayar 10% je...kalau full paid tak ke rugi!

ok back to travelogue...

Macam biasa kitaorang cuma letak beg dalam store luggage dan maklumkan staff Chisun Inn kami nak ke Nara dan Kobe...

Off we go...
tiket JR ke Nara

Drama lagi dalam perjalanan dari Osaka ke Nara....Ain bertanggungjawab part how to get here and there...tapi itinerary kami dah bercelaru. Sebelum ni, Ain cuma study train dari Kyoto direct to Nara. Kami main cuba-cuba je ni...bertanya di kaunter info jugak, tapi tu la kadang-kadang rasa was-was tu tetap ada. Alkisahnya, line yg kami ambil ni bukanlah direct dari Osaka terus ke Nara tanpa bertukar line...di situ yg datang rasa ragu-ragu tu...oh ya, aku lupa nak habaq...line Osaka Loop Line @ Yamatoji Line (Osaka-Nara) 780yen one way.

Sampai di stesen Tennoji, kami turun dan naik train line Yamatoji plak. Train yang tadi bounding ke Kansai Airport rasanya....Ops, masa kat Tennoji ni datang rasa ragu-ragu nak naik di platform 1 @ 2. Ok, kami naik platform 1 kalau tak silap...Entah camana bila sebelum sampai  di satu stesen ( stesen kecil,  Yamato-koizumi Station) aku dengan Ain rasa kami dah silap naik train. Kena change naik train platform sebelah. Ain ni jenis pantas, so dia awal2 dah melompat keluar, aku baru nak keluar ...zasss....pintu train tertutup, oh ya di mana Kak S...dia macam biasa cool je duduk balik kat seat dia...adoila...train mula bergerak, Ain sorang-sorang tercampak kat stesen tu...Ain signal tangan minta kami turun next station, patah balik ambik dia.... Then baru perasan, memang BETUL la train ni menuju ke Nara, tinggal 3 stesen je lagi....lainkali belajarlah bersabar kan....

Aku bertegas kami  kena patah balik ambik Ain...so, the next station aku dan Kak S turun...sebelum tu, pi tanya pekerja stesen dulu... Adoi la, aku  lupa nama stesen tempat Ain tertinggal tadi....tergeliat lidahku nak menyebut...last-last aku bantai sebut je nama stesen yang aku ingat sepanjang perjalanan tadi. "Oji...Oji station...which platform?" Pekerja yg muka ala-ala hero-hero Kdrama tu tunjuk platform 2. Kelam kabut kami turun.Takut terlepas train, nanti Ain lama keseorangan. Nasib baik, 2 minit je train dah sampai. Tak lama kami sampai...nampak Ain nun di seberang platform sana....dua-dua platform dah kosong tinggal kami bertiga. Sempat buat scene ala-ala drama Rita Rudaini ngan Adi Putra tu, Ain di seberang sana, aku di selah sini....cakap Melayu di stesen Jepun, terjerit-jerit plak tu ...slang Sabah lagi tu...Hahahaha!! Hepi, kami bertiga  kembali....!

* oh ya, sepanjang drama kami turun naik train tu, aku dan kak S tak keluar gate exit langsung, so dengan cara tu, kami  tak perlu beli tiket yang baru ....just turun naik tangga platform je...

Train sampai di JR Nara Station. Dah serik dah lepas ni. Taubat, tak nak kes yg sama, so merajinkan diri ke counter information. Staff Tourist Information tu cadangkan kami naik bas no 2  dan turun berdekatan Todaiji Temple. Balik dari Todaiji Temple kami dinasihati jalan kaki 20 minit untuk balik ke JR Nara Station...


"Another walking?" Itu aku la yg komplen tu...Terkejut staff tu (perempuan umur dalam 50-an kot)
" Yes, of course. Walking can make you young and beautiful". Aku ingat ayat dia ni sampai saat ni. Nampak sangatla kami ni pemalas nak berjalan kan. Akun ja la cakap auntie tu ... 

Sampai di depan Todaiji Temple, kami ambil masa 1 jam...relaks dan ambil gambar sepuas hati. Kat sini pun autumn spot gak. Rusa-rusa tu sebagai model tambahan. Tapi tak masuk ke Todaiji Temple, sampai gerbang tu je. Layan perasaan dan view, sambil-sambil tengok orang shooting muzik video Tamil.

kasi biskut...biskut!

feeling bored....

walking alone...
ko dah mengapa??? nak ngorat aku ke...(yg sekor ni  selambe je dtg dekat aku)
attention seeker sangat!...hehhhehe
i am lost!

rusa + daun2 merah


NARA!....

gate sebelum temple




bus stop utk ke JR Nara Station atau ke Kintetsu Nara Station


awas rusa sedang melintas


Dari Todaiji Temple kami naik bas ke Kintetsu Nara Station. Dari sini naik train direct ke Kobe. Kali ni langsung tak bertukar train. Agak jauh perjalanan dari Nara ke Kobe, mengambil masa lebih kurang 1 jam 20 minit. Sampai di Kobe, hari dah gelap. Tujuan utama kami ke sini ialah ke Masjid Kobe dan kalau ada masa jalan-jalan di Kobe Harborland.
stesen Sannomiya....yg ni depan toilet

Keluar dari stesen Sannomiya  kami terus mencari Tourist Information Centre. Dapat map Kobe dan masjid Kobe memang ada dalam map tu. Alhamdulillah!  Walaupun dah ada map tapi kami masih gagal navigate masjid Kobe...Nasib baik ada sepasang pelajar kolej sudi tunjukkan kami. Berpandukan goggle map hp dia, kami dihantar sampai depan masjid. Rupa-rupanya budak berdua tu sangkakan mosque tu restoran atau tempat makan...Tapi terima kasih kat diorang berdua yg sudi menolong kami dengan bersungguh-sungguh.

Lepas Ain solat, kami singgah jap di kedai depan masjid. Kedai ni macam mini market untuk Muslim la. Kalau korang stay kat Kobe, bolehla beli barang makanan kat kedai ni. Cashier kedai tu budak Indon. Dia study kat Kobe.  Dia keje part time. Dari dia kami dapat info, kat Kobe ni ada City Bus Loop...bolehlah keliling2 bandar Kobe. Tapi kan...kami ni asyik mengejar masa. Kalau stay 1 malam kat Kobe mesti lagi banyak tempat kat Kobe ni boleh explore...may be next time. Seriously, Kobe ni nampak lebih happening drp Kyoto...ke sebab kami pegi malam minggu??

Walaupun baru pukul 9 malam, tapi memandangkan kami kena balik ke Osaka, maka tak menjadilah plan nak ke Kobe Harborland tu. Kami balik ke Osaka. Kali ni kami naik JR. Sampai Osaka, sempat singgah Daimaru...sekarang tengah sale Christmas...tapi kami window shopping je...

Kami balik ke Chisun Inn Umeda dengan kaki yg sakit macam nak tercabuttt....puas hati dapat sampai ke Nara dan Kobe walaupun macam tak puas kat Kobe...so little time so much to explore....hari yg istimewa jugak sebab terpisah sekali dan dipermudahkan urusan oleh Allah SWT dan dipertemukan dengan hamba-hamba Allah (walaupun diorang bukan Muslim) yg baik dan bersungguh-sungguh menolong...

p/s entri ni macam agak panjang dan banyak gambar...saja nak sharing sementara semangat Oshin masih ada ni....

thanks for reading....tunggu entri akan datang....bye....