Ahad, 25 Ogos 2013

trip to Kansai - Preparation part 1


Tak perlu visa untuk ke Jepun....bestnya! Ok...itu intro entri je...belum pegi lagi pun...tapi step 1 (selepas beli tiket) dah selesai minggu lalu...

Step 1 itu ialah booking penginapan sama ada nak stay kat hotel, bed n breakfast, guest house atau hostel kena buat awal-awal..

Sebenarnya, tripnya bulan 11 (alahai, malunya...awal tol book accomodation..heheh) tapi disebabkan tarikh pegi tu adalah peak season maksudnya waktu tumpuan pelancong baik local tourist mahupun dr luar Jepun mcm kami, so kenala book awal...sebenarnya memang nak book at least bulan 9 atau 10 tapi, nampaknya hotel-hotel sekitar harga RM200-300 makin kurang, nampaknya kena juga book awal. Ini sbg amaran kpd korang2 yg nak ke Jepun di musim sakura...

cthnya, kami nak book hotel Chisun Inn Umeda melalui airasia go pada 28-29 Nov dah takde bilik kosong masa tu...satu lagi hotel yg aku berkenan Hearton Umeda Hotel pun dah penuh....satu lagi sebab kami pergi bertiga, so nak blik pun utk bertiga juga...agak sukar jugak banding kalau pegi berdua atau berempat. Untuk book dorm, byk yg free tapi emm....takut travelmate tak selesa nanti...

Untuk Osaka, dah pun berjaya booked bilik bertiga (ensuite)melalui hostelworld.com
1. Guest House la Kongo
untuk 3 mlm - deposit USD40...bakinya kena byr masa check in nnt (dlm btk yen)Total utk byrn di sini termasuk deposit ialah 33,00 yen atau dlm RM1103...Mahal kan...tp kami bertiga so bahagi 3 jadi RM367 seorang

kaedah book melalui hostelworld ni nampaknya sama mcm melalui booking.com. Kita akan bayar deposit 1 mlm, pastu bakinya bayar semasa check in. Kalau book melalui Agoda.com, kita akan bayar full, masa check in takyah fikir dah...

guest house ni tak jauh dari subway station Nipponbashi Station...dan agak dekat juga dengan Namba Station...selain tu, guest house terletak di kawasan Doutonbori

Untuk bermalam di Kyoto...
- booked utk 1 mlm (bilik bertiga, shared bathroom) di Kyoto Hana Hostel, deposit USD14.61. Bayaran penuhnya termasuk deposit tu ialah 9000 yen atau dlm RM300. Bahagi 3, so seorang RM100 je...
- hostel ni respon immediately selepas aku booked melalui hostelworld.com... , siap bagi link untuk map dan blog dorang
- actually hostel ni adik beradik je dgn J-Hoppers hostel...satu lagi brand hostel yg popular di Jepun
- ni blog dorang - hanahostel.blogspot.com
- hostel ni dapat rate yg bagus di tripadvisor...harapla service dorang tip top...
- ikut penerangan 5 min dari Kyoto Station...
macam ni kot bilik kami nanti...bertatami...

* gambar2 diceduk dari goggle....


disebabkan tempat tinggal dah confirm, lepas ni kena study transportation plak....mujurla Ain (my travelmate nanti) boleh baca tulisan Jepun ni sket-sket....

 Insyaallah, dah balik dari Jepun nanti aku akan share pengalaman stay di kedua-dua tempat ni...bolehla jadi panduan pembaca yg nak ke Jepun....Jepun tgh hot destination sekarang ni kan...ok...till then...

Update 7.10.2013 - Minggu lepas, hostelworld hantar email maklumkan yg guest house La Kongo dah jatuh bangkrap..so, tanpa buang masa aku booked Chisun Inn Umeda utk 3 mlm kami di Osaka melalui airasia go...harganya boleh diterima..nantila dalam entri japan akan datang akan dinyatakan secara detail...