Rabu, 19 April 2017

Seoul 2016 ~ Winter Trip...Part 5

Selepas hujan turun, kadangkala pelangi muncul menyejukkan mata memandang. Kadangkala dalam Allah swt berikan ujian, akhirnya nanti kita diberikan sesuatu yang kita harap-harapkan. Ujian dari Allah swt agar kita sebagai hamba-Nya kembali padanya dan merenung kembali  kelalaian diri.

Saya demam, senggugut dan berehat dalam bilik saja pada hari kelima, dan hari keenam cuma berjalan-jalan di Namdaemun dan sekitar hostel di Dongdaemun. Itupun menggagahkan diri untuk ke Namdaemun membeli barang-barang untuk anak-anak saudara, kakak dan abang. Malam akhir, suhu terasa sangat sejuk. Bila check di Acchuweather, diramalkan akan turun salji pukul 2 pagi nanti. 
Berjaga juga hingga tengah malam. Tapi mata tak sanggup menunggu lagi selepas pukul 11 malam. Terus tertidur. 

Terjaga pukul 4.30pagi. Terus teringat mungkin ada salji yang turun. Intai-intai di tingkap macam ada jak putih di bawah tu. Terus cuci muka, sarung seluar jeans, jaket dan tudung. Mulanya nak pegi sorang jak, KZ masih baring-baring mengantuk. Tetiba dia bangun, ikut mengintai di tingkap. Kelam kabut dia bangun. Hahaha...takde masa nak bersantai di negara orang k, melainkan ko dah biasa dengan salji-salji ni.

So, di awal subuh tu kami pun bangun melawan kesejukan. Betul. Seluruh bandar  diselimuti salji nipis. Dan masih ada yang sedang turun. Teruja sangat.

Subhanallah. Bersyukur kepada Allah Yang Maha Kuasa dan Maha Kaya.

Allah SWT berikan sesuatu yang lebih indah. Ingatkan nda jumpa salji sudah tau...kan hari tu di Nami jumpa sisa-sisa salji jak...tup-tup subuh hari akhir salji turun...it was lovely !..Kenangan yang tak dapat dilupakan juga...Lepas ni dah tak payah lagi nak mengintai peluang bercuti di musim sejuk ni. Seriously, saya lebih sukakan musim luruh (autumn) atau musim bunga (spring), cuacanya walaupun tak sesejuk musim dingin ni tapi nak berjalan dan menikmati view tu lebih santai dan selesa. Cukup pakai trench coat jak. Kali ni memang seluar pun dua lapis, stokin tebal lagi, glove lagi kan...

So, kami pun berjalan sampai ke Cheonggyecheon . Sangat cantik sungai kecil tu bila bersalji di kiri kanannya. Cuma kesian tengok burung-burung bersembunyi di celah-celah dinding simen... 
terbongkok-bongkok mengutip salji
salju di awal Subuh
nampak suci je...

sungai kecil diselimuti salji

Pukul 11.00 pagi, kami check out dan menunggu bas di bawah hostel. Dengan salji, anginnya lagi, waktu menunggu bas ke airport tu terasa sangat lama walaupun tak sampai sejam. Dari hostel terus ke airport. Dalam perjalanan nampak pekerja-pekerja membersihkan salji di koridor bangunan, laluan pejalan kaki. Flight Air Asia dari Incehon ke Kuala Lumpur petang tu penuh dengan penumpang. Macam biasa, saya memang susah melayan mata dalam kapal terbang ni. Cuma tertidur tak sampai sejam pun. Bila landing di KLIA2 rasa lega dah sampai ke negara sendiri. Hujan salji di negara orang, hujan lebat panas terik di negara sendiri, tetap juga baik di negara sendiri.

Malam tu kami check in di Tune Hotel KLIA2 untuk satu malam saja, esok pukul 9.30 pagi barulah terbang ke KK pula. Tune Hotel KLIA2 selesa dan check in pun pantas. Luas bilik just nice, okaylah untuk transit je pun. Ada 7-11 di aras bawah. Kalau nak ke terminal pun cuma berjalan kaki ikut laluan berbumbung yang disediakan. Sangatlah convenience ...for 1 night, around RM270. Kitaorang berdua, so bayar sama-sama. 

Overall, trip kali ini memberi pengalaman yang berbeza. Ini kali kedua ke Seoul, tak pasti samada teringin nak pergi lagi (sewaktu baru balik tu). Tapi ni dah April 2017, rasanya tak mungkin nak pegi lagi. Cukuplah dua kali. Dengan kos sara hidup kita yang makin meningkat ni, rasanya travel ke oversea ni cukuplah setahun sekali. Dan mestilah ke destinasi yang berbeza pula. In sha Allah.

Rabu, 5 April 2017

Seoul 2016 ~ Winter Trip....Part 4

Travelogue Day 4

Hari keempat. Hari ni seperti yang dijanjikan, trip ke Nami Island. Harapan mo tengok salji ni. Haraplah ada, tapi harap 50% saja sebab ramalan cuaca di Accuweather pun nda konsisten. Semalam ramalannya ada snow turun hari ni, tapi check balik hari ni memang tiada.

Bas akan bergerak dari Insadong pukul 9.30pagi. Tapi kami sengaja bergerak awal pukul 8.00 pagi. Kena transfer line, lepas tu berjalan kaki lagi ke Tapgol Park. Kalau boleh biarlah berjalan santai-santai jak tanpa perlu rushing. 

Agak gelabah juga bila driver bus check booking form tu, yang tertera di situ kami kena depart dari Namdaemun. Terus panik juga, masa kami booking tu memang kami inform kepada staf Naminara tu kami nak depart dari Insadong. Mujurlah driver bus tak sepanik kami, dia tolong call staff Naminara. So, aku jelaskan yang kami nak depart dari Insadong return, sebabnya kami dah takde masa ke Namdaemun sekarang. Alhamdulillah, urusan settle. Seat pun dah diatur, dan kami bertuah sebab dapat juga seat depan sekali walaupun kecoh sekejap tadi.

Sepanjang jalan, memang tiada salji turun pun. KZ terlelap di sebelahku. Aku asyik melayan view di luar.

Agak mendung waktu sampai di jeti ke pulau Nami. Hampir 2 jam juga perjalanan dari Insadong tadi. Kami pun terus beratur dan tak sampai setengah jam dah berada di pulau Nami. Excited jugaklah....terus wefie. Lepas tu explore sendiri-sendiri sekitar pulau. Sebelum pukul 3.30 petang kena ada di dalam bas untuk balik semula ke Seoul. Kalau orang cergas dan berdaya maju sangat, memanglah akan ke tempat lain lagi Garden of the Morning Calm ke atau Petite France ( dalam bas tadi dah nampak simpang ke tempat-tempat ni), tapi kami berdua ni memang ala-ala je, nak bersantai selamanya, so malaslah nak rushing camtu. Masa digunakan memang untuk pulau Nami je, maklumlah first time kan. Mungkin kalau kali kedua ke sini, bolehlah menyimpang ke Petite France pula nanti.

Layan gambar-gambar dan view di pulau Nami. Guna kamera hp jak.
Insadong yang lengang di awal pagi

Bas yang membawa kami ke Nami
Kolam kecil yang airnya 90% beku

lorong di Nami

Ucapan selamat datang pelbagai bangsa
side dish di Restoran Asian Cuisine (Halal)

Nasi goreng kimchi

Nasi & kari ayam - karinya agak pekat, rasa boleh tahan


Kawasan restoran, surau dan library

lorong popular tempat ambil gambar

pokok-pokok masih ada sisa daun

lovely and peaceful

payung 4 musim
Pukul 3.30 petang kami pun gerak balik ke jeti. Orang sentiasa ramai. Sambil menunggu bas, kami lepak di kawasan jeti pula. Masa menunggu tu hujan gerimis la pula. Pukul 4.00 petang tepat naik bas, dan bertolak tepat pukul 4.15 petang. Sampai di Seoul dah gelap. Kebetulan aku mula tak sihat sebab period, so sepanjang perjalanan dari Tapgol Park ke Insadong subway station tu cuma jenguk dan pandang je kedai-kedai sepanjang-panjang tu. Niat nak beli beg di Insadong pun terbatal sebab mula takde mood. Rasa nak demam pun dah mula masa ni.

Apapun, overall  Pulau Nami memang lawa dan kalau ada salji lagi lawa kot. Walaupun pulaunya kecil dan pelancong pula sentiasa ramai (rata-rata pelancong yang datang ni dari negara-negara Asia Tenggara je aku perhati - Malaysia, Filipina, Singapore, Indonesia), tak rasa rimas sebab semua datang pun sekejap dan masing-masing cari spot sendiri. Kalau pergi eloklah pergi musim-musim yang berbeza kot, kalau tak boleh boring jugak...