Isnin, 7 Disember 2015

Borneo Golf & Resort...part 1

Assalamualaikum dan salam manis semua...Dah lama aku tak update...ingatkan dah berkubur blog ni,hahahaha!!!

Nak share resort yang aku selalu pegi, bukanlah pegi menginap cuma selalu jalan-jalan ke resort ni especially area pantai...Sebenarnya dah lama tak pegi pun, baru-baru ni ja berpeluang pegi. Kebetulan Family Day ofis kami. 

Resort ni ~ Borneo Golf & Resort terletak di daerah Bongawan, Papar, Sabah. Dari KK lebih kurang 1 jam 15 minit. Resort ni takdelah bertaraf 4 atau 5 bintang. Bilik standard pun RM120 je satu malam , bilik deluxe RM270 satu malam. Restoran ada dua, satu kat bangunan Club House berdepan padang golf dan dekat kawasan parking utama, yang satu lagi Lakeside Restaurant. View kat Lakeside ni memang lawa, menghadap tasik dan padang golf. Kitaorang dinner kat sini la hari tu. Cuma dari segi rasa tu agak kurang sikit.
Wifi free dan serius, memang laju walaupun jauh dari bandar. Pilihan channel TV kat bilik pun banyak. Dulu resort dimiliki dan diurus oleh Korean, now management dah diambil alih oleh local company so, rate lebih murah dan bilik-bilik direnovate baru. Itupun, masih ramai Korean yang datang menginap dan main golf di sini, sebab tu dalam bilik, kat lobby banyak label dalam tulisan Hangul.

Ada basikal untuk disewa, bagi yang minat berkayak pun ada sewa kayak. Ada kedai runcit kecil depan lobi, resort ni jauh dari pekan terdekat (pekan terdekat ialah pekan Bongawan dan pekan Membakut - resort ni kat tengah-tengah antara pekan Bongawan dan Membakut - lebih kurang 6-7minit pemanduan). 

Sekitar resort memang tenang dan mendamaikan, bukan sunyi yang menakutkan k., sunyi yang menenangkan...really reccomended!

Di sini aku nak share gambar-gambar sekitar resort dan padang golf....gambar-gambar bilik dan makanan kat sini belum lagi...next visitlah baru nak snap.

Enjoy the pictures!!!!!....














Lakeside Restaurat



laluan ke bilik-bilik standard

fitness centre

pool + bilik-bilik..yg 3 orang tu member ofis aku


laluan ke padang golf

jalan keluar masuk

Lakeside restaurant - angle lain






yang ni feveret pic aku...view padang golf
Ni je la yang aku share buat masa ni. Gambar-gambar ni mostly aku ambik waktu pagi sebelum pukul 7.30am, sebab tu matahari dah naik. Gigih aku bangun awal lepas subuh dah mandi bersiap nak gi snap gambar.   Next year cadang nak bermalam di sini lagi, untuk gathering family pula.