Selasa, 30 April 2013

Cuchi Tunnel

Kali pertama ke Ho Chi Minh kebanyakan tourist mesti pegi Chuci Tunnel. Trip ni untuk half day trip je, so bagi sesiapa yg nak ke Ho Chi Minh aku syorkan cuba trip ni. Recomended!!! Kalau banding ngan trip Mekong aku lagi suka Cuchi Tunnel ni. Selain jalan-jalan, dapat gak info sejarah Vietnam.

Macam biasa guide kami dah booked trip ni lebih awal. Kami tunggu bas di tempat yg sama...cuma kali ni naik bas besar dan ber'air-con'... bas ke Mekong hari tu takde air-con, air-con natural je...bukak tingkap...hehehhe

Trip ke Chuci Tunnel ni kira pakej 2+1. First, singgah di kilang kraftangan. Lebih kurang 40 minit kami singgah, pastu bertolak ke Cuchi Tunnel. Agak menarik kilang ni, bahan utama dlm pembuatan produk ialah kulit telur.



Dari kilang ni ke Cuchi Tunnel lalu kawasan kampung. Tapi tak lama, dalam sejam dah sampai. Sampai di pintu masuk, tour guide mintak kami jangan berpecah-pecah, takut ada yg terpijak bom-bom lama kang susah... jangan degil, ikut je arahan tour guide. Tiket semua dia yg urus.


Dalam group tour kami ni, macam-macam bangsa ada termasuk 2 group malaysian..group kami dan satu group lagi tu family ngan 2 org anak yg nampak agak nerd tapi talkative. Kami adalah jugak berbalas-balas senyuman dan adalah jugak berbual-bual ( dua tiga baris ayat je) sepanjang tour tu. Okla tu kan..hehehe. Yang lain-lain tu, india, china, japan dan kokesen...salah sorang kokesen tu adalah solo traveller yg satu bot ngan kami masa gi Mekong.

Cuchi Tunnel ni kawasan 'pertempuran tentera Viet Nam ngan tentera US. Tour guide kami Mr Tan cukup bangga dengan kelicikan tentera Vietnam. Memang banyak jenis perangkap.  Semua perangkap ni nampak biasa-biasa ja, menggunakan bahan mentah ..kira kampung-kampung punya la kan..tp dont under istimated okay, at least senjata-senjata kurang canggih ni berkesan dan menunjukkan kesungguhan tentera Vietnam.




Souvenir memang tak banyak dijual. Yang ada pun kurang menarik. So, kami tak beli satu benda pun di sini. Bagi aku, aku suka trip ni tak tahulah member yg 2 org lagi tu...diorang memang resah gelisah sejak pagi sebab sesi beli-belah belum bermula...hehehe...bagi aku yg bawa RM1.2K je memang relaks je, takde target kain cotton segala...just bawak badan

Trip ni setengah hari je, balik dari Cuchi Tunnel kami terus ke restoran halal. Lapar yg amat, kan masa kat Cuchi tu cuma makan ubi rebus je . Pastu pegi Bin Tanh market plak. Best jugak kat sini, tapi peniaga bukan main pushy, siap tarik2 tangan, siap pasang muka muncung hehehiii...aku rasa pegi Pasar Tawau lagi selesa walaupun pasar tu penuh ngan Indon + Pilipin. Apapun, in the end, aku dapat beg backpack kecik satu yg lebih kurang RM23 ( lepas nego hampir 20min ...hehehe), kain utk buat jubah sepasang....

Sebelum balik ke hotel kami Hotel Gia Huy, sempat lagi beli durian 2kg...di luar pasar Bin Tanh

pintu masuk pasar Bin Tanh







Isnin, 29 April 2013

Lambaian Osaka....

MAS ada promo tiket ke OSAKA. Paling menarik bg aku ialah, tiket ni return KK-OSAKA-KK RM797. Naik MAS kan, x payah fikir luggage + meals lagi, semua dah ada sekali. Lagi best sebab tiket ni direct flight dari KK ke Osaka ( 5 jam ++ )...so, tak payahlah aku transit. Masa pegi HCMC tahun lepas tiada direct flight, kena transit di LCCT dalam 3 jam, memang penat dan buang masa. Mei ni nak ke Bali pun kena transit...

Entri sebelum ni, aku masih tak pasti sama ada nak grab atau tak tiket tu....Sampaila offer berakhir, aku masih tak pasti...so, offer tu terlepas begitu saja. Bulan Julai ni, offer MAS sekali lagi. Kali ni aku nekad, Osaka aku datang! Cuma offer kali ni mahal RM100 daripada offer bulan April lalu...dan aku tak jadi pegi solo, ada 2 orang member akan join sekali.

Tarikh yg kami pilih 28 November....autumn!!! Peak foliage plak tu. Moga-moga kami dapatla peluang tengok daun-daun maple dan gingko merah, kuning.....

Insyaallah, route kami dalam trip singkat tu nanti ialah OSAKA - KYOTO-NARA-KOBE-OSAKA.....