Thursday, 21 March 2013

Bali - misi belum tercapai....

Esok aku bercuti. Thanks boss...sebab approved permohonan cuti aku. Hepi seketika. So, esok aku tak perlu kelam-kabut macam biasa. Malam ni boleh tidur lewat...sambil layan channel KBS & SBS boleh buka agoda dan booking.com. Misi menempah bilik hotel untuk percutian di Bali belum tercapai.

Short list yang aku buat sebelum ni entah ke mana. Hari ni pun baru balik dari mesyuarat di Best Western Kinabalu Daya Hotel...best yang tak seberapa best, boleh bolehla...not bad hotel tu. Ni aku selitkan gambar-gambar yg sempat aku snap di hotel ni...
bilik deluxe ...

bilik air, kecil tapi bersih dan lengkap..tiada bathtub ...

Balik ke topik asal...
Nampaknya di pulau Bali yang tersohor seantero dunia ni ada 3 area atau mungkin daerah yang popular dan macam semua hotel, resort dan guesthouse tertumpu kat situ. Kuta, Legian dan Seminyak. Aku taknak area yang terlalu sunyi ala-ala resort romantik sebab bukan pegi honeymoon pun. Pun tak mau area yang terlampau happening, bising dan banyak bar. Kalau boleh hotel tu tenang dan tak bingit sekitarnya tapi tak jauh jugak dari kedai-kedai, restoran dsb..

Aku masih mempertimbangkan empat hotel ni untuk di'book'

1. Grand Kuta Hotel & Residence
- review mengatakan hotel ni terletak di kawasan yang strategik. Bilik luas dan layanan bagus tapi malam-malam, ada nyamuk. Macam bagus tapi....perlukah aku bawa Ridsect atau racun nyamuk jenama Fumakilla...

2. The Sunset Hotel
- terletak di kawasan Legian. Dekat dengan kedai Krisna. Hebat sangatka kedai souvenir tu sampai perlu dimentionkan dalam review...hope so...

3. favehotel Kuta Square
- lokasi bagus, hotel baru, hiasan nampak ala-ala boutique tapi bilik macam kecik sikit. Takut sempit, tiada ruang untuk beg, ruang solat dsb...

4. Tune Hotel
- the very famous Tune Hotel. Kalau dah terdesak, mungkin jadi pilihan...


Friday, 15 March 2013

Kembalikan damai negeriku....


Sudah lebih kurang sebulan Pantai Timur Sabah bergolak...kedamaian seperti dalam gambar masih belum pulih di sana. Waktu siang, digunakan semaksimum mungkin untuk penduduk bergerak, melakukan aktiviti dan mencari rezeki. Malam, semua harus kembali ke rumah, dan menutup lampu mengikut masa yang sudah dihadkan. Tujuannya, untuk mengelak penceroboh. 

Semporna, Lahad Datu, Tawau memang punya pulau-pulau yang cantik. Menghadap Laut Sulu. Sipadan, Mabul, Mataking, Kapalai ...ni semua pulau-pulau yang sangat cantik...sayangnya, kini keindahan itu diam di situ sahaja. Sedikit sebanyak pencerobohan ni menimbulkan ketakutan jugak kepada pelancong domestik atau luar negara...

Setiap hari terselit dalam doaku...kembalikan damai negeriku...satukan hati kami...tabahkan hati kami...moga selepas hujan ini, ada pelangi bakal muncul...

Sunday, 10 March 2013

Kota Pencakar Langit - Hong Kong - Final part

Itinerary hari ni agak padat - Stanley Market, Islamic Centre Canteen, Times Square. Hari ini kami keluar lebih awal, 8.30 pagi dah gerak ke stesen MTR Tsim Tsa Tsui. Kurang dari 10 minit kami sampai di Central MTR. Keluar exit A,ikut jejantas ke Terminal Bus. Di terminal, turun ke street level dan cari bas no 6,6A, 66 atau 6X. 

Pagi ni lain macam sikit, seolah-olah kami berada di Manila, area Central dipenuhi dengan warga Filipina yang bekerja di sini. Siap bentang-bentang kotak, ber'pot luck segala. Satu pemandangan 'luar biasa' pagi Ahad di HK Island yang menarik hati kami. Sebelum ni aku nampak member FB post gambar di FB je.

Perjalanan ke Stanley cuma 40 minit. Jalan bengkang-bengkok, sempit, bas dipandu laju. View on the way menarik. Repulse Bay. Rumah-rumah mewah. Sememangnya day trip yang berbaloi. Plus, suhu hari ini 17 darjah celcius. 2 jam kami di Stanley. Shopping je pun. Ada jugak aku dan member berjalan di tepi2 laut tu tapi biasa-biasa viewnya. Di Stanley ni ada watson, kami belila air mineral, biskut untuk alas perut sebab plan aku nak lunch di kantin yg femes itu. Kesian member2 aku terpaksa berlapar hingga ke Wan Chai.
 Dari Stanley, kami naik bas dan turun di terminal yang sama. Destinasi seterusnya Islamic Centre Canteen. Dari depan exit MTR Central kami naik teksi ke sini, caranya senang bagitau je nama hotel yg terdekat dgn kantin ni. Turun kat depan hotel tu ( The Charterhouse Hotel ) then pusing ke belakang bangunan hotel tu, di situlah terletaknya Masjid Osman Radju, naik tgkt 5 (kalau x silap). Kantin ni kira macam wajib kalau pegi HK. Rasanya, hampir setiap blog yang aku baca mesti masukkan kantin ni dalam itinerary. Feveret kami di sini, dim sum. Puas rasanya dapat makan hidangan lengkap. Nasi putih, sayur dan lauk.Disebabkan penat yang amat sangat, dengan bakul plastik kiri kanan, kami lupakan Times Square. Dari Islamic Canteen tu kami jalan kaki ke MTR Causeway Bay, tak jauh, dalam sejuk-sejuk berangin tu tak penat pun. Caranya mudah, cari lambang exit MTR. Macam kami, sempat lagi bertanya di Hotel Walden Place, hotel ni dalam 2 blok dari exit MTR.

Aktiviti malam macam biasa, lepak di McCafe dan berjalan-jalan sekitar Tsim Tsa Tsui. Lepak di Park lane Shopper Boulevard. 

Esoknya hari terakhir kami di kota yang dipadati bangunan pencakar langit. Flight pukul 7.30 malam. Pagi-pagi sempat berjalan ke Avenue of Stars.
 




Untuk ke airport kami minta bantuan guest house. Kami bayar HKD300 untuk van ke airport. Driver tu orang India. Ramah orangnya. Pernah ke Ipoh ...katanya.

''What airline''
''Airasia''
''Oh, that cheap airline...''

Kami gelak je. Kantoi!! Cheap pun cheapla..janji kami sampai HK dan selamat balik.

Saturday, 9 March 2013

Kota Pencakar Langit - Hong Kong - Part 3

Masa mula-mula sampai di stesen tram The Peak cuaca masih okey walaupun dah start mendung kelabu. Tanpa buang masa ( tiket The Peak HKD120 dibeli di Yiufai Guest house masa check in ) kami terus beratur naik tram. Naik tram ke puncak memang mendebarkan. Lagi-lagi masa tram tu tiba-tiba stop di pertengahan, macam tergantung di lereng rasanya. Pening kepala, nasib baik tak muntah.

Di The Peak Market, kami beli key-chain dan FM. Harga agak murah. HKD100 untuk 5 key-chain@FM. Bagi aku key-chain di sini lebih berkilat dan nampak baru compare to Ladies Market punya. Dah puas shopping tu, kami proceed ke Madame Tussaud's. Lama kami di sini, lebih 2 jam. Sangat jakun. Bila naik ke view point, memang kecewa abis. Yang ada cuma kabus...bayang-bayang bandaraya Hong Kong langsung tak kelihatan.

Sky Terrace...
Plan asal aku untuk balik ke TST ialah naik teksi ke MTR Central, pastu naik MTR ke TST terbabas bila semua teksi yang kami tanya menolak. Mungkin sebab masa tu hujan dan agak sesak..ke sebab kami berempat perempuan bertudung. Entahlah. Kami naik bas 15C lagi dan berhenti di mana entah..lepas tu sesat tak jumpa exit ke MTR Central. Bila dah sesat kenalah rajin bertanya, seorang Pinoy bantu kami. Tapi bantu sekadar bagi direction je. 
MTR Central memang havoc time orang baru balik kerja. Tapi once dah masuk stesen ni tak susah sebab banyak anak panah dan map. Masing-masing lega bila sampai di TST. Dan kami melepak di McCafe, minum frappe...kaki memang penat yang amat sangat. Kalau balik ke bilik lagi memang confirm takkan sanggup keluar lagi sedangkan dalam otak kami memang nak merayap lagi, shopping ...Dalam sejam lepak, barulah jalan-jalan area Nathan Road tu, beli winter coat, keluar masuk Sasa, Bonjour dan Goodyear (kedai perfume & kosmetik...bukan kedai tayar)...

Esoknya, macam biasa ikut iti kami ke Disneyland...cuaca di Disneyland yang terletak di pulau Lantau ni cerah, suhu dalam 20 darjah celcius...nyaman walaupun mentari terik. Tiket ke Disneyland pun kami beli awal-awal di Yiufai Guesthouse. Cara ke sini mudah, naik MTR dari TST ke stesen Lai King. Di Lai King, tukar ke train Tung Chung. Train ke Tung Chung ni boleh sampai ke Citygate Outlet @ Ngongping 360. Tapi kami turun di stesen Sunny Bay. Dari stesen ni naik train Disneyland Resort terus ke Disneyland Hong Kong. Bunyi macam susah tapi sebenarnya senang dan pantas. Dalam 3 kali tukar train tu, masa yang diambil tak sampai pun 1 jam. 






Disneyland agak membosankan untuk 'kanak-kanak' matang macam kami. Sekadar memenuhi impian zaman kanak-kanak dulu. Lepas lunch dan naik keretapi pusing-pusing Disneyland yang tak sebesar mana tu, kami balik. Berehat di bilik. 
Malamnya kami ke Mong Kok. Ladies Market. Dari Tsim Tsa Tsui kami naik MTR ke stesen Mong Kok. Keluar exit D2. Sebenarnya, kami sesat lagi masa di Mongkok ni, tercari-cari Ladies Market dalam lautan manusia di malam minggu tu. Cuma kali ni kurang panik, nampak polis terus bertanya. Ok jugaklah Ladies Market ni walaupun sempat ada adegan kami berlari-lari menyelamatkan diri dari dikejar penjaja yang cuba memaksa. Uhuhu...memang dasat tapi apapun kami berjaya juga memborong beg, dompet dan t-shirt. Hehehe...






Kota Pencakar Langit - Hong Kong - Part 2

Dalam Part 1, aku bercerita secara umum je, so Part 2 ni lebih kepada travelogue...tapi secara ringkas, sebabnya aku tak bijak mengarang dan memasukkan elemen-elemen menyengat mata dan hati...

Kami sampai di airport lebih kurang pukul 7.30 malam. Mula-mula memang agak panik, lebih-lebih lagi masa di kaunter imigresen tu. First, aku tersalah masuk lorong, beria-ia ikut lorong citizen HK, mungkin terlampau panik. Secondly, seorang member agak lama di kaunter, puncanya ejaan nama di pasport dan boarding pass @ ticket agak berbeza. Member ni ada dua nama ( menggunakan alias), yang beli tiket aku, masa beli tu kami calling-calling je, itu yang ada kesilapan kot part alias tu aku letak alias bukan simbol @. Moral of the story, lainkali aku akan suruh member tu catat nama dengan ejaan yang betul dalam notebook aku, lainkali senang beli tiket...

Tiga orang perempuan Cina dari Sandakan prihatin datang tegur kami selepas member aku tu 'dilepaskan' oleh imigresen HK.Sempat lagi they all berpesan 'kalau pegi Ladies Market hati-hati, orang HK ni kasar-kasar'. Noted.

First thing to do, cari map (  in the end, map ni cuma tersimpan dlm beg...), mencari money changer tapi tak jadi tukar sebab kadar tukaran yang rendah, beli Octopus Card HKD200. Ada lebih nanti boleh refund balik. Lepas tu keluar dan mencari bas A21. 

Rasanya, di sini panik tu mula hilang dan kami dapat balik rasa konfiden tu. Dalam bas masing-masing sibuk berposing. Penumpang lain dalam bas tu pun masing-masing buat hal sendiri. Berborak sesama sendiri.

Berpandukan skrin dan hasil penggogelan aku sekian lama, kami turun betul-betul depan bangunan hostel yang aku booked - Panda's Hostel. Satu lagi tanda ialah masjid Kowloon. Hostel ni memang betul-betul depan masjid Kowloon. Satu lagi, Panda's Hostel dengan Panda Hotel berbeza, Panda Hotel tu hotel 3 bintang, aku dah lupa  dalam kawasan mana, tapi yg penting Panda's Hostel ni dalam kawasan Tsim Tsa Tsui ( dalam bangunan Comfort Buiding ).

Alhamdulillah, check-in berjalan lancar.Malam masih muda dan kami pun belum mengantuk. Lepas minum milo panas, semua keluar. Berjalan menyusur Nathan Road hingga sampai Mirador Mansion.Baru hari pertama ( malam ), kami dah pun start membeli. Memang excited betul bila masuk Sasa di HK ni, perfume mini dijual dalam lingkungan harga HKD15-HKD45, semua branded perfume. Lanvin, Hugo Boss, Anna Sui, Moschino.

Hari pertama kami berakhir. Beginilah nasib kalau beli tiket ikut offer, tak dapat membeli ikut timing sampai yang bagus. Sebaik-baiknya sampai biarlah pagi, atau tengahari barulah tak membuang masa.

Esoknya, kami berpindah hostel. Memang waktu booked Panda's Hostel untuk satu malam, 3 malam lagi di Yiufai Guest House. Tak terikat dengan mana-mana schedule, namanya pun bercuti, pukul 9.30 pagi kami berjalan-jalan lagi menyusur Nathan Road sementara menunggu untuk check-out dan check in lagi. Selepas check in di Yiufai Guest House kami terus mencari Ziafat Restaurant. Isi perut sebelum ke The Peak.

Ziafat Restaurant ni terletak dalam bangunan Harilela Mansion di Tsim Tsa Tsui..sebaris je dengan lorong Masjid Kowloon tu. Makanan boleh tahan, dan boleh tahan lama menunggu.
Ice lemon tea & briyani...
Masing-masing bayar lebih kurang HKD80 di sini. Mahal tapi okla...big potion and tasty food...
Lepas makan, kami berjalan kaki ke Terminal Ferry untuk naik feri ke Hong Kong Island. Jauh jugak berjalan dari Harirela Mansion ke jeti tu, termasuk singgah sana sini dalam 15 minit  jugakla. Singgah jap di 1881 Heritage.  Buang masa di sini hampir 20 minit tapi berbaloi sebab area ni cantik.

1881 Heritage dihiasi pokok Krismas dan bunga-bunga bauhinia merah

Cuaca agak mendung hari ini, membimbangkan aku, takut tak nampak view Hong Kong di The Peak nanti. Tambang feri cuma HKD2.50 sahaja. Sampai di jeti Central kami turun ke street level dan mencari bas ke The Peak. 
layan perasaan....candidla konon...
Di sinila perhentian bas 15C untuk ke The Peak...tapi bukan bas tour merah tu...abaikan model berperut b.... itu hehehe


Kota Pencakar Langit - Hong Kong - Part 1

Hong Kong bukanlah destinasi impianku sejak mulanya, plan asal aku dan kawan-kawan nak ke Seoul, bajet pula tak mengizinkan so terpaksa beralih destinasi.Kebetulan ada offer AirAsia, tiket ke HK tak sampai pun RM600 seorang, lepas adds on luggage dan beli seat, dapatlah kami travel secara bajet ke Hong Kong @ HK.

Sebelum travel, aku buat banyak preparation. Pilih tempat-tempat menarik. Survey accomodation. Plan itinerary. Cari info tentang public transport. List of halal restaurant. Banyak blog yang aku baca dan aku kumpul info secara teliti gak. Semua catat dalam satu notebook. Semua ni untuk memudahkan kami dan yang paling penting, aku taknak ikut pakej so aku bersedia lebih awal. Aku banyak merujuk www.discoverhongkong.com. Untuk dapatkan list restaurant yang diperakui  halal pun ada dalam ni. Untuk  transport terutama MTR rujuk www.mtr.com.

Restoran halal memang senang carik esp kalau tinggal di area Tsim Tsa Tsui. Ada je orang Pakistan yang hulurkan pampflet. Cuma kena survey awal-awal, restoran di sana memang takkan nampak di level street tapi terletak di bahagian ground atau di tingkat atas. Kalau rasa malas nak survey awal-awal, paling senang pergi ke ChungKing Mansion. Dalam tu memang banyak restoran India, Pakistan. Plus, disini banyak money changer dengan kadar yang memuaskan. Dalam Disneyland plak, restoran Tahitian Terrace shj yang ada sijil halal dan makanan kat sini memang sedap.

Public transport di HK (bas dan MTR) efisien dan selamat. Pun mudah difahami. dalam masa 2 hari je memang akan expert. Sempat juga kami cuba naik feri dari Tsim Tsa Tsui ke Hong Kong Island. Memakan masa 5 minit saja. Lagi satu, naik feri boleh nampak view bandaraya Hong Kong di kedua-dua side, HK Island dan Kowloon. Dari airport ke pusat bandar, lebih murah naik bas. Ni boleh dirujuk dalam site www.hongkongairport.com part transport. Contoh bas A21 untuk area Mongkok, Jordan, Tsim Tsa Tsui. Kalau stay di area Wan Chai, kena naik bas lain (nombor lain).

Kami ke HK 29 November ke 3 Disember. Kalau check season, fall to winter.Winter di HK tiada snow cuma terasa sejuk , mungkin sebab bawaan angin. Apapun, kenalah bawa pakaian yang sesuai juga, sweater atau cardigan yang tebal.  Beli coat di sana pun bagus sebab harganya lebih murah.

Overall, berjalan-jalan di HK sangat mudah dan selamat. Nak travel secara solo pun ok, selamat dan sangat mudah. Macam aku yang suka perfume, kosmetik ni memang nak repeat HK lagi, dan takkan teragak-agak untuk pergi secara solo pada masa akan datang. Aku sangat suka kebersihan HK,  Octupos Card dan part beratur naik lift, naik bas tu.





Monday, 4 March 2013

Vietnam - Trip ke Mekong


Mekong atau Delta Mekong ni memang tak asing lagi di telingaku...sejak kenal subjek Geografi lagi aku dah tahu serba sedikit tentang sungai ni.  Delta ni  menjadi sumber kepada penduduk Asia Tenggara terutama di Viet Nam, Laos, Myanmar dll....sumber makanan, jalan perhubungan dan sekarang dah menjadi salah satu tarikan pelancong.

Sejujurnya, aku rasa sungai atau delta tu sendiri tak menarik langsung. Semasa ikut trip ke Mekong Jun 2012, aku tak rasa ada view yang menarik sepanjang trip tu. Tapi, ada juga pengalaman, budaya dan cara hidup orang Vietnam ni yang dapat dilihat, dipelajari dan lain daripada cara hidup kita...
 dalam bot ... kebanyakannya tourists Barat

Delta Mekong itu sendiri memang luas, ada tiga buah pulau yang biasa jadi destinasi persinggahan pelancong. Pulau yang pertama tu katanya pulau laici, tapi masa aku pergi hari tu tak bernasib baik, bukan musim laici. Di pulau ni, kami dihidangkan dengan teh dan madu. Lebah madu di sini hinggap pada bunga pokok laici, so dikatakan rasanya istimewa berbanding madu di tempat lain.

di pulau ni ada jugak gerai-gerai menjual souvenir, lebih murah dan boleh ditawar

Dari  pulau ni jugak kami naik sampan menyusur sungai kecil dan kembali ke bot. Naik sampan ni lebih kepada merasai cara hidup orang Vietnam je, kalau nak harapkan view cantik memang hampeh...sungai tu airnya macam teh tarik...sepanjang tebing sungai, cuma nipah dan bakau, pemandangan biasa macam di sini.

Dari pulau ni kami ke pulau kelapa. Menurut kata guide, pulau tu terkenal dengan perusahaan kelapa, contohnya macam gula-gula kelapa, sabun dll


Tiada seorang pun antara kami sanggup membeli gula-gula di sini bila nampak anjing-anjing tuan kilang ni berkeliaran. Yang pelancong Barat, pelancong Jepun tu pun tak berminat. Faktor kilang ni tak berapa nak bersih pun iya jugak. 

Lepas habis sesi lawatan dan penerangan di pulau ni, kami pergi ke pulau ketiga ...pulau ketiga ni tak pula dinyatakan keistimewaannya sebab kata guide pulau tu untuk singgah makan je...

Disebabkan tiada makanan halal dan kami pun agak was-was, kami cuma order minuman tin je di  situ. Mood masing-masing dah mood nak balik Ho Chi Minh terutama dua orang member yang otaknya shopping dan shopping tu, ...Honestly, mood aku nak tangkap gambar di pulau ketiga ni memang dah zeroo....sangat letih dan boringg...

Tahap keletihan tu memang memuncak dan mood tetap tak elok bila sampai ke pulau terakhir. Di pulau terakhir ni, ada persembahan nyanyian dan adalah sikit dihidangkan buah-buahan. Persinggahan di sini tak lama, lepas licin buah-buah tu kami balik.

Sampai di jeti, kami menunggu bas lebih kurang 30 minit dan bertolak balik ke bandar HCMC.

otw balik ke Ho Chi Minh City...snap  dalam bas



Mekong Rest Stop...

Dalam perjalanan balik sempat singgah di Mekong Rest Stop, tempat ni ada kedai souvenir ( mahal!), tandas dan kafe. 

Trip ke Delta Mekong ni memakan masa sehari. Dari Ho Chi Min ke jeti bot Mekong tu dalam 1 jam lebih, tour ke pulau-pulau di sungai Mekong tu lebih kurang 4 ke 5 jam dan perjalanan balik 1 jam. Day tour ni rasanya boleh dibeli sehari sebelumnya. Bagi aku, trip ni yang menariknya masa dalam perjalanan pergi dan balik ke Mekong. Dari dalam bas tu, aku nampak cara hidup orang Vietnam. Antara perkara yang aku perhatikan
- motorsikal ialah pengangkutan utama, di jalan raya cuma bas dan lori yang menguasai, kereta persendirian sangatlah kurang.
- banyak warung makan tepi jalan menyediakan buaian...mungkin lepas makan, pelanggan boleh berbuai-buai kekenyangan...sayangnya aku tak snap benda ni sebab dalam bas, dan kamera aku tak berdaya untuk memfokus...swing ni ada dijual penjaja sekitar Ben Tanh harga lebih kurang USD5 kalau tak silap.
- vietnamese naik motorsikal sesuka hati je...no rules...takde helmet, keluar masuk simpang pun sesuka hati, naik motor kecik bawak satu family, laki, bini, anak, cucu...hehehe
- kebersihan tak dititikberatkan...sepanjang tepi highway banyak sampah
- jalan raya ok ...tak berlubang...mungkin sebab pengguna tak banyak
- rumah-rumah Vietnamese ni simple dan kecik-kecik...

Sekurang-kurangnya trip ni menampakkan 'wajah' rural Viet nam, Mungkin tak sepenuhnya tapi lebih baik daripada hanya sekadar melihat, menjejak kaki di bandar Ho Chi Minh semata-mata. Dan jangan lupa tips untuk makcik pendayung sampan...