Selasa, 12 September 2017

Perfume Bajet ... wishlist

Sebelum ni aku selalu beli perfume untuk reward diri sendiri sempena birthday. Tahun ni, macam sangat harapan dan impian ni..Tapi beli perfume dah jadi satu tradisi, cuma tahun ni insaf sikit, fokus kepada perfume bajet dan mampu milik jeee....


1. Perfume ~ Cabotine Rose 
Akhir-akhir ni macam suka bau bunga ros. Sebelum ni dah pakai Paul Smith Rose, bau memang best...fresh & soft gitewww... tapi boring pula kalau asyik perfume yg sama...lagipun kebetulan harga perfume ni untuk under RM150 di perfumestore.my ( dah pernah beli di sini, confirm ori dan servis pun bagus...). Review untuk perfume ni pun bagus-bagus, kira selamatlah untuk aku blind buy je.

 Image result for cabotine rose


2. De'xandra
Sejak harga minyak asyik naik dan nilai duit RM semakin sendu, aku dah mula pandai pakai perfume inspire camni. Ada dua dalam wishlist ; Still atau Signorina. Dua-dua jenis bau lembut, sesuai untuk ke pejabat. 


3. Al Rehab Perfume
Aku terbeli perfume ni masa umrah hari tu. Masa tu beli pen perfume je. Al Rehab ni jenama minyak wangi yg agak popular di Arab Saudi. Balik Malaysia, aku terus cari-cari kat insta kalau-kalau ada orang Malaysia yang jual perfume ni. Memang ada, cari je di insta (Al Rehab Malaysia ). Al Rehab ni banyak juga yang dijual tak ori. Tapi yg kat insta ni memang ori, kalau nak beli borong pen perfume atau oil perfume dari dorang pun ok. Dahlah murah, wangi, non alcohol pulak tu boleh bawak solat tanpa rasa was-was.

 Image result for al rehab perfume red rose
My favorite Al Rehab ialah Lovely dan Red Rose. Kalau check dalam Fragrantica, Red Rose ni dikatakan sama dengan Kenzo Flower. Tak taulah betul ka , aku tak pernah pakai perfume Kenzo. Walaupun lembut baunya, Red Rose yang aku pakai memang tahan lama. Dari pagi pi ofis sampailah ke petang masih lekat di baju dan tudung. Baunya sangattt soft dan musky, orang takkan perasan kita pakai perfume kecuali orang yang betul-betul bersebelahan kita.
 Untuk lelaki, yang best Silver, Al Fares dan Sultan. 


Image result for al rehab perfume silver 

* sebenarnya kalau ada duit lebih aku dah lama eyeing perfume Prada Infusion D'Iris. Aku terpaksa simpanlah dulu harapan ni sampai nilai RM naik semula.
* terakhir aku beli perfume agak mahal ialah Katy Perry Purr - baunya manis tapi memang tak tahan lama, dalam 2-3 jam je dan aku dah pass kepada anak sedara aku pun.

Sekian perkongsian ringkas tentang perfume bajet hari ni.

Sabtu, 9 September 2017

Throwback...Jepun 2013



Assalamualaikum...

Malam ni rajin pula tengok gambar-gambar lama. Trip ke Jepun penghujung November 2013. Seronok ambil gambar waktu tu... tengah peak musim luruh. 

One of my wish list, teringin travel solo ke Jepun pula. Tahun depan may be... in sha Allah. Rezeki, kesihatan, kelapangan dan peluang... semuanya jika  diizin Allah swt. 

Banyak pula gambar  bila check balik. Enjoy the pictures...tak taula kalau aku dah share gambar-gambar ni....masa ni aku pakai kamera cap ayam je, kebetulan kalau gambarnya menjadi adalah sebab cuaca dan memang view tu asli lawa...dan ada juga, gambar kawan tolong shot...


Kyoto  ... tak jauh dari Kyoto Station
demo?? tak pasti...tapi aman-aman je dorang berarak...Kyoto
Arashiyama....Kyoto    
Arashiyama...dah lupa la nama sungai ni...

sungai ni memang cantik...dan tenang di sini...

setiap ceruk Arashiyama ada pokok berdaun merah ni..

ambil gambar pokok daun pokok daun je sepanjang berjalan ...


Merah lagi
masih di Arashiyama
sweet couple....dah kahwin dah agaknya dorang sekarang yee...hehehhe
jejaka-jejaka Kyoto...
rumah dorang...nampak simple...

di Nara
orang ramai menuju ke temple
sporting je rusa ni posing..thanks dear...

subway ke atau di Osaka Station...forgot...gumuks la I dalam gambar ni...huhu   
sang sutradara/director...coming all da way from India ...hiks ...(Nara)
Osaka Castle Park...  

ala-ala candid...padahal tak...hehhehe...
miss photographer...
and this is her shot...

Rindu Jepun...Aku? Tak jugak. Lebih rindukan Mekah. Tapi, teringatla Jepun juga...macamana tu...semoga impianku tercapai, harapla...spring may be ( because I love travel during spring...I love flowers..), in sha Allah...

Jumaat, 8 September 2017

Bandung ...~ Jun 2016

Salam September semua...

Lama sangat tak update blog. Kesah ni pun dijeruk lama dalam draft. Ok, dah tiba masa untuk mengarang semula.

Sudah lebih setahun tau trip ke Indon ni. Jun tahun lepas, sekarang dah September 2017. 

Aku pegi ni dengan KZ, my part in crime dalam dunia travellan ni. Pegi 6 hari. 4 hari full day di Bandung. 2 hari di Jakarta.

Trip shopping + sightseeing +  misi kemanusiaan (hamboi!!!)...hehehhe

Misi kemanusiaan la sangattt. Biasa je pun. Ada pegi Rumah Anak Yatim dan pegi dengar ceramah agama termasuk solat subuh, itulah yg special tu. 


Day 1 - Tiba di Airport Jakarta (malam), driver kami dah sedia menunggu, singgah sekejap untuk makan malam di Restoran Sederhana Masakan Padang, lepas tu terus ke Bandung. Check in di Hotel Accordia Dago.

Persinggahan pertama ....dinner dulu di Restoran Sederhana Masakan Padang



Menu...
penuh satu meja...
bilik pertama sebelum kami pindah ke bilik family room


Day 2 - Tazkirah dan solat Subuh di Masjid Daarut Tauhid, Bandung....jalan-jalan sekitar Bandung, shopping dsb...

Masjid terletak di kawasan padat

Jemaah Subuh yang ramai

ruang makan di Hotel Accordia Dago


Longgok dulu sebelum dipilih

Beg Cath Kidston...

lawatan ke rumah anak yatim /Panti Asuhan Muhammadiyah

Anak-anak ni buat persembahan untuk kami...touched!










Bersambung...