Ahad, 1 April 2018

Sabandar Rides & Leisure, Tuaran

Assalamualaikum...salam sejahtera...

Cuti Deepavali tahun lepas aku pegi Tuaran. Kira dekatlah sedikit destinasi ni. Pegi dengan kawan ofis, dia pula bawa lagi housemates, so berempatlah kami. Tapi, tempat ni nda la baru buka, berbulan-bulan sudah buka, kawan-kawan di pejabat yang sudah pegi tolong bagi info macamana pegi sini dari KK.  Kebetulan masa ni berlaku ribut yang kira dahsyat juga la. Kereta sampai terlintang di jalan Teluk Likas dan memang hujan lebatlah masa aku driving balik dari sini.

Eh, membebel pula. Cara ke sini tiada lain melainkan driving sendiri la kan, kira-kira 30minit dari bandar KK tapi aku yang careful ni sampai juga 40minit gitu, aku guna goggle map jak pi sini. Ikut Jalan Sulaman, melintas lagi simpang ke Shangrila Rasa Ria tu. Macam jauh betul rasanya sampai di satu jambatan tu (view di sini cantik betul) aku rasa aku sesat, tapi tawakal jak. Kawan-kawan cakap, masuk kampung limpas lagi Gayang, limpas lagi 2-3 taman perumahan. Akhirnya aku sampai dulu.


Parking kira nda seberapa, disediakan percuma tapi masa aku pegi baru lepas hujan ( mendung lagi), becak berlumpur juga kawasan parking tu.

Bayaran masuk RM10, kalau mahu naik kereta kuda tu (feeling-feeling Cinderella kunu) add lagi RM10.

Dorang buat tempat ni ala-ala koboi sikit... ah, kalau aku rasa biasa jak, macam di Disneyland Hong Kong pun ada juga... ada lagi area paya bakau yg dikasi up sikit dengan laluan di situ. Siap ada restoran dan gerai pameran di dalam kawasan paya bakau tu. Itu yang menariklah bagi aku. Tempat ni ngam ni bawa budak-budak bandar yang nda pernah nampak paya pokok bakau tu. 

Ini sajalah gambar dapat diambil, cuaca mula mendung waktu tu, hilang mood mahu berlama-lama di sana.


pandangan depan


kuda bernama Nikki...sedih jak mukanya tu

restoran

paya bakau