Ahad, 20 Mei 2018

Muzium Negeri Sabah ~ part 2


Biasanya orang tak suka ke muzium, aku pun lebih kurang samalah, memang kurang berminat. Memandangkan anak sedara aku excited, lagipun kita orang dewasa ni pun happy bila anak-anak happy kan so layankan saja...

Lepas habis pusing dalam main building muzium, dan puas juga ambil gambar di luar kami ke Kampung Warisan. Satu kawasan khas untuk rumah-rumah mengikut suku etnik di Sabah. Kawasannya teduh, banyak pokok dan tenang. Rasa macam suasana desa walaupun di tengah bandar.

gerbang Kampung Warisan

salah satu pondok






Rumah orang Rungus ni aku tak masuk, anak buah yang masuk. Rumah ni ala-ala rumah panjang di Sarawak, dalam satu rumah ada beberapa keluarga tinggal, cuma dia ada ruang-ruang berasingan. Ada orang buat manik, kraftangan dalam rumah ni. Kemahiran yang orang Rungus ada.

salah satu rumah orang Dusun


Lupa rumah Dusun apa. Maklumlah Dusun Kadazan ni banyak ...Dusun Lotud la, kadazan penampang, dusun Tetana Kuala Penyu...entahlah aku belum khatam lagi ...hehehhe sorry orang KD ya...

dapur      




Rumah suku kaum Melayu Brunei


siap ada kawah lagi di rumah orang Brunei ni

ada orang jualan key chain, FM, bracelet dan lain lain dalam rumah ni        

Aku banyak bergaul dengan orang Brunei ni. Abang dan kakak ipar pun ada yang dari suku kaum ni. Bagi aku dorang ni memang mirip dengan Melayu Semenanjung dari segi cara hidup. Rupa paras pun ada iras. Warna kulit. Dialek je la yang berbeza. Nampak pun rumah diorang kira lavish sikitla banding suku kaum lain. Melayu Brunei ni banyak terdapat di Papar, Membakut dan Sipitang... kira majoriti dorang di sana. Dulunya, dorang ni nelayan atau pesawah. Contohnya di Papar dulu ada kawasan sawah padi yang luas tapi sekarang tanah-tanah sawah tu sudah dijadikan tapak rumah dorang. Anak cucu sudah bekerja di bandar, sawah padi pun pupus.

ada kolam kecil...ada teratai lagi

rumah Brunei dari kejauhan... ada pondok perahu di sebelah rumah tu
ada rumah yang rosak, dan tak boleh dimasuki
rumah Lotud
ini rumah suku saya - Rumah Bisaya Sabah
buaian untuk bayi

alat menangkap ikan - bubu

dapur atau dalam dialek Bisaya ~tambak

Suku kami Bisaya berbeza dengan Bisaya Sarawak sebab kami beragama Islam ( mungkin sebab dulu kami berada di bawah Kesultanan Brunei) dan kami ada dialek sendiri. Orang Bisaya majoritinya terdapat di daerah Beaufort ( nama bukan main nama orang putih...hehehhe) dan Kuala Penyu. Di Sabah, orang Bisaya la pengeluar sagu dan ambuyat adalah makanan tradisi kami. Syukurlah ambuyat sekarang sudah dianggap semacam makanan tradisional Sabahan. Okaylah, pengeluarnya asalnya Bisaya, tapi suku kaum lain semua dapat sama-sama menikmati makanan tradisi tu. Sekarang ni anak-anak generasi muda ramai yang kurang suka ambuyat. Sebenarnya, zaman Jepun dulu, itulah makanan utama... biasalah sekarang zaman moden...budak muda lebih pandang spaghetti,pizza, burger...huhu..

Anak buah cukup suka...dapatlah juga dia tengok keadaan rumah nenek moyang dulu. Memang jauh berbeza dengan rumah sekarang lantainya bertile... dulu lantai, dinding rumah dibuat daripada batang pokok rumbia. Atap pun dari daun rumbia. Pokok rumbia bagi orang Bisaya dulu sangatlah berguna. 

Selesai di rumah Bisaya, kami terus ke kantin kecil berdekatan kawasan letak kereta. Alhamdulillah selesai sesi lawatan sambil belajar...sekian...

Harapnya readers enjoy....sekian...

Khamis, 17 Mei 2018

Muzium Negeri Sabah ~ Random Pics part 1

Jalan-jalan ke Muzium Negeri Sabah waktu cuti sekolah bulan Mac yang lepas, jadi driver temankan kakak dan anak buah yang excited...

Dilayannn jak la...

Bangunan muzium utama ada satu, di luarnya galeri Keretapi Negeri Sabah, bangunan pusat sains dan Kampung Warisan. 

Untuk pusing-pusing dan melihat-melihat keseluruhan kawasan dan muzium perlukan masa lebih kurang 3 jam. 

Kami banyak habiskan masa di Kampung Warisan. Cuaca agak panas hari tu, lebih selesa berjalan di kawasan yang banyak pokok sambil melawat dari satu rumah ke satu rumah.

ni salah satu kraftangan besar di luar muzium

bukan tulang dinosour tulen k

pakaian lelaki Bajau Kota Belud

pelbagai jenis topi

pakaian lelaki Kadazandusun

pakaian pengantin Bajau

pakaian pengantin suku kaum Bisaya       




pakaian pengantin cina

seram pula aku tengok patung-patung ni...

kereta-kereta antik di bahagian luar

kereta Tuan Yang Terutama (TYT) Negeri Sabah pertama ~ Rolls Royce
Galeri Keretapi ~ di sini kita boleh lihat sejarah keretapi di Sabah sejak zaman penjajah

kepala keretapi lama yang dipulihara


abaikan aksi anak buah aku tu...

Jesselton nama lama Kota Kinabalu

Isnin, 14 Mei 2018

PRU14...pasca

PRU14 memang lain dari PRU sebelum ini. Luar biasa, baik sebelum mahupun selepas.

Hari ini sudah hampir seminggu kemenangan Pakatan Harapan dan buat pertama kalinya BN menjadi pembangkang di Persekutuan dan di beberapa buah negeri. Bagi kami di Sabah, kami pernah berada di bawah pemerintahan Pembangkang iaitu PBS satu ketika dulu. Dan kini kami di bawah parti Warisan sebagai parti utama dan DSSA sebagai Ketua Menteri. Alhamdulillah, kemelut drama di Istana Negeri Kota Kinabalu reda dan DSSA sudah pun ke pejabat dengan baju korporat putih, as simple as before, begitulah penampilan beliau setiapkali berkempen seluruh Sabah. Baju kemeja korporat putih.  Yang penting, semoga semua isu dan masalah  di seluruh negeri dapat diselesaikan.


Rakyat Malaysia masih belum move on rasanya. Baik di pihak yang menang mahupun yang kalah. Macam-macam gelagat manusia di media sosial. 

Tak hairan yang rakyat Malaysia masih dengan sinisnya, makinya, gurauan kurang ajarnya dan sindirannya walaupun Ramadan akan menjelang tak sampai seminggu lagi. Itu di pihak yang menang. Di pihak yang kalah, masih ada yang belum berlapang dada menerima ketewasan dan belum muhasabah diri. Aduhai ummah.... 

Cukup-cukuplah tu.Teruskanlah kehidupan kita. Rapatkan semula silaturrahim dan raikan perbezaan seadanya.





















Selasa, 8 Mei 2018

Malaysia Memilih

Esok harapan baru untuk Malaysia...untuk negeriku, rakyat Sabah.

Moga ada harapan baru untuk negeriku...



Yang terbaik hendaknya untuk negeriku...for Sabah, for Sabahan...real Sabahan...