Ahad, 28 Julai 2013

novel tentang kehidupan.....



Info buku

Judul - Rembulan Tenggelam di Wajahmu
Penulis - Tere-Liye
harga - RM14.87
bilangan muka surat -478

Novel keagamaan dari tangan penulis Indonesia. Novel tentang kehidupan Ray, watak utama yang punya 5 persoalan sebelum ia mengenal makna kehidupan manusia....

1. Apakah itu cinta
2. Adakah hidup ini adil
3. Adakah kaya itu segala-galanya
4. Adakah kita mempunyai pilihan dalam hidup
5. Apakah makna kehilangan

Novel ni memang best (bagi aku la)...kelainannya dari segi konsep novel. bukan kisah cinta, bukan juga tentang keagamaan. Jalan cerita agak menarik, tentang Ray seorang anak yatim piatu yang akhirnya berjaya menjadi usahawan terkemuka. Tapi jalan hidup yang 'kosong' tanpa penghayatan terhadap agama menyebabkan akhirnya kekayaan yang dicapainya tidak bermakna. Makna kehilangan bagi Ray ialah apabila isterinya meninggal dunia.Melangkah ke usia makin senja, Ray makin memahami makna 'kehilangan'...kehilangan nikmat sihat, bila datangnya sakit. Sewaktu sakit, Ray mengimbas kembali masa lalunya....akhirnya Ray insaf...

moral of the story ...
- Ray, terlalu keras dan tabah menghadapi hidup, kadang-kadang sampai hilang rasa belas kasihan dan prihatin pada kawan...yang penting hidup perlu diteruskan. Tak boleh jugak, terlalu dingin dan keras hati menghadapi hidup tanpa sedikit pun rasa berserah dan bertawakal menjadikan kita macam bukan manusia normal...
- kekayaan yang diperoleh hasil usaha gigih memanglah bagus, tapi bila tiada diselitkan dengan nilai keimanan dan ingat Tuhan, kekayaan itu sangatttlah 'kosong'...
- setiap kejadian ada sebab dan hikmahnya, selalunya kita je yg lambat memahami apa hikmah di sebalik semua itu.

Gaya penceritaan - agak berat, lebih banyak berbentuk naratif iaitu bercerita, kurang dialog, banyak penceritaan langsung, banyak monolog dalaman ...so, bagi sesetengah orang yang baca novel hanya untuk santai-santai, tak sesuai kot....novel ni mengajak kita berfikir, dan kena baca dengan penghayatan, kalau tidak takkan rasa best....

Jumaat, 19 Julai 2013

...bercerita tentang Turki....

Info buku-
Penulis - Hasrizal Abdul Jamil
Bil. muka surat - 267
Harga buku - RM27.00



…inspirasi untuk ke Turki…

Dah lama aku minat nak ke Turki, sejak 2009. Sebenarnya, sebelum tu, aku tau apa2 tentang Turki. Pernah dengar nama Mustapa Kamal Attaturk tapi tak banyak info. Masa sekolah memang ada belajar Sejarah Islam, termasukla kerajaan Uthmaniyyah…tapi masa sekolah aku lebih minat kerajaan Abbasiyah, sebab banyak sumbangan keilmuannya.
Dari mana minat ni datang….entah macamana aku boleh terjumpa blog saifulislam di alam maya ni, start dengan satu entri tentang Turki, aku terus tertarik, dan lepas tu semua entri ustaz tu tentang Turki aku baca.
Tapi takkan asyik membuka blog kan. Kadang-kadang teringin nak baca pos ustaz yang pandai menulis tu semula…dan akhirnya, aku dapat tau semua entri Turki ustaz tu dah bukukan dalam satu buku …bukunya “Secangkir Teh Pengubat Letih”…susahnya nak cari buku ni di Sabah. Tiapkali kali ke KL, aku mesti cuba cari. Tapi entahlah, tak jumpa-jumpa. 2011, aku akhirnya miliki buku tu …beli secara online…puas hati sangat.
Apa yg lain tentang buku ni…
-          Penulis buku ni sebenarnya belajar di Jordan…tapi selalu travel ke Turki. Sangat menarik cerita first trip dia ngan kawan dia. Orang Turki rata-ratanya tidak mahir berenglish, tulisan dorang pun agak lain ( macam tulisan Russia ), kawan dia menjerit di tengah-tengah ramai orang “ anyone can speak english ’’…dan tak sangka memang ada anak muda yang datang menolong dorang..
-          Selepas trip pertama tu, penulis ni dah mula terpikat ngan Turki…dan siapa sangka selepas itu, dia ke Turki secara solo berkali-kali.
-          Tulisan ustaz ni bukanlah tentang melancong, walaupun dia ada bagi info secara tak langsung tentang tempat-tempat menarik di Turki, tapi lebih kepada pandangannya dan pengalamannya di bumi Turki. Kalau setakat kita nak tahu pengalaman melancong  7 @ 8 hari orang ke sana, baca kat blog travel orang pun banyak kan…
-          Dari tulisan ustaz ni, membuatkan kita pun akan berharap bertemu orang Turki sebaik keluarga adik angkatnya Fatih.
Antara perkara tentang Turki atau masyarakat Turki berdasarkan buku ni…
-          Mungkin separuh daripada 10 orang lelaki di sana bernama Fatih…emmm ni ada kaitanla dengan Sultan Muhammad al-Fatih kan…
-          Masyarakat Turki sangat pentingkan kebersihan – cthnya, kawan Turki penulis mencuci gelas (yg diletak di rak dan memang bersih) sebelum digunakan. PM Turki sekarang iaitu Erdogan, semasa jadi Mayor of Istanbul, sanggup turun padang membersihkan jalan-jalan di Istanbul. Makcik penyapu sampah di Istanbul cuci tong sampah bersih-bersih setiap hari, bukan sekadar sapu sampah je. Di kampung adik angkat penulis, seminggu sekali kaum ibu akan datang ke masjid untuk buat sesi pembersihan…
-          Orang Turki suka minum teh atau cay….
-          Orang Turki yang berpegang kuat kepada Islam, takkan membeli di kedai orang yg sekular, mereka juga teguh pendirian, kalau nak memboikot, mereka boikot secara istiqamah.
-          Mereka suka membaca...
-          Masyarakat yg sangat hormatkan tetamu…
-          Banyak halangan dan cabaran mereka hadapi sewaktu di bawah pemerintahan sekular dulu..
-          Sejak dulu (dan hingga kini rasanya…), amat besar cabaran mereka untuk mempertahankan agama…dihimpit oleh pelbagai puak –(sekular, Yahudi, syiah, dunia….)kata penulis, jiwa mereka amat besar untuk mempertahankan agama Islam ini…
-          Ramadhan adalah bulan paling meriah di Turki, penulis ada juga mengesyorkan…sesekali apa salahnya berpuasa di Turki…sebabnya, masjid-masjid diimarahkan dengan bacaan Quran, pelbagai aktiviti sepanjang bulan Ramadhan..
-          Setiapkali penulis ke Turki, dia seperti direcharge …hubungan persaudaraan Islam dirasainya di Turki…dari orang Turki…

Dengan apa yg berlaku di Taksim semenjak dua menjak ni, rasanya sesiapa yg membaca buku ini akan faham sedikit demi sedikit apa yg berlaku. Walaupun aku belum pernah sampai ke sana, tapi selalu juga berdoa dalam hati, moga-moga kepimpinan Islamik Turki yg sekarang akan kekal…meskipun bertukar parti, tapi janganlah kembali kepada golongan sekular. Bukan senang tau, dorang nak kembali kepada Islam, maksud aku dapat melaksanakan the way of life as a muslim dengan lebih bebas, cthnya sekarang siswi di university dah boleh berhijab … golongan sekular di Turki tu memang takkan berhenti la kot untuk nak mengembalikan Turki ke era sama macam zaman Attaturk dulu…
Buku yang bagus dibaca bagi sesiapa yg nak ke Turki…elok kita kenal satu2 destinasi sebelum jejak kaki di sana ….

Khamis, 18 Julai 2013

Kampung Budaya, Sarawak

Dah lama dah trip aku ke Kuching. Masa cuti Chinese New Year tahun lepas (2012), trip singkat 3 hari 2 malam. Sekali tu je pun, ntah bila nak repeat Kuching. Member-member lain setahun 2 atau 3 kali ke Kuching. Dorang pegi pun semata-mata nak ke Serikin, untuk shopping...itu yg aku malas nak join.

Sebelum ke Kuching, aku ada tanya member aku orang sana, katanya tak sesuai pegi time cuti CNY ni, biasanya hujan...aku degil gak, nak jugak pegi. Memang betulla, hari pertama sampai dah hujan. Spoil mood. Nasib baik dapat pegi Kampung Budaya. Sebab memang tempat ni yg aku nak pegi sangat banding nak round2 Serikin tu....aku berjalan lebih kepada sightseeing....tak serasi nak pegi ngan kaki shopping!

So, hari kedua kami ke sini, dari bandar Kuching ke sini lebih kurang 45 minit...dengan bayaran masuk melalui agent RM55, kalau beli di situ RM60. Di pintu masuk, kita akan diberi buku pasport khas...setiapkali singgah satu-satu rumah dalam Kampung Budaya tu, kita cop, tanda dah masuk rumah tu.

di gerbang Kampung Budaya
Rumah Melanau
di Rumah Melayu...disambut dgn paluan kompang...

masih di rumah Melayu

Di setiap rumah ada pekerja-pekerja Kampung Budaya yg akan terangkan tentang rumah dan suku kaum tu. Contohnya Rumah Melanau dibina tinggi2 untuk elak musuh, di rumah ni juga, dorang ada tunjukkan cara membuat tebaloi. Tebaloi yang dorang masak tu dijual dalam bungkusan kecik2...adalah juga aku membeli. Rasanya sedap...dijamin halal! hehehe...aku nampak depan mata, so yakin je membeli...

Di rumah Orang Ulu, dorang siap persembahkan tarian selamat datang. Rumah Orang Ulu ni pun dibina tinggi, tapi lebih luas banding rumah Melanau. Rumah panjang Iban paling meriah, cuma di sinila kakak travelmate aku tu rasa semacam. Balik Sabah pun dia still terbayang-bayang tengkorak-tengkorak di rumah Iban ni... Moralnya, kalau pegi tempat2 yg mistik lagi misteri ni, kenala siapkan jiwa dan banyak-banyakkan baca ayat Kursi...
persembahan tarian....

Masa yg kami spend di sini lebih kurang 3 jam termasuk tengok show. Show ni bermula dalam pukul 11.30 pagi, lebih kurang sejam. Bagi aku, show tarian ni jadi highlight day trip ke sini, dan overall buat aku rasa day trip ke sini berbaloi. Even pelancong2 luar negara tu pun tertarik...Kalau tak silap aku ada 4 tarian yg dipersembahkan...dan paling menarik ialah tarian suku kaum Melanau. Jujurnya, selepas pegi Bali, personally,aku rasa aku lebih suka tarian di Kg Budaya ni banding tarian yg aku saksikan di Bali..

Isnin, 8 Julai 2013

Jalan-jalan - Kuala Penyu



Kuala Penyu ialah pekan yang terletak berhampiran pekan Beaufort (my home town). Walaupun namanya Kuala Penyu a.k.a Turtle Bay dalam bahasa Inglish tapi janganlah berharap boleh beli telur penyu atau melawat pusat pendaratan penyu di sini…Itu dulu, jaman-jaman tahun 50-an, 60-an (info  from my mom)…sekarang, penyu dah merajuk…lari ke Sandakan kot…hehehe
Sabtu lalu aku ke sini dengan 2 orang member rapat. Konon-kononnya nak ke Pesta Rumbia.  So, aku cadang nak buat entri khas pasal pesta ni. Ambil gambar dsb...
On the way ke pekan ni, kami mula rasa syak…jalan raya lengang dan tak nampak pun sebarang banner. Hati dah mula rasa was-was…Sampai di pekan yang biasanya lengang tanpa Pesta Rumbia ni, memanggggg lengang….tenang, damai macam biasa. Tiada tanda-tanda ada pesta-pestaan. Sah!!! Pesta Rumbia dibatalkan atau kami tersilap tarikh. Masalahnya baru 2 minggu lalu kami lalu di pekan ni dan terbaca poster dan iklan Pesta Rumbia.
Luckily, my friend terserempak kawan lama di salah satu kedai. Pesta Rumbia bukan dibatalkan…Cuma…ditunda sehingga selepas Hari Raya Aidilfitri. Logiknya jugak, minggu depan puasa, so macam kelam-kabut kalau nak berpesta segala. Even though Kuala Penyu ni  agak ramai penduduknya berketurunan Dusun dan beragama Kristian tapi pengunjung-pengunjungnya dari daerah2 yg dekat macam Membakut, Beaufort, Sipitang, Bongawan dan Papar masih majoritinya Bumiputera Islam. Musim2 dekat Ramadhan macam ni, dah jadi budaya untuk kami buat kenduri kesyukuran sempena menyambut Ramadhan atau menitir bagi suku kaum  Brunei.  

Ok, balik ke info Kuala Penyu, pekan ni suasana kedesaannya masih kuat…rasa damai dan tenang…. Dulu penduduk pekan ni kena naik feri kalau nak ke sebelah Membakut. Sekarang dah ada jambatan baharu…. Sebenarnya pekan ni amat berpotensi untuk pelancongan, untuk ke Pulau Tiga boleh naik bot dari sini. Aku pernah juga ke Pulau Tiga, camping 2 malam di sana, naik bot dari Kuala Binsulok, tapi time tu aku belum kenal dunia blog, sekeping gambar pun tiada, uhhuhu rasa mcm show off tanpa bukti plak… sedih!!!
Okla…layanla gambar2 yg tak seberapa ni….

 Selamat Datang ke Kuala Penyu....
tenang.....
 jambatan Kuala Penyu 
laluan feri yg sekarang tempat 'parking' bot nelayan....
bot nelayan....
see...feri yg 'dilupakan' tenggelam mcm Titanic...
kapal  terbiar jadi 'port' kerbau berdating...hehehe
pemancing yg sabar....
view dari jambatan....