Selasa, 24 Jun 2014

Happy Birthday to....Lee Min Ho...

Happy Birthday to handsome, kind and most popular actor ...LEE MIN HO...



p/s aku suka pic last tu....

Semoga maintain handsome, sweet and maju jaya dalam bidang lakonan dan modeling...ecewah...hehehhehe...entri keboringan ..

Rabu, 18 Jun 2014

A short vacation to .....

Alhamdulillah...sempat aku bercuti 4 hari...a short vacation...saja, perlu lari seketika dari tekanan kerja, urusan keluarga dan peribadi...untuk refresh diri kununnya...

di manakah itu.... a summer vacation...

jeng...jeng...jeng...


Ah, senangnya kan...boleh agak tengok ja gambar tu. Solo trip??? No, no bukan kali ni berteman, dengan one of my best friend. Singkat ja trip kami ni, tapi okla, enjoy, dan lupa seketika kerja-kerja yg menanti di meja ofis...

Selasa, 10 Jun 2014

Seoul ~ Spring 2014 - lawatan sambil belajar di Gyeongbukgong Palace

Hari kelima di Seoul...


Hari kedua terakhir di South Korea. Bagi siapa-siapa yang dah baca entry sebelum ni mesti dah tahu hari kedua aku pegi istana Changdeukgong tapi tutup. So, untuk mengubat kegagalan tu, hari ni aku pegi istana lagi cuma aku pegi istana lain Gyeongbukgong Palace. Naik subway, turun di stesen Gyeongbukgong dan keluar ikut exit ke arah istana.

Aku sampai acara changing guard dah selesai, tapi orang sangatlah ramai. Untuk masuk, aku bayar 3000won. Ikut jadual, ada tour with english speaking guide pukul 11 pagi tu, tapi macam tak nampak bayang. So, aku berjalan-jalan sendiri ja di kawasan istana yang boleh tahan besar tu.

Mula-mula tu aku try juga teroka sudut-sudut dan bahagian yang orang tak ramai, ambik gambar tapi pelancong makin ramai sampai aku dah takda privacy lagi. Mahu tak mahu aku pun kenalah 'menjoin' manusia yang ramai tu.

Dalam kesesakan tu, perhatian aku fokus kepada group budak-budak sekolah yang buat lawatan sambil belajar. Aku suka tengok gelagat dorang. Mungkin sebab aku ni kategori orang yg suka budak...

Group sekolah ni adalah dalam 15-20 orang satu group dengan sorang atau 2 orang cikgu pengiring. Mungkin sebab musim bunga, cuaca moderate je, sesuai untuk bawak budak keluar buat aktiviti camni. Masa ke KFV hari tu pun ada group budak sekolah ni, tapi di istana ni lagi ramai.

Seronok aku tengok dorang. Kejap-kejap dorang lepak di satu kawasan, then cikgu dia macam bagi penerangan dan soalan kuiz. Kagum juga aku tengok cikgu-cikgu Korea ni, sabar dan tenang ja melayan anak murid. Takde pun terjerit-jerit atau pasang muka garang.












Cikgu baju kuning ni lawa...sweet...

beratur dulu anak-anak...

sesi berehat


Sebab asyik tengok dorang, dalam 2 jam jugaklah aku di sini...lepas tu aku terus singgah di Insadong sekali lagi. Jalan-jalan, lepak-lepak kejap tengok suasana di situ dan aku lunch di sebuah restoran vegetarian di situ. Sebelum balik, aku sempat singgah beli beg di kedai kecil depan tourist booth tu. 10,000 won satu.
Balik guest house, solat dan keluar lagi ke Namdaemun dan Myeongdong lagi sekali...



Selasa, 3 Jun 2014

Sejenak di Tawau

Aku ada trip kerja ke Tawau dua minggu lalu. Lalu jalan darat ikut jalan Kimanis-Keningau-Kalabakan-Tawau. Ikut jalan ni lebih cepat, dari bandar Keningau ke bandar Tawau cuma ambil masa 4 setengah jam banding ikut jalan KK-Ranau-Telupid-Tawau tu yang kalau ditengok dalam peta umpama pusing separuh negeri Sabah dan ambil masa at least 8 jam.

Nda lama di Tawau, 3 hari 2 malam ja. So, nda sempat pun terjah banyak tempat, mau ke Mabul dan Mataking Island jauh sekali la, lagipun aku nda minat sangat pigi pulau-pulau ni. Aku bukannya diver berenang pun nda pandai. Sekitar bandar Tawau ja la aku pusing.

Di sini aku listkan barang/souvenir yang selalu orang beli kalau turun Tawau, ni untuk rujukan pembaca dari Semenanjung la:

1. Keropok amplang - boleh didapati di Pasar Tanjung
2. Belinjo - sejenis snek, beli di Pasar Tanjung juga
3. Periuk belanga kuali dan segala peralatan dapur made in Indonesia - di Pasar Tanjung juga
4. Baju tidur - pasar gantung, dekat masjid
5. Gajus - ada yg digoreng sedia untuk dimakan, ada yg mentah - yang ni aku sendiri suka beli
6. Kacang bersalut tepung
7. Key chain, fridge magnet - yg ni biasala kan, macam aku beli di pasar gantung ja, boleh tawar menawar dan keluarkan skill berslang Tawau anda....(tapi even aku Sabahan sebab muka memang muka orang sebelah pantai barat, nda boleh tipu juga...)

Bandar Tawau ni banyak hotel. Kalau datang tanpa tempahan pun masih boleh dapat hotel. Hotel yang kira lama dan ada nama ialah Hotel Belmont Marco Polo dan Promenade Hotel. Lain-lain hotel :

1. Hotel MB
2. My Inn
3. Shervinton
4. Istana Monaco
5. Hotel Heritage
6. Hotel King Parks
7. De Choice Inn
8. Hotel Emas
9. Kingston Hotel
10. Hotel Holiday

Banyak lagi hotel murah dan budget, depends la kepada poket masing-masing kan. Hotel-hotel ni semuanya di kawasan bandar, memang senangla untuk keperluan kita, cari tempat makan, jalan-jalan dsb...

Adalah juga aku snap gambar sikit-sikit, masa keluar sekejap-sekejap dapatlah curi gambar tapi kurang mengujakan la gambar2 ni...


1 1/2 jam lagi dari bulatan ni untuk sampai ke bandar Tawau

pasar gantung


hotel MB

Ahad, 1 Jun 2014

Seoul - Spring 2014 - Trip to Panmumjeon

Salam kemanisan untuk semua. Dah lama tak update kisah di Korea ni. Seriously, now i feel like i miss Seoul...
Bila agaknya aku boleh repeat Korea ni? And i love travel solo too....

ok jom, throwback my spring adventure last month...

Hari keempat aku join DMZ day tour. Tak terfikir dan tiada dalam plan sebelum sampai. Nampak brochure di guest house masa check in, tiba-tiba rasa macam best pula, so aku minta tolong staff guest house booking untuk aku. 66,000 won seorang. Pakej ni cuma sediakan transport, guide dan tiket masuk. Makan minum sendiri tanggung. Ikut itinerary dalam pakej trip bermula di Seoul - Imjingak - Dorasan Observatory - Third Tunnel - Seoul. 

Aku tahu ikut tour begini memang akan bercampur dengan tourist lain dari hotel/hostel/guest house lain. So, ikut janji tu, pukul 11 van dorang akan datang ambil aku depan guest house. Tapi, dorang call guest house minta aku bersedia lebih awal, pukul 10.45 ada van akan datang ambil. Berdebar-debar hati aku, memikirkan siapalah rakan-rakan trip aku hari ni. Sudah 3 hari berjalan sendirian, hari ni baru akan ada kawan, ofkos la terfikir-fikir.

Tepat 10.45 van Cosmo Jin Tour Company tu datang ambil aku. Dibawa ke satu hotel 5 star, rasanya di sinilah tempat berkumpul ni. Tukar kepada van lain . Nah, merasalah naik van pelancong, biasanya aku nampak tourist2 datang pi daerah aku ja, kali ni giliran aku jadi tourist. Tour guide datang, dia mintak dipanggil S.P je, orangnya kecil dan nampak baik. Terus aku rasa cam selamat tengok dia.

Datang satu couple. Lepas tu sorang Chinese American yang sangat peramah, immediately aku rasa comfortable dengan dia. Hopefully tudung aku ni nda disalahertikan.Couple tadi Turkish American juga. So, dorang semua ni American citizenla kiranya. I am the only Malaysian.

Sepanjang jalan tu, macam-macamla dorang borak, kebanyakan pasal politik, sejarah dll. Rancak sampaikan S.P bercakap pun nda kena layan. Pity him! Aku malas mo campur tangan. Sekali tu je aku menyampuk pasal Turkish perempuan tu bagi soalan bengong (bagi aku benda tu mudah je, ketara la doctor tu nda baca buku sejarah dunia you!)...dia tanya apa beza Han (refer tu Han river ) dan Ghengis Khan. Wallah, aku terus menjawab...hehehhe dan S.P pun setuju ngan jawapan aku.Lepas tu aku diam balik, layan view lagi bagus.

Entah napa, aku rasa macam best, macam lapang, tenang je keluar dari bandaraya Seoul tu menuju kawasan countryside. Cuba ambil gambar, tapi aku masih belum terer ambil gambar waktu kenderaan tengah bergerak ni. Seriously, South Korea adalah cantik di kawasan luar bandar. Macam yg aku selalu tengok dalam rancangan Korean Cuisine tu.

Destinasi pertama kami ialah Imjingak. Tempat ni persinggahan untuk bertukar transport dan beli tiket masuk ke destinasi berikutnya. Di Imjingak ni, semua orang kena naik bas yang disediakan. Sebab lepas tu tour akan masuk kawasan army camp, so nda boleh sembarangan kenderaan kecuali tourist kena masuk. Diingatkan pasport memang wajib bawa.




sawah padi ni...

bas-bas yg akan kami naiki
tangga dari tempat parking ke area restoran
i was there...Imjingak
Kami ada 40 minit untuk makan, rehat dan jalan-jalan di sekitar tempat ni. Aku memang ready bawak roti bun then aku pegi beli mineral water ngan coffee latte, pastu lepak kat bench sorang-sorang. Sebelum tu misi aku, tengok-tengok kawasan sekitar. Ada hope of bridge ( macam simbolik pengharapan untuk penyatuan Korea la), kepala keretapi lama yang ada kaitan dengan konflik North & South Korea, loceng keamanan dll...



Jambatan harapan...

Kami berpecah. S.P pegi makan tengahari di gerai dekat kawasan letak kereta. Aku dan Mr Stephen masing-masing bawa haluan sendiri. Dua Turkish tu tak sempat S.P explain apa-apa dah cabut entah ke mana.

"Dont worry S.P, I can walk with you." Gigih aku pujuk S.P tau. Sebab dia baik dan sangat concern orangnya. Lepas tu, suka tolong ambilkan gambar aku. So, hari ni adalah juga gambar yg ada muka aku.hehehe..

Tapi aku ada ternampak Mr Stephen sibuk tawar-menawar beli topi beret tentera. Kelakar je pakcik sorang tu. Bila kami bertiga berkumpul balik depan kaunter tiket, kami pakat gelakkan Stephen sebab lepas pakai topi beret tu semangat betul pakcik tu tetiba nak berkawad kaki plak. Dah berapa hari berjalan sorang-sorang, hari ni aku ada chance ketawa, bergurau dengan orang...tetiba rasa macam happy sangat! Dapat pulak guide yang baik dan berkenalan Mr Stephen yg banyak cakap ni, sukaa sangat!




riben/bendera ni semua tanda harapan penyatuan Korea..


ada tulisan aku di situ...cer carik...

Dari Imjingak, kami naik bas ke Dorasan Station. Stesen terakhir sebelum North Korea. Sepatutnya ada keretapi dari sini ke Pyongyang then terus ke Eropah. Tapi North Korea dah reject projek ni, so stesen ni terbengkalai, jadi macam stesen komuter antara Dorasan - Seoul je.

last pic from Imjingak
Sebelum sampai ke Dorasan Station, kena berhenti untuk pemeriksaan. Sedia pasport dan ada tentera yg masuk dalam bas then pastikan semuanya ok...
couple yg pakai beg oren tu la turkish yg aku ceritakan di atas tadi...

Dorasan...


aku sebenarnya nak bergambar dengan salah seorang army kat Dosaran Station ni, sebab mamat tu hensem, tinggi hehehhe...tapi not allowed kata si S.P. "There in observatory, more handsome guy there" jawab di S.P. Uh, tak sporting sungguh. Bukan sebab hensem je, saja nak buat kenangan konon-kononnya tapi dah peraturan camtu terima ajelah...

di luar Dorasan Station
 
Sekejap ja ni Dorasan Station ni, lepas tu terus ke Third Tunnel plak. dalam tunnel tu tak dibenarkan ambik gambar, kamera, beg semua kena simpan dalam locker.

Aku sangkakan ikut tour ni aku akan relaksla dari aktiviti mendaki-daki ni rupanya tidak, kena mendakila juga. Third Tunnel ni ialah terowong ketiga yang cuba dikorek oleh pihak North Korea untuk sampai ke Seoul. Tapi dapat diketahui . penghujung tunnel yang kami lalui tu cuma lebih kurang beberapa puluh meter daripada North Korea, bayangkanlah betapa dekatnya. Mr Stephen sampai sempat lagi tanya adakah kami selamat, manalah tau tetiba ada serang hendap daripada North.

Terowong tu lebih kurang 1.5km pergi balik. Masa pegi memang terasa syiok ja sebab menurun bukit, masa balik punyalah seksa aku rasa nak mendaki terowong tu. Last-last aku biarkan ja S.P ngan Stephen naik dulu, perlahan-lahan aku mendaki ...itupun S.P asyik toleh belakang. Seriously kena ada azam yg kuat juga ikut tour ni. Gila, time tu berbakul-bakul penyesalan aku. Apasallah aku pigi join tour ni, menyeksa diri betullah. Tapi aku nda mau Malaysia malu, aku wakil Malaysia ni di sini, satu-satunya perempuan bertudung dalam trip ni...no, no, no aku mesti boleh punya.

Bila aku sampai di permulaan terowong dan berjaya dengan pendakian aku tu, S.P terus ucap tahniah.

"Congratulations! "
"Yes, i did it!"

Uh, habis basah cardigan aku dengan peluh. Memang banyak kalori terbakar ni... dan satu pengalaman baru yg takkan aku lupa.
satu-satunya gambar yg sempat diambil di 3rd tunnel
Last sekali kami ke Observatory...kat sini aku buat hal la jugak. lepas tengok view border South & North Korea dengan binocular tu, aku beriya konon mau snap view sempadan tu...terus S.P datang. Not allowed to take pictures here again...boleh tapi kena berdiri di belakang garisan kuning di belakanggg...emmm datang sorang askar terus check kamera aku, then delete pic-pic yg sebenarnya blurr dan tak nampak apa tu...emmm, malunya time tu!

Sempat S.P tanya aku nak ambik gambar tak dengan askar tu (yg delete pic aku), kira kategori good looking jugakla mamat tu..emm, aku taknak dah, merajukk sebab pic kena delete. Hahahaha!!!!

end of separation...

Sepanjang jalan aku nampak cherry blossom...tapi, tak sempat snap. Dari Imjingak balik ke Seoul, aku berusaha tidurr...sampaikan S.P panggil aku, aku buat-buat tidur, hehehhe sempat berlakon lagi. Dari Imjingak tu kami singgah kilang amethyst dulu. tourist trap! Mr Stephen siap warning S.P lagi.

S.P dear, we don't want to buy anything ok. Dan kami pakat tinggalkan beg dalam kereta, so aku lenggang kangkung ja masuk factory tu. Serius, memang lawa-lawa barangan amethyst tu, terutamanya cincin. Tergoda juga hati wanita aku ni. Tapi reganya tu mahal ok, tak mampu aku.

Mr Stephen belum apa-apa lagi dah bising-bising, kecoh mintak brochure. S.P biarkan je, sebab dia tahu kami memang takkan beli punya. Tak sampai 20 minit kami di situ, terus keluar.

"Good job" Puji Mr Stephen. Aku sengih-sengih je. Really, you're the best S.P.
"As you wish". Jawab si S.P, kesian dia kena menurut kehendak kami. Harap dia tak kena apa-apa sebab kami tak membeli dan tak tunjuk minat langsung di kilang tu.

Sepatutnya kami semua diturunkan di Itaewon tapi lepas bincang kami turun area terdekat dengan hotel kami. Kecuali turkish berdua tu la, dorang duduk area Gangnam. S.P siap hantar dorang ke subway station lagi. Yang aku, 'dicampak' depan Lotte Deparment Store. Lepas ucap kamsahamnida kat S.P dan dia pun  yakin aku takkan sesat punya , aku berputar-putar dulu di area tu sebelum jalan kaki balik ke guesthouse. Sempatlah solat semua, rehat dsb. Dan malam tu aku merayau di Myeongdong sekali lagi. hampir tiap malam aku jalan-jalan di area tu, tu lah bestnya tinggal di area Myeongdong, aku suka suasananya. Sekarang tengah menaip ni pun dah rindu...oh no, i miss Myeongdong.....