Jumaat, 26 September 2014

Perfume for Birthday...

Every year, as a reward for myself, i'll buy a bottle of  perfume during my birthday...

Tahun ni, this silly tradition that I create myself go on....so, next week...hunting for new perfume...

Gucci Envy Me or Chanel No.5 Eau de Premiere or Gucci Glamourous Gardenia or Jimmy Choo Flash.....nantilah...aku update nanti dan bagi review perfume yg aku dah beli tu...


update ....

dah beli perfume for myself...Dolce n Gabbana The One ...baunya soft, floral tapi tak heavy langsung...macam lingering on skin je. Memang patutlah Scarlett Johansson yg jadi model perfume ni, soft je bau dia. Mula-mula sikit lagi terbeli perfume Gucci Flora Glamourous Gardenia tu (bau dia sweet, fruity dan agak 'kuat' juga, on first spray terus keluar bau semerbak dia) tapi memandangkan The One ni eau de parfum, yg mana biasanya lebih tahan lama especially di dalam office, so pilih The One jugak akhirnya...


Selasa, 9 September 2014

Revisit HK~ Day trip to Shenzen

Assalamualaikum....lamanya aku tak hapdate blog ni (sambil sapu-sapu habuk dan sawang)...

ok, Kisah  4hari 3malam di HK dan Shenzen disambung. 

Hari kedua di HK. Bangun pagi lepas solat subuh, aku study lagi cara-cara untuk ke Shenzen dari Hong Kong ni. Sekali lagi menerjah blog si Bibie (tq for ur awesome entry!)

Lambatla juga kami mulakan hari ni, pukul 7.30pg baru terhegeh-hegeh keluar dari hotel. Naik MTR dari Causeway Bay ke Tsim Tsa Tsui. Then, ke MTR East Tsim Tsa Tsui berjalan kaki, dari situ naik MTR sampai ke hentian terakhir Hung Hom. Dari situ, naik train sampai ke Lo Wu. Di Lo Wu, hati dah berdebar-debar ni, moga dapat apply visa.

Agak bengong juga mencari-cari pejabat imigresen tu, rupanya kena naik escalator (sila rujuk blog Bibie Err - dia siap bagi gambar), tangga escalator tu agak tersorok tapi yg pasti before kaunter-kaunter imigresen ke Shenzen tu. Di situ, korang ambilla form, no giliran dsb. Sediakan duit yuan untuk apply visa tu k. Memang ofis tu ada tourist-tourist, semua pun nak apply visa untuk masuk Shenzen. Di sini cuma boleh apply visa masuk Shenzen je, itupun limited 5hari k. So, kalau nak gi Guangzhou ke, Guilin ke korang kena apply visa dari Malaysia awal-awal. 

Kami cadang nak seharian di Shenzen ni. Lepas dah lepas kaunter imi tu, kami terus keluar dari bangunan Lo Wu border tu, jalan kaki sikit, then terus ke MTR Shenzen plak. Kat sini Octopus Card dah takleh guna, kami beli token, duit yuan. 

Dari MTR Shenzen tu naikla train tu sampai Window of The World punya stesen. Memang banyak exit kat stesen ni, tapi tak lari ke mana, mesti jumpa jugak WOW tu...

Yang penatnya ialah perjalanan dari hotel di Hong Kong Island ke Shenzen ni pun dah memakan masa lebih dua jam! So, masa dalam Window of the World tu memang heret kaki jak. Kami spend masa dalam 3 jam juga dalam tu. Tak cover semua area pun (area US, Australia kami tak sampai pun)...

Kami sempat jugak posing dengan pakaian tradisional Cina. Terpedaya di situ, konon 30yuan jak, rupanya 30yuan tu bayaran untuk pakaian tu je, kena tambah lagi 30 yuan untuk upah ambik gambar dan gambar yg dah siap nanti. Member aku pakai 2 jenis pakaian, aku pakai satu je, baju tu dahla kecik, plus muka aku yang dah hilang mekap, berpeluh-peluh lagi. Langsung tak menarik aku rasa. Emm buang duit jak.

Sebelum balik HK kami sempatla beli buah laici (bulan Jun ni musim buah laici...) sedap, manis. Itu je yang dibeli. Pencemaran dan panasnya Shenzen tu buat aku rasa nak cepat-cepat blah dari situ. Masuk je dalam train balik ke HK, fuh rasa lega. Lewat petang, dah gelap jugaklah baru sampai HK.

Kami turun di Tsim Tsa Tsui dulu sebelum balik ke Causeway Bay. Makan di Chung King Mansion, Restoran Syed Bukhara, orang Malaysia yg punya, sempit dan kecik, tapi yg penting masa tu kami tengah lapar nasi..Lepas makan, balik ke Causeway Bay. Ok, dah malas nak bercerita ni...jom layan gambar. Gambar plak bercerita.

menuju ke Shenzen...hati berdebar-debar time ni...takut tak dapat apply visa

belakang tu bangunan imigresen Lowu...train dari HK berakhir di situ

tiang membulat tu tempat beli token metro

tiket masuk Window of the World

Kami pegi time summer, memang panas, terkorban jugaklah duit beli topi dan sunglasses kat luar gerbang masuk tu. 
dari gerbang utama, terus nmpk replica paling femes - Eiffel Tower

yang ni ala-ala kat Rome ---agaknya ...
yang ni aku lupa bangunan apa...