Selasa, 5 Ogos 2014

Revisit HK ~ June 2014 (Day 1)

Salam kemerdekaan buat pembaca  rakyat Malaysia, bagi yg bukan rakyat Malaysia, salam perkenalan......

Dah masuk bulan Ogos ni, kalau diikutkan rasa malas dan asyik no mood ni alamatnya teda la entri kisah trip kali kedua ke HK ni. Memang nda dijangka trip berdua dengan kawan rapat aku ni, sebab niat asal aku ialah join 2-3 orang member yang nak ke Vietnam, tujuannya apa lagi kalau bukan shopping. Alkesahnya, penghujung April tu kebetulan ada tiket yang boleh dikira murah la konon RM400++ return KK-HK, including segala macam benda, luggage 20kg masa balik dan makan 2 kali, beli seat lagi, dah kira murah la kan...

So, cancel la trip nyopping ke HCMC tu...lagipun, ntahla kalau setakat shopping jak boring juga bagi aku. Orang-orang ofis semua nda tau kesah perjalanan aku ni, Sekali aku post di FB, gambar masa di airport HK, time mau balik, baru ada yg perasan...heheheh...

Awal pagi lagi flight kami dari KK. Unlike trip lepas yg mana cuma kami ber4 yang bertudung, kali ni ada 2 group lain bertudung. Dorang semua group family. Sampai airport HK, sempat bertegur sapa, dan rupanya kami sama-sama akan stay di area Causeway Bay. 

Lama juga kami di airport, posing-posing selfie segala. Beli Octupos Card dulu. Member aku buat laporan lagi sama encik hubbynya, kebetulan wifi airport laju, senang-senang berwhatsApp. Lepas tu naik bas A11 ke Causeway Bay. Trip pertama dulu kami stay di area Tsim Tsa Tsui, naik bas A21. Kali ni sengaja aku pilih area Causeway Bay, tukar angin.

Kami turun selepas 12 stop, then berjalan kaki ( kebingungan dan kesesatan mencari hotel) dalam 15 minit, lepas tanya orang  baru jumpa jalan ke Charterhouse Causeway Bay Hotel....... . Tembirang kan, nda mau tinggal di guest house, padahal di Tsim Tsa Tsui banyak ja guest house. Hehehhe saja ja , kali ni mau merasa tinggal di hotel HK...

bilik kami..kecik ja, tapi selesa la banding guest house...hehhehe

view dari bilik kami...

Alhamdulillah, check in pantas dan mudah. Lepas check in, kami berehat dan solat dulu...lepas solat terus ke Islamic Centre Canteen kat belakang hotel ni jak. Ini salah satu sebab aku pilih hotel ni, dekat masjid dan senang cari makanan halal. Pasal berjalan kaki jauh aku tak kesah, suka lagi ada, ni lah peluang untuk slimkan sikit paha dan betis kan...

Selesai makan isi perut semua, terus ke attractions yang pertama The Peak. Aku dah pernah ke The Peak ni trip pertama dulu, kali ni pegi lagi bawa member aku yang first time sampai Hong Kong ni. Haruslah kan jejak kaki ke The Peak, so aku pun nda kesahh, lagipun pegi first time dulu cuaca nda berapa okay, berkabus memanjanng...so kali ni, summer, haruslah langit biru cuaca cerah kan..
on the way ke stesen tram

melintas jalan lagi

teruskan berjalan

lorong ni otw the The Peak

tadaaa....sampai suda...

stesen tram The Peak

Trip yg lalu, dari Tsim Tsa Tsui kami naik feri then naik bas 15C ke stesen tram The Peak. Kali ni dari Causeway Bay, kami naik MTR ke stesen Central. Dari Central kami berjalan kaki jak ke stesen tram The Peak..dekat sebenarnya, dalam 12 minit berjalan santai-santai..beli tiket return, pastu tunggu giliran naik. Hari tu nda dapat posing-posing dalam tram, kali ni pun sama juga. Kuchiwa lagi...! Terpaksala redha ja sebab orangnya berasak-asak macam sardin dalam tram tu.

Sampai ja di atas, aku terus suruh member aku beli ja souvenir di The Peak Market tu, key chain dan fridge magnet di sini lebih cantik, nampak baru, lagipun nda payah tawar-menawar. Aku cuma beli dua keychain jak, memandangkan key chain dan FM semuanya masih sama macam 2 tahun lepas. Teringat mo bagi c Ain key chain yang ada perkataan Hong Kong ja, so beli la jugak.
tiket tram

shopping time

The Peak Market....
Tiadala aktiviti sangat kecuali posing sana sini dengan member aku, lepak-lepak bersantai, dah namanya bercuti kan...haruslah relaks dan santai... dan kami jumpa path di area belakang sikit, tempat orang HK joging-joging kot, area ni agak tersorok sikit dari tourists spot. 




aku tengah nak posing-posing budak2 ni sebokk nak join sekali...nak masuk dlm tram tu jugak...aku layankan je la...



ni dia area tersorok tu...
ni view dari area tersorok tu...

 Dalam pukul 6.30 petang camtu, kami ke Tsim Tsa Tsui plak, target sampai sebelum 7.30 malam, mo tengok Symphony of Light di area promenade tu. Sampai di Tsim Tsa Tsui, memang kami terus ke area promenade tu, kesian member aku nda sempat singgah-singgah jenguk kedai. Hehehe...sebab aku dengan tegasnya mo sampai di area tu sebelum 7.30 malam. Seriously, nda la hebat sangat, cuma view malam sangat cantik di situ..untuk pertama kali aku rasa aku dapat snap gambar-gambar yg agak lawa, selalunya asyik failed jak..



1881 Heritage ....view malam plak...hari tu kali pertama pegi, pandangan waktu siang dengan hiasan Krismas









Dari Tsim Tsa Tsui kami terus balik ke Causeway Bay. Lepas mandi, solat masing-masing tertidur nyenyak sangat....Esok day trip ke Shenzen plak...ni cuma berpandukan blog si Bibie jak ni, harap-harap dapatlah apply visa on arrival tu....