Isnin, 12 Januari 2015

Jalan-jalan Hujung Minggu : Signal Hill, KK


Salam manis to all readers...

Belum habis lagi kisah di Sydney, iklan jap, selitkan cerita jalan-jalan Sabtu lepas. Jalan-jalan sekitar KK je.

Signal Hill ni terletak di bandar Kota Kinabalu. Tiada public transport (bas )untuk ke sini kecuali korang mintak teksi hantar dan bawa korang pusing-pusing. Bagi yg ada kereta sendiri, sila masuk ke area Padang Merdeka ( dekat Dreamtel Hotel )... Naik bukit tu, nanti korang akan jumpa dua simpang satu ke kanan menghala ke Istana Negeri, yang ke kiri menghala ke Signal Hill. Ambil simpang ke kiri. Terus mendaki, then dalam 10 minit akan sampai ke menara peninjau Signal Hill. Boleh nampak view bandar Kota Kinabalu.
sila ambil arah ikut Perodua kembara tu...kiri

signboard yg dah patah ni petunjuk yg pertama

sila masuk sebelah kiri ...yg kanan ke jalan Asrama

tower ni akan kelihatan di sebelah kiri anda...
inilah tempatnya...tempat letak kereta adalah limited...

Ada cafe...

banner cafe


laluan untuk pejalan kaki ke Signal Hill Trail

untuk yang nak menikmati udara segar di tengah kota
sila sediakan duit syiling ...

boleh lepak-lepak bersama si dia di sini


Pulau Gaya nun di sana...

Habiba Suites ni dalam 3 minit dari area Observatory tower tadi...

Disyorkan pegi ke sini waktu senja, tengok sunset. Kalau pegi awal pagi waktu cuaca cerah pun okay sebenarnya.

Cafe tu tak pasti pulak harga dan rasa makanannya. Disyorkan untuk minum-minum je la sambil tengok view KK. 

Tempat ni tak crowded dan sesuai untuk relaks, ambik gambar gitu. Kalau datang ke KK, bolehlah korang masukkan dalam itinerary korang. Tak jauh pun dari pusat bandar, tak sampai pun 10 minit.

Khamis, 8 Januari 2015

Hello Sydney... Part 4 ( Canberra & Darling Harbour)

Sambung balik kisah di Sydney.

Adoi malasnya! Tapi masuk minggu kedua Januari ni belum dikira sibuk gegila lagi, so bolehlah nak menghapdate blog ni.
Tahun ni aku berazam nak menambah jumlah entri tu jadik sekurang-kurangnya 150 entri. Haa...ambik kau, kenala rajin menaip tu...

Ok...untuk hari ketiga di bumi Sydney ni, aku dah booked day tour dengan koalabelang (sila carik page diorang kat FB okey...a malay couple live in Sydney). Boleh je round-round sekitar Sydney lagi tapi kan aku nak jugak ke bandar lain. So, bandar yg terdekat dengan Sydney ialah Canberra (3 jam journey kira dekat ke tu...huhu), kalau nak ke Gold Coast, Melbourne atau Adelaide kena naik flight la pulak kan, so pegi la Canberra je...

Trip bermula pukul 7.30pagi. Adik yg drive (tak sampai hati nak panggil dia driver la...let call her 'adik' je) ni bagitau la jugak info serba sedikit. Perjalanan dari bandar Sydney ke bandar Canberra ni makan masa 3 jam. Canberra atau dikenali juga sebagai Australia Capital Territory (AUT) ni kira  bandar yg baru lagi compare to Sydney, Melbourne, Perth. Bandarnya terancang. Lebih kurang macam Putrajaya. Pusat pentadbiran. So, may be taklah sehappening bandar-bandar lain. Kitaorang pun tak kisah sangat janji dapat berjalan.


Dari Sydney ke Canberra kami ada singgah satu kawasan RnR. RnR di sini cuma ada tempat letak kereta dan tandas je, lain takde. Warung kopi atau jual-jualan memang takde. Kawasan tu berlatarkan Lake George di belakangnya. Lake George ni nama je tasik tapi airnya dah kering. Ia cuma akan berair kalau turun hujan yg sangatt lebat. Walaupun dah kering tapi view  lawa. Sangat cantik. Dah la tu cuaca dan suhu waktu ni memang nyaman, just nice untuk jalan-jalan. Sejuk tapi masih boleh tahan. 

salah satu R n R...kawasan parking semata-mata


belakang tu ialah Lake George..yg dah kering


lembu-lembu berserakan...eh, salah ...berkeliaran...

View on the way ke Canberra memang lawa. Ladang-ladang, bukit bukau, hutan, lembu-lembu.  Seronok rasanya dapat tengok view macam ni. Lupa sekejap soal kerja, kehidupan yg penuh stress di tanahair tu. Lepas 3 jam akhirnya dah masuk kawasan Canberra. Terus dibawa ke Mount Kajura. Di sini ada view point untuk melihat keseluruhan bandar Canberra. Tenang je nampak bandar ni.  ala-ala Putrajaya. Kalaulah ditakdirkan dihantar bertugas ke bandar yang senyap macam ni memang aku sudi.



view keseluruhan bandar dari Mount Kajura



 Dah puas tengok view bandar Canberra dari atas bukit tu, kami singgah ke Australian Memorial War Hall pulak. Kalau aku ok je masuk muzium macam ni, tapi kan member-member aku ni takmo..so takde la masuk dalam tu. Cuma posing-posing di luar je. 

Kat Canberra ni mula-mula rasa macam tak ramai foreigner tapi sekali masuk satu mall tu, alahai ramai jugak. Kami makan di restoran Papa Rich di sini. Penuh je restoran ni. Mat salleh, Asian semua ada. Lepas makan singgah pulak di masjid. Lupa nama masjid ni tapi inilah satu-satunya masjid di sini. Masjid di berada di kawasan kedutaan-kedutaan, dan dekat sangat dengan kedutaan Malaysia.Gambar masjid ni pun lupa nak ambil. Dah kelam kabut, sebab dalam masjid tu takde pembahagi antara ruang solat wanita dengan lelaki. So aku tunggu dulu dua orang lelaki tu selesai solat. Dah selesai dorang solat, baru aku gi ambik wudhuk dan solat. Adik guide pulak nak cepat, so kelam kelibut sikit, nak suruh dia patah balik semata-mata nak snap gambar masjid rasa bersalah pulak. Dahla nak balik Sydney perjalanan makan masa 3 jam kan. Lagipun kitaorang nak ke Darling Harbour pulak malam karang.

Sebelum balik tu sempat lagi singgah satu tasik. Lepas tu terus balik ke Sydney.

tak tau apa binaan  ni...tapi pada mata aku menarik ..

Sampai Sydney, kami terus balik hostel dulu. Roommate kami Norwegian tu dah ada kat katil. Lepas solat, kami keluar lagi. Kali ni nak berjalan kaki ke Darling Harbour pulak.Sebelum sempat singgah 7-11 dulu. Tanya dengan mamat Pakistan tu jauh ke nak ke Darling Harbour dan selamat kitaorang bertiga perempuan nak jalan-jalan malam ke situ. Selamba je dia jawab, 'This is not Pakistan, you are safe here, you can go anywhere'...begitu ??? 

Dari hostel kami, Nomad Westend Bacpackers ke area Darling Harbour ni kira-kira 15 minit jugaklah berjalan kaki. Berpandukan map, memang akan dapat jumpa jugak. Tak tahulah kalau ada bas ke sana, malam-malam macam ni aku lebih suka berjalan kaki, at least ada jugak kedai atau building boleh jadi petunjuk arah. Tak lama kami di Darling Harbour, dalam 20 minit, ambik gambar lepas tu menyusur balik ke Pitt Street.
bangunan ni berdepan Queen Victoria Building..on the way ke Darling Harbour

akhirnya sampai area Darling Harbour

meriah

best je lepak-lepak kat sini... ni

pemandangan dalam bangunan Queen Victoria



On the way balik tu kami masuk dalam bangunan Queen Victoria tu jugak. Dapatlah ambik gambar sedikit. Hari ketiga ni, badan tak terasa seletih semalam. Yelah, ada orang bawak kan...Cuma masa kat Canberra kami tak jumpa souvenir biasa macam fridge magnet atau key chain. Sedikit kecewa di situ....

Apapun best jugak dapat keluar dari bandar Sydney ni. View on the way tu lebih mengujakan banding bandar Canberra itu sendiri.


Selasa, 6 Januari 2015

Impian di tahun 2015...

Salam manis semuanya.

Tak bercadang sangat nak menulis tentang 2014 lagi. Banyak yang tak tertunai tapi ada jugaklah yang tertunai. Tapi nak menulis la jugak serba sedikit tentang 2014 yang dah berlalu tu.

Travel : Syukur kepada Tuhan diberi peluang dan rezeki untuk travel ke luar negara 3 kali ( 3 kali je....huhu bolehla kan)

Seoul - April 2014 ( solo )
Hong Kong - Jun 2014
Sydney - November 2014

Dalam negara tak travel sangat. Travel dalam negeri tak diambil kira ok. Hehehe.

Perfume : Botol perfume kosong semakin banyak. Konon nak buat collection, last-last separuh daripadanya kena buang jugak. Most of perfume takde dalam wishlist awal 2014 dulu. Ni antara yang paling aku suka dan aku share review ringkas

Taylor Swift Enchanted : Sebab suka sangat bau dia yg manis, gourmand gitu, sekarang dah masuk botol kedua. Kiranya dah jadi signature aku la... reccomended utk yg ada girlfriend. Bau manis, tahan lama lagi, botol pun cute.

Dolce & Gabbana The One : Bau floral oriental tapi soft je baunya. Pakai pegi office atau majlis yg formal je.

Tresor Midnight Rose : Bau buah-buah...macam bau beri-beri gitu. Agak tahan lama jugak. Botol purple yg elegan. Nak bagi hadiah kat bini memang ngammm sangat.

Buku : Semua buku tak sempat dibaca sampai habis, maksudnya dari kulit ke kulit. Beli 5 buku tapi semua tak abis baca.

So untuk 2015, apa, ke mana dan bagaimana?

Travel : Tak tau la boleh travel ke luar negara sama macam tahun lepas atau tak. Plan belum ada sangat. Cuma adalah beberapa destinasi ni jadi angan-angan 

Seoul & Jeju : Nak pegi musim luruh...autumn in my heart trip giteww...End of October maybe. Tiket memang belum beli lagi. Start bulan ni nak kumpul duit untuk trip ni. Hopefully menjadik!

Xi'an : Tak pasti bila. Mengharap offer Air Asia untuk route KL-Xi'an. Nak pegi kejap je dalam 5 hari gitu. Rasa macam tak berkemungkinan.

Brunei : Jiran terdekat ...hopefully dapat buat road trip ke sini. Mungkin konvoi ngan kawan-kawan  seofis.

Perth : Belum puas meneroka negara Kanggaroo...lagipun ada direct flight KK-Perth. Kalau ada offer MAS, terasa nak rembat je

Hanoi : Teringin nak tengok Halong Bay yg femes tu. Tentunya teringin nak ke Sapa jugak...

Buku : Cuma nak tambah koleksi buku masakan ( baru ada satu buku ) especially buku masakan Barat dan pastri, sambil tu nak habiskan baca buku-buku tahun lepas.

Perfume :  Cukuplah dua botol 100ml ( mesti cukup untuk setahun ) Gucci & Prada on the list...

Last but not least....fav moment /pic 2014

Korean Folk Village ... akhirnya aku jejak kaki di sini selepas silap perhentian bas...

Naik cable car di Ngong Ping , HK

The University of Sydney....buat aku rasa nak study lagi...

Semoga 2015 membawa kemakmuran untuk Malaysia...kedamaian untuk kita semua...kegembiraan untuk semua.

Isnin, 5 Januari 2015

Hello Sydney...Part 3 ( Sydney Opera House, The Rocks, Royal Botanic Garden )

Hari kedua kami di Sydney.


Bangun lewat sedikit. Aku dan kak Z terkandas nda solat Subuh. Pukul 7.00 pagi baru terbangun, Ni gara-gara terlampau penatla ni. Betul-betul tidur sampai nda ingat dengar bunyi alarm.Matahari sudah naik. Aduhai…hari ni plan ikut asal, jalan-jalan sekitar bandaraya Sydney saja. Tempat utama ialah di kawasan Opera House, Sydney harbour Bridge dan Royal Botanical Garden. Sebelum bertolak, niat tu mau naik bas no. 555 ke arah Circular Quay ja, Alhamdulillah roommate kami bagitau dekat saja, cuma jalan kaki dalam 20 minit sudah sampai.

Sebelum ke sana, singgah di kedai 7-11 di bawah hostel, pekena secawan kopi. Member yg sorang pilih minuman coklat. Kami berjalan santai je. Dalam perjalanan, sekali dua aku buka map, rujuk nama jalan dan arah perlu kami ikuti. Berdekatan Martin Place, seorang mat salleh tegur kami, sebab waktu tu aku tengah sibuk study map. Dia tolong tunjukkan arah ke Opera House. Syukurla, ada juga insan baik di bumi Australia ni.
Martin Place

bunga-bungaan di Martin Place

Di area Martin Place yg nampak menarik dengan bangunan lama kami posing-posing. Teruskan menapak lagi. Sampai juga akhirnya di depan Circular Quay. Ambil masa lepak dan bergambar. Cuaca sedikit mendung pagi ni tapi tiada tanda hujan. Belum pandai meneka cuaca di sini.
bas tour ....


area depan Circular Quay

bunga-bungaan...masih musim bunga kan...


The Rocks

The Rocks lagi...

Bendera Australia berkibar megah




Kami berjalan di sepanjang Circular Quay hingga ke The Rocks. Ambil gambar dengan ‘Kapten Cook’. Mat salleh ni boleh cakap melayu. Rupanya dia pernah bekerja di Seremban tapi sudah lama dulu tahun 1980-an. “I love your country” katanya. Emm, do you still love our country if u come to Malaysia nowadays?” I am not very sure. Ada orang-orang aborigin bermain alat muzik dorang, semacam minta sedekah. Layan sekejap tapi nda bagi derma pun. Rasa cam kedekut tau.
Kapten Cook yg pandai cakap Melayu..

Cantik sungguh area The Rocks. Berjalan kaki dari situ patah balik ke Circular Quay dan ke Sydney   Opera House pulak. Ikon bandaraya Sydney. Bangunan kebanggaan Australia pastinya. Lepak-lepak di tangga Opera House memerhati gelagat si burung camar. Nakal betul burung ni. Rupa jak comel tapi ganas tau.  Yeah, kami lepak di Opera House. Feel proud and thankful. Syukur kepada Allah SWT memberi peluang dan rezeki untuk kami bertiga, sampai juga kami di sini.
peminta sedekah ni....

Sambil tu kami makan bekal roti, buah ceri dan pisang yg kami bawa. Bolehla alas perut. Bosan di situ, aku ajak member ke Mrs Macquire Chair pula. Dari blog si supermeng aku tahu tempat ni adalah tempat terbaik untuk tengok view Opera House dan Harbour Bridge. Kami berjalan santai-santai ja ke sana. Nampak macam jauh, ya memang jauh pun, tapi tak apa sebab view dan cuaca sangat best. On the way ke sana kami singgah sana sini di area Royal Botanical Garden tu. Macam-macam aksi kami posing. Member yg sorang ni ada-ada saja ideanya. Gambar sambil baringla, tiarap la. Gasak ja. Kita tengah melancong ni, lantaklah kan. At this time, my Nikon dah start exhaust bateri dia. Uwaa…no more pretty shot la ni.

tuan tanah posing2 jugak tau...

langit mendung kelabu... tak lawa sangat kan...huhu

Royal Botanic Garden ni di tengah kota Sydney...

Akhirnya sampai di area Mrs Macquire Chair. Seriously, the view is superb, awesome… mengikut sejarah, dahulu isteri Gabenor New South Wales iaitu si Mrs Macquire tu gemar lepak-lepak di sini memerhati ke arah pelabuhan Sydney…kalau-kalau ada kapal dari England sampai. Mesti dia rindu sangat dengan England kan…yelah, Australia ni jauhhhh sangat dari England.  Tak sempat meneroka ke arah lebih jauh dari itu sebab kak Z ke tandas dan kami perlu susul dia.
view memang awesome dari spot ni...

'chair' tu sebenarnya batu ...

Tadi kami ikut laluan tepi laut, sekarang nak balik ke arah Pitt Street tu kami pilih laluan dalam kawasan Royal Botanical Garden sebelah dalam. So, di sini kami banyak main-main je. Dua orang member aku ni sibuk buat aksi lompat bintang. Aku perhati je la. Di Osaka hari tu aku buat tak menjadi, so aku kurang confident ada kejayaan di bumi Sydney ni.


kami keluar ikut gate ni...

Dalam Royal Botanical garden ni ada banyak jenis taman. Taman ros, taman tropika, taman ala-ala Jepun dll. Seronok juga. KK patut ada garden sebesar ni. tapi, kalau ada karang jadi crime scene location  pulak. Adalah yg mati kena bunuh, ada yg kena ragut dalam taman tu nanti. Di sini lain. Rasa selamat gitu.
New South Wales library

Berpandukan map, aku ajak member berjalan kaki ke arah New South Wales Public Library. Lepas tu ada bangunan hospital …di depan bangunan tu, kami menyeberang jalan ke arah Martin Place. Dan terus berjalan kaki ke arah Pitts Street. Berhenti sekejap nampak seniman jalanan. Dia homeless, sejak dia cacat kaki, dia susah dapat kerja, so dia start melukis guna pen saja. Banyakla hasil seni dia pamer. Dengan dia ni aku rasa kesian dan dalam masa yg sama kagum dengan bakat dia. So, aku menderma sedikit. Member-member pun sama menderma. Sepanjang jalan dorang ni dah mula busy buat deko Krismas. Ada pokok krismas besar dibuat dari lego. Menarik.
dia homeless tapi banyak hasil karya dia tu...talented jugak tauu...

pokok krismas drp lego

Hari belum gelap lagi, Cuma kami balik hostel utk solat dan rehat. Lepas solat dan rehat sekejap kami keluar lagi. Cari makan. Terjumpa satu kafe kebab kecil berdekatan World Square tu. Gara-gara terlampau lapar, masing-masing order satu set sorang, no sharing-sharing. Pizza pun sorang beli sepotong. Sepotong pizza tu besar tau, dah mengenyangkan…akhirnya sampai hostel makanan kami dah layak buat satu pantry dalam bilik tu.
pizza ni so-so je rasanya...tak abis pun

seafood platter - berjemaah kami menghabiskan itupun tak abis-abis
kebab ayam -sedap...yg ni licin...

Sebelum naik hostel kami singgah 7-11, mau pekena secawan teh @ kopi lagi. Kali ni aku dan member sorang tu mau cuba hot chocolate pula, pagi tadi kami dah cuba coffee latte. Yang sorang lagi nak minum teh O jak. Ada kisah di sini, masa member tengah nak bayar tu, cashier yg merupakan seorang Pakistani (ofkos la Muslim kan) marah-marah dia. Mula-mula tak faham why mamat ni bengang semacam ni. Rupanya dia nak explain yg minuman hot chocolate tu tak halal, ada bahan yg tak halal dalam tu, so sebab dia marahkan kami sebab kami tak tanya dia dan tak kaji. Aduhai, disebabkan kami tak jadik minum, dia minta bayaran AUD1 je untuk dua hot chocolate tu. Lepas tu satu-satu muffin, kek di 7-11 tu kami tanya halal ke tak halal. Thanks to mamat Pakistan ni kerana menjalankan kewajipan dia, mengingatkan sesama Muslim.


End of the story untuk hari kedua kami. Round Sydney sehari memang tak cukup, seharian cuma jelajah area Circular Quay, The Rocks, Royal Botanic Garden je...

p/s amacam...ada rasa teruja tak nak ke Sydney lepas tengok gambar2 ala-ala mendung kelabu tu...hiks