Jumaat, 12 Februari 2016

Tawakkal

Assalamualaikum warahmatullah  wabarakatuh...

Gambar diambil di Royal Botanic Garden, Sydney, AUSTRALIA - Disember 2014   

Salam Jumaat....Semoga kita semua meletakkan tawakkal dan harapan kita kepada Allah swt. Mengadulah kepada Allah swt apa jua sama ada duka mahupun suka. Mengadu kepada manusia, lama kelamaan manusia tempat kita mengadu mungkin menjadi bosan, tetapi Allah swt takkan bosan mendengar doa, harapan luahan hati hamba-Nya. Mengadu kepada manusia, kita tidak pasti sama ada rakan/kenalan kita itu mampu menyimpan rahsia, tidak menyebar atau memutar cerita sebenar tetapi mengadu kepada Allah, memberi ketenangan kerana sesungguhnya Allah swt mengetahui apa yang tersurat mahupun yang tersirat di hati hamba-hambaNya.

Pernah tak kita bercerita kepada seseorang yang kita percayai, lalu tidak lama kemudian cerita kita itu terus menjadi 'viral' kepada rakan/kenalan lain. Seandainya cerita kita itu kita tidak bermaksud untuk dikongsi sebegitu, pasti sedikit sebanyak timbul rasa kecewa terhadap rakan tadi. Kadangkala kes adu-mengadu, luah meluah ini boleh buat sepanjang hari kita jadi stress...

Nak tenangkan hati, kepada Allah pilihan terbaik untuk kita berserah, letak harapan....

Salam Jumaat sekali lagi. Kepada yang baru pulang dari kampung kerana bercuti Cuti Tahun Baru Cina, jangan stress memikirkan kerja di pejabat....tenang dan hadapilah hari-hari anda seperti biasa...