Selasa, 14 Julai 2015

Trip Shopping@Saigon ...part 3

Assalamualaikum, salam Ramadhan, salam sejahtera...sambung lagi cerita trip singkat di HCMC ni.

Day 3 & Last Day

Lewat sikit kami keluar. Kami ada tanya staf hotel mana lagi tempat shopping yang murah ni. Cadangan yang diberi ialah Bin Tay Market di area China Town atau District 5. Kalau pegi ke situ sama ada naik bas atau naik teksi. Staf ni syorkan kami naik bas, pegi ke area bulatan tu, naik bas nombor berapa ntah dah lupa, naik bas lagi murah dan mudah sebab China Town tu hentian terakhir bas.
topi-topi...

kain untuk dibuat jubah

gerai ni berdekatan tangga

kain cotton bersusun-susun...rambang mata

berkenan kain yang ni
Kami macam kurang konfiden. Kami minta dicarikan guide. Tapi sudahnya bukannya guide, staf hotel tolong panggilkan teksi Vinasun jak. Tambang guna meter 129,000VND dari hotel ke Bin Tay Market. Lebih kurang 15-20 minit.

Sampai jak di Binh Tay Market terus pusing-pusing sampai area jual topi-topian, periuk belanga dsb. Kat market ni, bagi aku peniaga dia kurang agresif, kurang mendesak. Kuranglah jugak rasa rimas. Cuma pasar ni kurang selesa dari segi susunan gerai-gerai tu, sesak dan sempit, dan bangunan pun dah tua so, macam tak selesa sangat. Tapi beli kain cotton di sini murah banding beli kat Ben Tanh. Macam semalam kami beli sepasang kain cotton 4mtr di Ben Tanh RM27, di sini baru RM24. Member-member yang beli silk vietnam pun rasa kain tu lagi murah kat sini. So, tempat ni kira sesuai untuk beli kain, nak tempah buat baju kurung terus pun macam lagi murah.

Aku dan Kak Z boring sikit sebab kitaorang berdua just beli kain cotton, so sambil menunggu  member dua beradik tu, kami explore tingkat atas. Banyak kemeja, baju budak, selimut, cadar segala macamlah kat atas tu, tiada yang menarik, kami beli stokin jak seikat 10 pasang 90,000 VND.

Kebetulan waktu tu hujan lebat, keadaan pasar tambah sesak dan hangat. Siap jak urusan tempah menempah baju member tu, kami terus cari teksi balik ke hotel. Tambang guna meter, sama jak 129,000 VND.
 
Lepas cukup rehat, solat semua, kami ke area Taka Plaza lagi. Lunch dulu. Macam semalam, Restoran Green House. Kali ni kena 184,000VND. Bahagi empat orang. Sama-sama licinkan pinggan mangkuk sama-samalah membayar kan.
ayam masak cili kering + serai....sedap !

Masuk ke Taka Plaza pulak. Taka Plaza ni banyak blaus jugaklah. Kebanyakannya saiz untuk orang yang petite jak. Sekali lagi aku dan Kak Z keboringan. Kami berdua ni tiada niat membeli blaus ni, so layan jak la dua orang member tu shopping dress dan blaus.
dalam Taka Plaza

Ngam-ngam depan Saigon Square ada orang jual macam taco. Ni versi Vietnam. Dua orang member tu non Muslim, aku pujuklah dorang beli, nak tahu rasa. Tengok orang sampai beratur nak membeli, mesti best kot. Member kami ni walaupun non Muslim tapi sejak kecil sekeluarga tak makan pork so, dorang pun agak was-was takut ada daging tu. Tapi tak, dalam taco tu dia cuma letak sayur-sayur yang dihiris halus dan pecahkan dua biji telur burung puyuh dalam tu.Member cakap rasa paste dia kuat. Shrimp paste...review member 50-50 jak.
Telur burung puyuh dipecahkan atas taco tu pastu ditabur dgn hirisan sayur

Dalam Saigon Square ni memang selesa shopping. Baju-bajan la yang banyak. Shoppinglah jugak sikit. Lama jugaklah melekat di sini. Dah senja baru ke area Ben Tanh pulak. Dinner dulu di Restoran Haji Osman. Best jugak makanan kat sini cuma service jak slow. Kebetulan yang aku order, mee goreng seafood tu memang sedap. Member dua beradik order kari ikan siakap dan bendi tumis pun ok jugak. Cuma kak Z yang order nasi paprik macam kurang sikit, itupun licin gak. Lapar, penat lagi kan...telan jak la. 
malam di Ho Chi Minh

paper craft...harga ikut saiz
mee goreng seafood

kari ikan + bendi tumis

Last night shopping di lorong Malaysian Street, best sebab jumpa tudung, seluar, t-shirt murah. T-shirt kain jersey RM10, beli ngan akak yang jual longgok camtu jak. Sebelum tu, kak Z beli 3 helai jersey di Saigon Square, sehelai dalam RM23. Sakit hati jak kak Z, baju-baju tu untuk bagi kat anak saudara jak pun. Memang ada beza sikit tapi kain yang RM10 ni memang not bad pun. 

Lepas dinner sambung window shopping lagi. Kedai kasutlah pulak. 
kedai kasut tempat kak Z borong kasut

suka tengok cara dorang susun dan display kasut

Dah dapat semua yang dihajat, balik hotel. Packing la pulak. Esok check out pukul 9.30 pagi. Flight tengahari, sengaja ke airport awal.

Last Day:

Check out pukul 9.30 pagi. Hotel sediakan kupon free untuk teksi ke airport. Ni semua sebab nak cover kesilapan masa check-in hari tu. On the way sempat lagi terpanik kejap. Member sorang baru tersedar, baju yang ditempah belum dihantar. Mujurlah tailor tu sendiri sanggup datang ke airport hantar baju tu. Lega....

minum air kelapa sementara menunggu drop luggage counter buka

orkid-orkid di airport Saigon....
Flight delay 1 jam. Sampai K.L dengan selamat. Smooth jak penerbangan, syukur. Sempat lagi lepak-lepak makan dan minum sebelum fly balik KK pulak.

masing-masing borong roti bawa balik KK

rembatan terakhir...perfume for Raya...
Overall, trip sangat best sebab, pertama aku dah lama tak travel (baru 6 bulan pun bertapa), kedua travelmates best, sporting takde moody-moody...seriously, nda suka travelmate yang moody, cerewet dan banyak komplen...hehehe

Lepas ni entah bila travel lagi. Belum ada beli apa-apa tiket walaupun Airasia dan MAS ada buat offer. Dengan travelmates kali ni ada jugak merancang, kononnya nak ke Hanoi tapi itupun belum pasti...Harap-harap dapatlah berjalan lagi. Boringnya hidup kalau tak ke mana-mana. Hehehe.

Salam Akhir Ramadan...semoga dipertemukan dengan Ramadan yang seterusnya...