Jumaat, 12 Januari 2018

Umrah 2017

 The best places in the world : Mekah (Masjidil Haram) dan Madinah (Masjid Nabawi)

Pernahkah kita rindukan satu-satu places yang kita dah pergi hingga mengalirkan airmata, macam kalau boleh kita nak berada di situ at the moment? Ada...itulah dua tempat tu.


Sebelum ini umrah bukanlah berada dalam wishlist nombor 1 aku. Hasrat ada tapi tak kuat. Kejap-kejap ada, more to suam-suam kuku. Tapi sejak 2016 memang niat tu perlahan-lahan jadi kuat. Sepanjang bulan haji 2016 tu aku terbuka hati nak buat umrah ni. Betullah kata orang, ke Tanah Suci ni adalah atas undangan Allah swt juga. Walau tak berduit tapi kalau niat dan azam tu ada dan kita rajin berdoa, keinginan nak ke sana besar, in sha Allah ada jak cara pemilik Baitullah tu mengundang kita.

Walau selalu berdoa dan berharap dapat ke sana, tapi aku taklah mengharap sangat untuk tertunai impian tu. Nak umrah ni perlukan muhrim. Tak boleh sesuka hati nak berback packer ke sana. Oktober 2016 aku pun dah beli tiket ke Seoul. Tiba-tiba pula November 2016 abang aku hubungi aku dan bertanya samada aku nak join dia and wife ke Tanah Suci. Terus je aku setuju. Tiada berfikir dua tiga kali. Bukan senang dapat peluang ni, sebabnya kalau tempat lain boleh lagi diterjah sdn bhd, nak umrah kena ada muhrim selagi belum mencapai usia 47tahun.

Umrah kami ni DIY, tiada ikut sebarang pakej/agent. Cuma urus visa ke kedutaan Arab Saudi. Sebenarnya, aku memang tengah 'kering' di awal tahun 2017 tu, banyak pakai duit sejak Disember 2016 tu termasuklah trip ke Korea mengejar salji tu. Syukurlah, dalam sengkek-sengkek tu Allah swt permudahkan urusan ke sana. Untuk dipermudahkan tu,  selalu memohon ampun dan izin dari-Nya, pemilik Baitullah dan seluruh alam ini. Alhamdulillah,  diberi kesihatan dan kemudahan  sepanjang berada di sana. Diberi peluang memasuki Raudhah dan dapat mengucup Kaabah. Dapat minum air zam-zam sepuas-puasnya di sana. Perjalanan penuh makna.  Kerana itu, tak banyak gambar diambil bimbang terpesong niat ke sana. Tenang dan damai dirasai sepanjang di sana. Rindu nak bertamu ke sana sentiasa ada walau sudah berbulan lamanya. Kalau boleh setiap tahun umrah.
Pergilah ke sana bagi yang belum...percayalah, tiada tempat sedamai Mekah dan Madinah di muka bumi ini. Dua tempat yang sentiasa dilindungi para malaikat. Tenangnya, damainya sentiasa akan dirindui. Kalau ada cerita negatif tentang jemaah dari negara lain dan orang-orang Arab di sana, abaikan, tak perlu menjadi kudis hingga taknak ke sana, in sha Allah kalau kita sentiasa berbaik sangka sepanjang di sana, kita akan ditemukan dengan insan-insan yang berbaik sangka seperti kita juga.


p.s updated : Semalam baru keluar berita baik, kerajaan Arab Saudi sudah pun membenarkan wanita berusia 25tahun untuk masuk ke Arab Saudi tanpa muhrim...so inilah peluangnya, mana-mana travellers wanita yang rasa nak pergi secara berkumpulan tu silalah...apapun, bagi saya terlebih molek kalau umrah pertama itu bersama keluarga ( pergilah bawa ibu, bapa, abang, adik, kakak), lebih indah  kalau dapat umrah bersama keluarga bagi seorang perempuan ( pendapat sendiri).... 

tapi kena check semula, sebab tak pasti samada visa pelancong tu sama ke dengan visa umrah. 

selepas Isya' di kawasan Masjid Nabawi

Masjidil Haram waktu tengah malam

selepas Dhuha

kanak-kanak bermain dalam masjid ~ selepas Isya'....nama budak lelaki ni Abdul Rahman, maknya yg tengah solat kat depan tu...

Ziarah ke kawasan Arafah

payung di Masjid Nabawi

menara jam

Pagi Jumaat yg indah selepas tawaf sunat




Rabu, 10 Januari 2018

2018...


Assalamualaikum...salam manis

  • Untuk tahun 2018 rasanya masih belum mampu travel banyak kali dalam setahun ni. Mungkin 1 atau 2 kali jak dapat travel. Adalah satu/dua destinasi yang diangan-angankan tapi belum pasti lagi selagi belum beli tiket.
  • Be a better person inside and outside  
  • Jalani hidup seadanya.
  • Hargai dan syukuri apa yang ada sekarang
  • Ikut kemampuan sendiri 
  • Percaya kepada plan Allah swt

kebaikan itu umpama salji yang mencantikkan permukaan bumi yang kurang menarik

penyeri hidupku ~