Khamis, 3 Oktober 2013

Oktober datang lagi....

Oktober ...bulan yg istimewa bagiku...sebabnya aku dilahirkan dalam bulan Oktober. Bagi kaki travel, bulan Oktober juga bulan yg sangat sesuai untuk berjalan-jalan di negara 4 musim, kalau belah Eropah, Amerika Utara, dan Asia (yg ada 4 musim) bulan Oktober ialah musim luruh (autumn)....bayangkan daun-daun bertukar warna dari hijau kepada kekuningan dan merah. Sangat menarik bukan...

musim luruh di Eropah berlatarkan Istana 'Snow White"




musim luruh di kota New York


musim luruh di wilayah Xinjiang, China - sumber Trekearth


yg ni ramai yg dah pegi...musim luruh di pulau Nami, South Korea

Agaknya, yg mana pilihan korang....sebenarnya semua gambar-gambar tu encik goggle yg tolong snap...hehehhe...tu semua tempat yg  termasuk dalam wishlist aku tu.

Bagi Australia dan New Zealand pula, Oktober termasuk dalam musim bunga. Tentunya pada waktu ni, alam di sebelah sini sangat indah untuk diteroka.
Lake Tekapo, South Island, New Zealand