Sabtu, 16 Februari 2013

Novel Jeriji Kasih (Part 2)

TEMA : Novel ni bertema kepentingan kasih sayang dalam sesebuah keluarga...dengan adanya ikatan kasih sayang yang kuat di kalangan ahli keluarga, contohnya kasih sayang ibu kepada anak-anak menyebabkan anak-anak terpelihara daripada gejala negatif masa kini

Persoalan - terdapat beberapa persoalan yang boleh diambil

1. Kegigihan mencuba sesuatu yang baru - Anuariza akhirnya berjaya menanam anggur dan menjadikan daunnya sebagai teh

2. Adil dalam memberi kasih sayang - Saleha memberi kasih sayang sama rata antara anak kandung dan anak angkatnya

3. Berpegang teguh kepada ajaran Islam - Anuariza menjaga solat lima waktu walaupun ketika berada di dalam hutan

4. Kerjaya guru dianggap mulia - Saleha mahu Anuariza menjadi guru walaupun dia layak memasuki bidang-bidang lain kerana bagi Saleha anaknya harus mendidik anak bangsa menjadi berjaya

5. Gejala sosial kini menular di luar bandar - Masalah sosial remaja tidak lagi boleh dikaitkan dengan remaja di bandar sahaja tetapi remaja di luar bandar juga mula menghadapinya, contohnya Lily Suriani yg terlibat dalam kes merokok, ponteng sekolah

Tiada ulasan: