Khamis, 8 Januari 2015

Hello Sydney... Part 4 ( Canberra & Darling Harbour)

Sambung balik kisah di Sydney.

Adoi malasnya! Tapi masuk minggu kedua Januari ni belum dikira sibuk gegila lagi, so bolehlah nak menghapdate blog ni.
Tahun ni aku berazam nak menambah jumlah entri tu jadik sekurang-kurangnya 150 entri. Haa...ambik kau, kenala rajin menaip tu...

Ok...untuk hari ketiga di bumi Sydney ni, aku dah booked day tour dengan koalabelang (sila carik page diorang kat FB okey...a malay couple live in Sydney). Boleh je round-round sekitar Sydney lagi tapi kan aku nak jugak ke bandar lain. So, bandar yg terdekat dengan Sydney ialah Canberra (3 jam journey kira dekat ke tu...huhu), kalau nak ke Gold Coast, Melbourne atau Adelaide kena naik flight la pulak kan, so pegi la Canberra je...

Trip bermula pukul 7.30pagi. Adik yg drive (tak sampai hati nak panggil dia driver la...let call her 'adik' je) ni bagitau la jugak info serba sedikit. Perjalanan dari bandar Sydney ke bandar Canberra ni makan masa 3 jam. Canberra atau dikenali juga sebagai Australia Capital Territory (AUT) ni kira  bandar yg baru lagi compare to Sydney, Melbourne, Perth. Bandarnya terancang. Lebih kurang macam Putrajaya. Pusat pentadbiran. So, may be taklah sehappening bandar-bandar lain. Kitaorang pun tak kisah sangat janji dapat berjalan.


Dari Sydney ke Canberra kami ada singgah satu kawasan RnR. RnR di sini cuma ada tempat letak kereta dan tandas je, lain takde. Warung kopi atau jual-jualan memang takde. Kawasan tu berlatarkan Lake George di belakangnya. Lake George ni nama je tasik tapi airnya dah kering. Ia cuma akan berair kalau turun hujan yg sangatt lebat. Walaupun dah kering tapi view  lawa. Sangat cantik. Dah la tu cuaca dan suhu waktu ni memang nyaman, just nice untuk jalan-jalan. Sejuk tapi masih boleh tahan. 

salah satu R n R...kawasan parking semata-mata


belakang tu ialah Lake George..yg dah kering


lembu-lembu berserakan...eh, salah ...berkeliaran...

View on the way ke Canberra memang lawa. Ladang-ladang, bukit bukau, hutan, lembu-lembu.  Seronok rasanya dapat tengok view macam ni. Lupa sekejap soal kerja, kehidupan yg penuh stress di tanahair tu. Lepas 3 jam akhirnya dah masuk kawasan Canberra. Terus dibawa ke Mount Kajura. Di sini ada view point untuk melihat keseluruhan bandar Canberra. Tenang je nampak bandar ni.  ala-ala Putrajaya. Kalaulah ditakdirkan dihantar bertugas ke bandar yang senyap macam ni memang aku sudi.



view keseluruhan bandar dari Mount Kajura



 Dah puas tengok view bandar Canberra dari atas bukit tu, kami singgah ke Australian Memorial War Hall pulak. Kalau aku ok je masuk muzium macam ni, tapi kan member-member aku ni takmo..so takde la masuk dalam tu. Cuma posing-posing di luar je. 

Kat Canberra ni mula-mula rasa macam tak ramai foreigner tapi sekali masuk satu mall tu, alahai ramai jugak. Kami makan di restoran Papa Rich di sini. Penuh je restoran ni. Mat salleh, Asian semua ada. Lepas makan singgah pulak di masjid. Lupa nama masjid ni tapi inilah satu-satunya masjid di sini. Masjid di berada di kawasan kedutaan-kedutaan, dan dekat sangat dengan kedutaan Malaysia.Gambar masjid ni pun lupa nak ambil. Dah kelam kabut, sebab dalam masjid tu takde pembahagi antara ruang solat wanita dengan lelaki. So aku tunggu dulu dua orang lelaki tu selesai solat. Dah selesai dorang solat, baru aku gi ambik wudhuk dan solat. Adik guide pulak nak cepat, so kelam kelibut sikit, nak suruh dia patah balik semata-mata nak snap gambar masjid rasa bersalah pulak. Dahla nak balik Sydney perjalanan makan masa 3 jam kan. Lagipun kitaorang nak ke Darling Harbour pulak malam karang.

Sebelum balik tu sempat lagi singgah satu tasik. Lepas tu terus balik ke Sydney.

tak tau apa binaan  ni...tapi pada mata aku menarik ..

Sampai Sydney, kami terus balik hostel dulu. Roommate kami Norwegian tu dah ada kat katil. Lepas solat, kami keluar lagi. Kali ni nak berjalan kaki ke Darling Harbour pulak.Sebelum sempat singgah 7-11 dulu. Tanya dengan mamat Pakistan tu jauh ke nak ke Darling Harbour dan selamat kitaorang bertiga perempuan nak jalan-jalan malam ke situ. Selamba je dia jawab, 'This is not Pakistan, you are safe here, you can go anywhere'...begitu ??? 

Dari hostel kami, Nomad Westend Bacpackers ke area Darling Harbour ni kira-kira 15 minit jugaklah berjalan kaki. Berpandukan map, memang akan dapat jumpa jugak. Tak tahulah kalau ada bas ke sana, malam-malam macam ni aku lebih suka berjalan kaki, at least ada jugak kedai atau building boleh jadi petunjuk arah. Tak lama kami di Darling Harbour, dalam 20 minit, ambik gambar lepas tu menyusur balik ke Pitt Street.
bangunan ni berdepan Queen Victoria Building..on the way ke Darling Harbour

akhirnya sampai area Darling Harbour

meriah

best je lepak-lepak kat sini... ni

pemandangan dalam bangunan Queen Victoria



On the way balik tu kami masuk dalam bangunan Queen Victoria tu jugak. Dapatlah ambik gambar sedikit. Hari ketiga ni, badan tak terasa seletih semalam. Yelah, ada orang bawak kan...Cuma masa kat Canberra kami tak jumpa souvenir biasa macam fridge magnet atau key chain. Sedikit kecewa di situ....

Apapun best jugak dapat keluar dari bandar Sydney ni. View on the way tu lebih mengujakan banding bandar Canberra itu sendiri.


Tiada ulasan: