Selasa, 12 Mei 2015

Kembali......

Penghujung April yang lepas - rasa macam dah nak mati, masuk wad sebab kurang darah, cys datang menyerang semula, stress di tempat kerja, stress lagi hal peribadi, dan plan nak bermusim bunga di awal April tak menjadi...so, semuanya bertimpa-timpa.

Syukur kepada Yang Maha Kuasa, diberi sakit, ujian, cabaran ni tanda Dia masih peduli kita. Diberi masa sakit agar dapat berehat di rumah dan lupakan soal-soal kerja soal-soal duniawi ni. Diberi sakit untuk mengingatkan hambaNya supaya sedar diri, badan kita manusia ni bukannya hebat sangat, mesin pun boleh rosak apatah lagi tubuh kita yang setiap hari terdedah kepada pencemaran ni.

Kembali...

Aku kembali bekerja. Kembali aktif di dunia online (terutama insta). Insyaallah kembali untuk bersihkan blog ni dari sawang dan habuk sebab tiada entry baru. Baru boleh blogwalking semula. Sebelum ni nak blogwalking pun tiada masa, mana-mana blog yg susah nak buka (sbb internet ku yg selowww) takdapat tinggalkan jejak @ mutiara kata macam dulu-dulu...huhu. So, kembali kepada kehidupan normal. Get your life babe!!!! Jangan asyik nak kerja!!!! 

Jun insyaallah ada trip ke Saigon (berempat you ngan kawan2...) ni kali kedua tapi siapa peduli kan. Yang penting ada buat aktiviti hilangkan stress di ofis.

Impian nak ke Eropah tak tahu macamana ....duit asyik larik ke GST(Good Shopping Time) je....hihi....kalau tak aku travel2 di benua Asia ni jer...hehehe....

Ni aku share gambar-gambar pantai Coalcliff di Wollonggong, NSW, Australia. Sejuk hati tengok view pantai ni. Pantai ni agak sunyi dan pasirnya brown/hitam. Masa singgah ni memang ada dua tiga surfer jak yg sibuk dengan aktiviti surfing dorang.

Pantai ni tenang ...kurang pengunjung...tapi view lawa

di tebing ada bunga-bunga liar...

pasir atau kerikil?? tak tau mana yg tepat tapi warnanya coklat/hitam
kereta  surfer2 yg datang
teringin nak ke sini lagi....

Dah lama tak berjalan-jalan, ubat rindu tengok gambar. Harap korang enjoy tengok gambar-gambar ni. Entri ni kira mcam baru nak start memblog balik.

Ku kembali gitewww....

Tiada ulasan: