Rabu, 1 Jun 2016

Gerbang Ramadan 2016

Syukur kepada Yang Maha Esa. In sha Allah bakal bertemu dengan Ramadan 2016 lagi. Salam kemaafan buat semua dan didoakan semoga dapat menjalani ibadah puasa dan ibadah sunat yang lain tidak lama lagi. Semoga kita semua istiqamah dan diberi kesihatan beribadah.

Saya baru balik dari trip Jakarta Bandung 6 hari 5 malam, lega sangat dapat pergi dan balik dengan selamat. Akhir-akhir ni kerap sangat berlaku masalah penerbangan. Egypt  Air, Etihad dll. Seriously, rasa ngeri. Februari dan Mac 2 x turun KL. Itupun diiringi debaran pergi balik penerbangan. 

Next trip, entahlah ...rasa takut nak naik flight tu tak boleh elak. Macam nak pegi berperang, perang perasaan takut, ngeri, fikir yang bukan-bukan. So, azam terdekat ni nak umrah je tahun depan. 

Apapun, semoga yang nak berjalan selamat pergi dan balik. Selama Ramadan ni rasanya tak ke mana-mana. Cuba menghayati Ramadan. Elakkan pembaziran terutama pembaziran makanan sebab ada ramai di luar sana yang selalu kelaparan kerana kurang duit, kurang aman dsb. Elakkan mengumpat. Banyakkan sabar dan bersilaturrahim...


Tiada ulasan: