Rabu, 18 Januari 2017

Cerita Jalan-Jalan 2016

Assalamualaikum....Salam sejahtera...

Lamanya tak bercerita dalam blog ni. Busy dengan real life di alam nyata so memang tiada masa lapang nak mengemaskini blog dengan cerita-cerita baru. Rasa bersalah pulak kat follower-follower walaupun tak ramai. 2017 ni in sha Allah, akan berusaha menghapdate blog selalu. Target update setiap bulan.

Tahun lepas,  adalah beberapa kali travel...I mean travel out of Sabah.


Februari & Mac, travel ke Johor dan KL. More to business trip. Beli barang jualan sikit. Kadang-kadang rasa best jadi business woman ni. Niaga kecil-kecilan untuk sampingan. Untung tak delah besar sangat, balik modal ada untung sikit, cukuplah...rasa puas hati dan bersyukur.
Jejak kaki di Segamat...

Tangkuban Perahu

Akhir Mei hingga awal Jun ke Bandung dan Jakarta. Best friend bawak join group satu persatuan wanita tu. Kira macam rombongan mak jemah jugaklah. Trip ni yang bestnya bukan sekadar shopping, sempat ke pesantren dan panti asuhan (Rumah Anak Yatim) di Bandung, dan ofkoslah dapat menambah kenalan walaupun most of them mak-mak tapi kalau nak tambah kenalan tak perlu pilih ikut umur. Lamanya di Bandung, 5 hari dan baki sehari di Jakarta. Di Jakarta sempat shopping kat Tanah Abang dan pusing-pusing Mangga Dua jak. Tu yang buat rasa nak repeat Jakarta. I loike Bandung too.... cuma rimas + rengsa di Tangkuban Perahu, dikerumuni penjaja souvenir tu.Dorang suka pulak mengutuk kita belakang2 tau kalau tak dilayan. Apapun, Jakarta Bandung memang nak repeatlah kan. Entahla bila ...


Julai hingga November tak ke mana-mana. Ada masalah menimpa keluarga. Namun, semua tu aku redha jak. So, part berjalan memang kurang. Masa cuti Deepavali  ada juga ke Tawau jap, road trip via Kalabakan which is second time for me. Tujuan ke Tawau pun nak ziarah abang and family dia. Mana sempat pusing-pusing Semporna atau Lahad Datu apatah lagi nak berhopping hopping island bagai...
Makan seafood wajib bila pi Tawau...di Restoran Titingan, Tawau...

So, hujung Disember barulah ada trip. Hati tu nak ke Turki. Tapi member travel ni bajetnya kurang tahun ni, so ke Seoul lah kami dengan misi mencari salji. So, aku pun bercutilah 23/12/2016 sampai 31/12/2016. Ambik ko, abis aku hentam cuti tahunan. Ini kalilah. Balik dari Seoul sempat lagi berehat beberapa hari di rumah sebelum mula kerja.
Sejuknya di Nami Island...walaupun cuma ada sisa-sisa salji

Akhirnya sempat merasai salji hari terakhir

2016 berakhir dengan sederhana dari segi kehidupan. Ada turun naiknya. Teruskan saja hidup ni seadanya. Bersyukur sentiasa. Redha. Tawakkal.



Hidup ini mesti nampak ceria walaupun dalam banyak masalah...


Tiada ulasan: