Isnin, 15 Februari 2021

Trip 2019 : Singapura

 Trip 3 hari 2 malam.  Jun 2019. Berdua dengan anak sedara. 

Naik flight gitu.  Asalnya masa beli tiket tu,  route direct KK-Singapore,  Malindo Air. 

Sebulan sebelum fly,  Malindo hantar email, maklumkan perubahan tu.  Anak sedara yg urus, ubahsuai balik jadi KK-KL-Singapore-KL-KK...  Return, harga promo tu memang kekal dlm RM300++... 

Tak banyak tempat pegi. Repeat Garden by the Bay, Marina Bay, dapat tengok show sempena National Day dorang... Sebenarnya trip saja nak berjalan-jalan... Tahun 2019 ni aku extra workaholic, asyik takut nak mohon cuti.







Gambar-gambar lebih kurang sama ataupun aku makin kurang excited memfoto. Aku banyak ambik gambar bunga.
Nak share betapa cantiknya bunga-bungaan waktu kami ke Garden by the Bay hari tu. Kebetulan ada pesta orkid, dan bunga-bunga lain tak kurang meriah. Aku tak minat orkid sangat. In general, aku suka bunga...













Kaktus dan succulent pun banyak, ada corner sendiri khas untuk jenis pokok tu. Salah satu pokok yang aku minat, belum sempat jadi hobi dah ramai yang pecut tanam kaktus dan succulent lebih advanced dari aku, huhu...





Masa PKP ni aku tetap gitu juga. Perhati je la kegilaan orang terhadap gardening ni. Pokok bunga keladi, ati-ati dan succulent menjadi-jadi.Baru-baru ni kawan aku mula naik hobi baru, pelihara ikan laga. Aku cuba juga beli seekor (RM35.00) tapi baru 4-5 hari dah mati. Aku gagal menjaganya. Tetap setia dengan miaw je la. Soal gardening ni dulu aku selalu tolong arwah mama, masa tu lagi dah ada koleksi keladi ni...Malas nak layan, kadang masih sedih teringatkan arwah. Semua tu kenangan..


Tiada ulasan: