Ahad, 18 Mac 2012

Novel Remember When : Judith McNaught

Info novel - 415 m/s, terbitan Pocket Books
Sinopsis : Mengisahkan tentang perkahwinan mengejut antara seorang jutawan dengan penerbit majalah. Cole perlu berkahwin dengan segera agar saham-saham milik bapa saudaranya terus menjadi miliknya. Selepas bertemu semula dengan Diana, Cole mengambil keputusan untuk mengahwini Diana pada malam itu juga di Tahoe..selepas mereka berkahwin, banyak dugaan mereka hadapi terutamanya daripada sahabat handai Diana yang tidak menyukai sejarah hidup Cole.

Hero - Cole Harrrison -  sewaktu zaman kolejnya, dia bekerja di bangsal kuda milik Hayward. Tidak lama selepas tamat pengajian, dia diberi peluang oleh bapa saudaranya mengendalikan syarikat. Jutawan. Tidak minat memiliki anak atau berkeluarga. Berpandangan jauh dalam perniagaan.
Heroin - Diana Foster, lahir dalam keluarga berada. Menggunakan wang syarikat ayahnya untuk menerbitkan majalah Beautiful People Living. Kesibukannya menyebbkan tunangnya meninggalkannya dan berkahwin dengan model Itali.
Latar tempat -
1. Washington - syarikat Cole berpengkalan di sini
2. Houstan - tempat Diana

star rating - ***

Tiada ulasan: