Rabu, 21 Mac 2012

Novel Sentuhan Kasih : Norhayati Berahim

Sikit info tentang novel : 459 muka surat/ terbitan Creative Enterprise/ harga RM23.90 mphonline...kedai buku tak tahu...

Sinopsis :
Inas berkahwin dengan lelaki pilihan ayahnya. Perkahwinan atas sebab membayar hutang ayahnya itu hanya bertahan selama seminggu. Inas membawa diri ke Oslo, Norway. Di Norway, Inas bekerja di sebuah syarikat pembinaan. Inas terpaksa berkahwin dengan Zakry kerana dia tinggal serumah dengan Zakry. Bagi menghalalkan perhubungan, mereka bernikah namun Zakry tidak memaksa Inas menjalankan tugas sebagai isteri.
Selepas dua tahun situasi tersebut dalam rumahtangga mereka akhirnya hati Inas terbuka menerima Zakry yang melayannya dengan penuh kasih sayang. Zakry mencadangkan Inas membuka syarikat di Malaysia agar mereka dapat membina hidup baru di tanahair. Atas saranan Niza rakan karib Inas, Inas membeli saham-saham milik bekas suaminya. Zakry dan Inas kembali ke Malaysia dan rumahtangga mereka semakin berseri dengan kehamilan Inas.
Hero
-Zakry Edite, berusia 40an, berdarah campuran Melayu, Jerman dan Acheh. Fasih berbahasa Jerman-Norwegian, boleh bercakap Melayu slang Indonesia walaupun tidak begitu fasih. Tampan, berwajah lebih ke arah Eurasian. Kaya (tipikal la bagi novel Melayu...) memiliki banyak syarikat. Meskipun nampak sosial tetapi mempunyai pengetahuan agama yang baik.
- bagi aku, watak Zakry ini terlalu cliche bagi novel cinta...handsome, kaya, baik hati, suka tolong orang, boleh dikatakan hampir perfect...mana ada watak sebegini di alam realiti...

Heroin
- Inas- belajar di Oslo ( master in sosiology), kembali ke Malaysia kemudian balik semula ke Oslo dan bertemu jodoh dengan Zakry di Oslo juga. Penampilannya sedikit konservatif, bertudung, tidak bergaya, cantik semula jadi ( rasanya watak sebegini pun tipikal novel Melayu jugak). Sikapnya yang menarik ialah berdikari, tidak mudah putus asa dan pandai membawa diri. Walaupun dia bertudung tapi ramah dan bergaul dengan orang di Oslo. Inas ni tegas dan berpendirian teguh. Dia bukanlah wanita Melayu yang pasrah saja dengan nasibnya.

rating - 3 1/2

Tiada ulasan: