Isnin, 6 Januari 2014

Gardens by The Bay, Singapore.....


Sedikit ulasan aku - Gardens by the Bay tu memanglah impressive pembinaannya (aku tengok dalam Discovery Channel, belanja pembinaan berbilion dollar kalau tak silap, tu yg aku excited nak pegi), taman tu tersusun, kemas, rapi, fasiliti semua cukup, bersih bla...bla kan...cuma pada aku soulnya kurang. Tapi seriously not bad juga, cuma mahal la bayar SG28 untuk dua dome... yg best ialah Cloudy Forest tu...tu pun part The Fall tu je...yg Lost World dan Crystal Mountain tu...aduhai!! Lost world la sangat!!Tapi, taknak la semangat orang yg nak ke Garden by the Bay ni luntur, silalah pegi ....ini sudut pandangan orang hulu macam aku, may be orang bandar lain sikit pandangannya... bolehlah kalau korang jenis yg tak suka masuk hutan, orang bandar ....untuk budak-budak bagus jugak taman ni, bolehlah dorang tengok sendiri flora mora tu, budak-budak zaman sekarang kan kurang kenal tumbuh-tumbuhan ni....

Cara ke sini:

untuk naik MRT ke sini aku tak syorkan, lebih-lebih lagi kepada yang bawa anak. Jauh nak berjalan dari Bayfront MRT tu ke sini. Naik teksi lagi senang! Tapi kalau yg jenis nak murah dan macam kami rela bersakit kaki, boleh je, naik MRT  lepas tu turunlah kat Bayfront MRT Station. Lepas tu, ikut je sign menuju Gardens by The Bay, kat hujung nanti ada tangga & lift untuk naik ke atas. Keluar lift tu, korang akan nampak giant tree tu di kejauhan. Jalan sikit je, dah sampai ke tempat shuttle bus tu. Tak payahlah naik shuttle bus 2 dolar SG  tu, jalan kaki je perlahan-lahan sampai ke conservatory tu, follow the crowd, tak pun bertanya kepada petugas-petugas taman kalau tak pasti arah.

laluan dari Bayfront MRT ke Gardens by the Bay
SNSD di laluan MRT....

Masa yang sesuai untuk pegi :

Sebaik-baiknya pegila awal pagi atau petang-petang sikit... Jangan jadi macam kami, pegi pukul 2 petang, siap bawak payung lagi, pastu tak larat berjalan tengah panas, terpaksa korbankan 2 dolar untuk naik shuttle bus...



Flower Dome - untuk yg suka bunga-bungaan, sayur-sayuran pun ada!...
Cloudy Forest - untuk yg suka filem Avatar....hiks!Air terjun buatan tu ohsem!


Flower Dome pics! :








Cloudy Forest pic :





Harga tiket untuk masuk ke Flower Dome + Cloudy Forest =  28dolar


p/s Entri pertama tahun 2014.....Visit Malaysia 2014!!!





Tiada ulasan: