Jumaat, 28 Februari 2014

a path to Silk Road.....

salam untuk semua...

berita baik untuk peminat2 Laluan Sutera...aku salah seorang daripadanya. Entri yg lepas-lepas dah bercakap tentang buku The Silk Road ( yg tak khatam-khatam dibaca, tapi gambar-gambar dah habis dibelek-belek dan direnung )...

Bulan lepas, aku ada terbaca yg Airasia akan buka route dari KL ke Xi'an. Sebelum ni memang dah ada dari Bangkok ke Xi'an, tu yg menyebabkan Xi'an belum cukup popular di kalangan travellers Malaysia. Xi'an ialah bandar yg terkenal dengan patung Terracotta...dalam dalam peta Laluan Sutera, menjadi bandar terakhir laluan bersejarah tu...

Rasanya kalau jadi new route ni, memang meletopla Xi'an di kalangan para backpackers, sebabnya Xi'an ada banyak untuk dioffer. Hostel dan budget hotel banyak di sini

contoh:
1. Terracotta Army 
2. Drum Tower and Bell Tower
3. Great Mosque of Xi'an - bukti Xi'an adalah bandar terakhir dalam Laluan Sutera
4. Muslim Night Market - syurga makanan halal versi Cina +  sentuhan Timur Tengah - tempat yg aku nak sangat2 pegi walaupun aku terbaca, pencopet a.k.a pick pocket ramai di area ni...


best time to visit Xi'an :
 March - May ( pleasant weather - musim bunga!!!)
Sept - Nov ( Cool - musim luruh )



AIR ASIA X OPEN ROUTE TO XI'AN FROM JULY 2014

4 weekly flights on board A330 aircraft

contoh:

D7346 KUL 1815 - 2315 XIY
D7347 XIY 0015 - 0515 KUL

* buat masa ni macam belum open lagi, dah berkali-kali aku mengklik tapi belum ready kot, kena tunggu Julai baru boleh book ticket ...ke tak jadik??? correct me if i give wrong information here....


Teruja tak? Aku sangatlah excited! Walaupun tak tahu nak pegi dengan siapa, dan bila dan cukupkah bajet dan confirm ke boleh pegi, adakah member yg minat nak join, aku tetap nak share di sini. JM, kita sama je, suka hebohkan trip walaupun trip tu berbulan-bulan yg akan datang hehehhe...

Xi'an aku datang!!!!!   Eceh, route belum bukak lagi punn, hehehhe ....

P/S Updated news 24 March 2014 - route baru AAX KL-Xi'an dah mula ...setakat yg aku terai godek2, travel date dah open bulan Julai 2014 lagi, promo price Kl-Xi'an paling murah RM199, Xi'an-KL plak RM324, lebih kurang RM550++ gitu kan, mahal la jugak, tapi rega sebegini takkan bertahan rasanya, tahun depan mesti dah naik tu..so, ini berita baik untuk kita semua...tak dapat menelusuri jejak Laluan Sutera dapat ke Xi'an pun jadilah....

Kawan-kawan ada sesape nak pegi bulan Jan/Feb tahun depan????


 

Tiada ulasan: